منڧعتكن علمو اڤا يڠ كامو كتاهٶي

Pembahagian Harta Pusaka dan Pentadbirannya

Salam sejahtera,

Segala harta diberi pinjaman olehNya supaya ianya dapat diwarisi dari keturunan sehingga ke hari kiamat. Pentadbiran undang-undang berkaitan harta pusaka ini dilaksanakan supaya ianya dapat mengelakkan dari pertikaian yang sering berlaku di Malaysia.

- sekadar gambar hiasan -


1- Apa yang dimaksudkan harta pusaka?

Iaitu harta peninggalan oleh si mati. Terdapat dua jenis harta:-

a) 'harta alih' - seperti wang tunai, syer, caruman KWSP, wang imbuhan insurans, kenderaan, pakaian dan sebagainya.

b) 'harta tak alih' - seperti tanah, rumah, lombong, sawah, telaga dan tasik.


2- Terdapat 3 bidangkuasa undang-undang berkaitan pentadbiran dan peraturan harta pusaka:-

a) Akta Probate dan Pentadbiran 1959 (Akta No. 97)

b) Akta Pusaka Kecil (Pembahagian) 1955 (Akta No. 98)

c) Akta Perbadanan Amanah Raya Berhad 1995 (Akta No. 532)


3- Terdapat 2 jenis 'harta pusaka':-

a) harta pusaka kecil - 'harta alih' dan 'tak alih' tidak melebihi RM2 juta.

b) harta pusaka besar - 'harta alih' dan 'tak alih' melebihi RM2 juta.


4- Jika ada 'harta alih' sahaja:

a) tidak melebihi RM600,000 dibawa ke Amanah Raya Berhad. (Seksyen 17 Akta Perbadanan Amanah Raya 1995 (Akta 532))

b) melebihi RM600,000 dibawa ke Mahkamah Tinggi Sivil.


5- Jika 'harta alih' dan 'harta tak alih', kemana untuk dirujuk:

a) harta yang tidak melebihi RM2 juta dibawa ke Pejabat Tanah Daerah (Unit Pembahagian Pusaka) yang berdekatan.

b) harta yang melebihi RM2 juta dan kurang RM2 juta berwasiat, dibawa ke Mahkamah Tinggi Sivil.


6- Apa maksud harta pusaka yang 'berwasiat' dan 'tidak berwasiat'?

Bermaksud surat atau dokumen yang sah yang ditinggalkan oleh si mati yang mengandungi pembahagian harta kepada waris masing-masing.

Untuk bukan beragama Islam, jika ada wasiat, wasiat itu sah  selagi mana ianya tidak bercanggah berkaitan syarat-syarat dari Akta/Ordinan Wasiat dan tidak ada pertikaian dari mana-mana waris. Namun jika nilai itu tidak melebihi RM2 juta, ada wasiat, maka kes ini tetap dibawa ke Mahkamah Tinggi Sivil.


Bagi yang beragama Islam, si mati hanya boleh mewasiatkan tidak lebih daripada 1/3 daripada harta pusakanya selain dari bukan waris walaupun ada persetujuan atau tidak.

Orang yang meninggal dan tidak berwasiat terhadap harta itu dipanggil harta pusaka tak berwasiat.


7- Apa yang dimaksudkan "probate"?

Tindakan untuk memperakukan dan mengesahkan sesuatu wasiat yang ditinggalkan oleh si mati. Untuk mengiktiraf di sisi undang-undang.


8- Pemohon yang boleh mendapatkan surat kuasa mentadbir harta pusaka;

a) Waris si mati seperti balu atau duda, anak lelaki atau anak perempuan, ibu atau bapa, adik beradik.

b) pemiutang seperti pemberi pinjam wang, bank, koperasi.

c) pihak-pihak pembeli dan pemegang serah hak, pemegang gadaian dan pajakan.

d) waris-waris, pemegang amanah, Ketua Pengarah Insolvensi, Amanah Raya Berhad.

e) Pihak Berkuasa seperti Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri dan Baitulmal.


