منڧعتكن علمو اڤا يڠ كامو كتاهٶي

Daftar SSM di UTC Kedah

Assalam.....

Jumaat lalu, aku telah ke Alor Setar untuk mendaftarkan perniagaan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia. Setelah pencarian hampir sehari dalam internet di mana lokasi, waktu operasi dan memikirkan waktu bila hendak pergi, akhirnya dapat juga tempatnya.

Jika ke tempat pejabat, sedia maklum tiada masa hendak pergi. Sudah la kerja waktu pejabat, nak daftar SSM pun waktu pejabat. Mujurlah ada UTC. Beroperasi setiap hari kecuali cuti umum. Dan tutup operasinya pula sehingga 10 malam.

- Urban Transformation Centre, kenapa tak letak PTB? -

Aku dari Kepala Batas Penang, habis saja kerja terus ke Alor Setar. Hanya 5 lokasi saja UTC di Malaysia nie, bertempat di Kuala Lumpur, Melaka, Perak, Pahang dan Kedah. Sampai saja di Alor Setar, solat Maghrib dulu di Pusat Dakwah, dan jam 8 malam, terus masuk UTC.

Dalam UTC, SSM terletak di tingkat 4. SSM berkongsi pejabat dengan KPDNKK dan Suruhanjaya Koperasi Malaysia. Sampai saja di pintu masuk, terus aku ke kerani untuk meminta borang perniagaan untuk diisi. Setelah diisi, mohon nombor tiket di kaunter tersebut. Dan kerani memberi nombor kaunter itu. Malam tak ramai, tapi kerani pun hanya sorang saja bertugas.

- pintu masuk -

- logo SSM -

- mudah untuk isi borang kerana terdapat contoh pengisian -

Hampir 40 minit menunggu, giliran aku pula. Setelah disemak nama di sistem, nama syarikat aku sah untuk digunakan. Dan boleh beroperasi malam itu juga. Syarikat yang aku tubuhkan adalah Zahab Fateh Enterprise. Klik nama tersebut untuk ke lawab web. Aku berkongsi nama dengan bini aku. Penjualan adalah emas, pakaian dan juga kereta sewa. InsyaAllah.

Setelah diproses selama 20 minit lebih kurang, aku diberi resit untuk depa proses pensijilan. Hampir 15 minit menunggu, akhirnya sijil dikeluarkan. Dan sah untuk diniagakan.

- berkongsi 3 suruhanjaya dan kementerian -

- sijil dan nomb pendaftaran SSM -

Sebenarkan bekalan untuk diniaga tidaklah banyak mana sangat pun. Dan lokasi pun masih tiada. Hanya letak alamat rumah saja. Kereta yang dok ada untuk sewa, telah beroperasi di Langkawi, emas pun hanya sedikit dan pakaian pun jarang2. Cuma disini, nama syarikat itu daftar lebih awal takut2 orang dah guna.....huhu.

Ok, setakat itu saja pendaftaran SSM secara manual.

Sekian,
Share on Google Plus

About Ben Ismail

Berkongsi pengalaman

2 comments:

  1. PENAMATAN OPERASI SSM DI UTC KEDAH
    Adalah dimaklumkan SSM akan menamatkan operasi di Bangunan UTC Kedah bermula pada 07 Oktober 2016. SSM merakamkan terima kasih kepada semua pihak sepanjang SSM beroperasi di UTC Kedah.

    ReplyDelete
  2. 👍👍😀😀 perkongsian yg bagus

    ReplyDelete