9- Prosedur mendapatkan surat kuasa mentadbir dan probate?

a) Jika harta pusaka itu berwasiat dan harta melebihi RM2 juta, maka tindakan itu dilakukan di Mahkamah Tinggi Sivil.

b) Jika tiada berwasiat dan tidak melebihi RM2 juta, maka terus ke Pejabat Tanah.


10- Dokumen-dokumen yang diperlukan;

a) sijil kematian

b) jika tiada sijil kematian, permohonan untuk perintah anggapan kematian dibuat di Mahkamah Tinggi Sivil.

c) surat wasiat (jika ada dan sudah ada permohonan probate)

d) nilai aset si mati

e) sijil Faraid di Mahkamah Syariah bagi Muslim

f) senarai nama waris, tali persaudaraan

g) surat persetujuan waris-waris

h) surat penolakan jika ada pertikaian dalam pembahagian harta tersebut

i) borang pelantikan penjaga.


11- Jika mahkamah mengecualikan bon penjamin (tiada penjamin terhadap harta tersebut);

Pempatisyen mengalami kesukaran untuk mendapatkan penjamin, boleh memohon kepada mahkamah supaya mahkamah dapat mengeluarkan surat perintah dan digantikan dengan khidmat penjamin profesional seperti syarikat insurans atau institusi bank dengan bayaran fi yang ditetapkan oleh syarikat atau institusi tersebut.


12- Prosedur harta yang tidak melebihi RM2 juta dan berwasiat;

a) sijil kematian

b) sijil faraid bagi Muslim

c) salinan dokumen hakmilik keluarha

d) perakuan dari Pejabat Tanah tentang tanah si mati

e) jika dah ada perakuan tersebut, maka dibawanya ke Mahkamah Tinggi Sivil.

f) Mahkamah Tinggi akan memberi tarikh untuk perbicaraan dan notis akan dihantar ke waris masing-masing.

g) semasa perbicaraan, Pegawai Tadbir Unit Pembahagian Pusaka Kecil akan memeriksa keterangan dari pemohon.

h) Perintah dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi berkenaan pembahagian harta tersebut. Jika ada pihak tidak berpuashati, maka notis 14 hari dari tarikh Perintah itu perlu membuat rayuan.

i) selepas dari 14 hari tiada bantahan atau rayuan, maka Perintah Pembahagian itu akan dikeluarkan oleh Pejabat Tanak sejumlah fi yang ditetapkan.

j) setelah itu, geran asal tanah tuan milik itu perlu diserahkan kepada Pejabat Tanah untuk geran baru kepada waris pemilik tanah.


13- Pengesahan Sijil Faraid di Mahkamah Syariah bagi orang Islam;

a) mengeluarkan sijil perakuan faraid - yang layak isteri, anak lelaki, anak perempuan dan saudara adik beradik.

b) pengesahan hibah (hadiah) - jika terdapat hibah, perlu membawa dokumen atau saksi ke Mahkamah Syariah untuk mendapatkan pengesahan supaya tiada pertikaian.

c) pengesahan wasiat - jika ada wasiat dari si mati dan ada pertikaian, maka ianya dibawa ke Mahkamah Syariah untuk membuat pengesahan. Apabila ianya sah terhadap wasiat itu, maka pihak-pihak wajib ikut wasiat tersebut.

Harta keseluruhan dari si mati ialah 1/3 menguruskan segala hutang seperti pengkebumian dan hutang yang lain-lain. 2/3 lagi adalah harta kepada waris-waris.

d) pengesahan nasab - samada anak itu sah taraf atau tidak. Jika anak sah taraf, maka anak tersebut berhak terhadap harta si mati. Jika anak tak sah taraf, anak itu tidak berhak dan ianya ditanggung sepenuhnya oleh ibu kepada anak itu.

e) samada layak diwarisi atau tidak - permasalahan seperti membunuh si mati, berlainan agama atau murtad, maka waris tersebut tidak layak terhadap harta itu.

f) harta sepencarian oleh isteri - perlu diselesaikan harta sepencarian terlebih dahulu kemudian proses untuk difaraidkan.

Sumber ciput: PentadbiranHartaPusaka


Sekian,
Share on Google Plus

About Ben Ismail

Berkongsi pengalaman
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment