Salam sejahtera,
Moga sihat hendaknya semua setelah masuknya ke 16 bulan Ramadhan, sudah pertengahan bulan berjuang untuk melebihkan ibadat kepadaNya. Sedikit tazkirah berkaitan Ramadhan boleh klik sini untuk peringati kita bersama.
Baik, pertama kali bini aku dapat surat saman di awal tahun ini. Saman yang dikeluarkan oleh JPJ dibawah kesalahan tiada lesen memandu. Kereta bini aku yang terdapat di Langkawi dijadikan sewa setelah aku pajak kereta yang kini berada dibawah jagaan Brader Syed. Setelah aku bertanya kepada dia, dia memaklumkan bahawa saman itu telah dibayar oleh penyewa, kerana penyewa tersebut tiada lesen. Ok, aku ingat selesai disitu saja.
- dalam dewan Mahkamah - |
Pada bulan lepas, roadtax kereta bini aku mampus. Aku membeli insurans Takaful di Kepala Batas, Penang dan agen yang menguruskan semuanya untuk renew tersebut. Tiba2
petang itu, brader agen insurans tu kata tak boleh renew lesen kerana ada saman, dan telah disekat.
petang itu, brader agen insurans tu kata tak boleh renew lesen kerana ada saman, dan telah disekat.
Kemudian aku terus semak saman tersebut di laman web JPJ, maka keluar satu saman. Atas kesalahan tiada lesen memandu. Aku menjadi bengang seketika kerana sebelum ini Breder Syed kata penyewa telah bayar. Lalu aku terus call hotlink ibu pejabat JPJ untuk maklumat lanjut. Setelah diberi penerangan oleh pegawai pelanggan, rupa2nya, saman itu telah dikeluarkan dua saman. Saman pertama kepada pemandu kerana tiada lesen, Saman kedua pada pemilik kereta kerana membenarkan orang tiada lesen memandu..... Aduhai, kena getah.
- semakan di laman web JPJ - |
Aku sebenarnya tak tahu lagi yang pemilik juga turut kena. Ingatkan pemandu sahaja yang kena dan pemandu bayar saman selesai semua. Rupanya tidak. Dan anggapan aku, mungkin Brader Syed telah menyewakan kepada orang yang punyai lesen, tetapi ketika di roadblock JPJ, telah ditukar orang yang tak punyai lesen. Itulah risiko apabila berbisnes kereta sewa. Aku harap lepas nie kalau kena saman lagi macam nie, aku kena pastikan kena ambil juga duit untuk pemilik kereta sekali. Kena berhati2 lepas nie.
Aku terus ke JPJ Seberang Jaya untuk bayar saman. Kaunter JPJ kata tak boleh. Kena telefon JPJ Langkawi untuk depa buka akaun supaya boleh bayar. Setelah habis kompaun, maka aku kena maksimum, RM300. Dan kaunter JPJ kata, nama dah senarai hitam, dan waran dah keluar. Kemudian aku telefon JPJ Langkawi minta depa buka akaun, sekali lagi tak boleh. Disebabkan nama dah senarai hitam, maka kena turun mahkamah juga untuk membayar saman. Mahkamah pula di tempat kejadian, Mahkamah Majistret Langkawi. Kena maklum dulu pada JPJ Langkawi pada hari Ahad, dan naik mahkamah pada hari Isnin. Nama dah disenarai hitam sebab tempoh yang terlalu lama. Kena saman bulan Disember 2014, surat sampai rumah bulan Januari 2015. Kena naik mahkamah sebenar jika tak bayar kompaun pada bulan Mac 2015. Sekarang, dah bulan Jun. Tiga bulan dah berlalu.
Awal minggu hari tu, aku ke Mahkamah Majistret. Hari Ahad aku minta member aku sendiri memaklumkan pada JPJ Langkawi untuk ke Mahkamah keesokkan harinya. Dan aku ke Mahkamah Majistret pada hari Isnin tu.
Sampai saja disana, aku naik tangga dan nampak baju uniform JPJ. Aku bertanya "Pendakwa JPJ kah?" dia kata "ya", dan aku terus bagi surat saman pada dia. Setelah itu, nama bini aku dipanggil dan terus masuk ke bahagian hadapan. Aku mewakili bini aku dan Hakim meminta surat wakil. Aku serah surat wakil dan dibacakan pertuduhan oleh pembantu Hakim dan aku mengaku bersalah.
- contoh surat wakil - |
Dibawah kesalahan tersebut, denda minimum RM300 dan tidak melebihi RM2,000. Pendakwa memberitahu tiada rekod kesalahan lampau dan aku meminta rayuan dikurangkan. Hakim dalam keputusannya memberi paling minimum sebanyak RM300. Dan selepas itu, aku turun ke bawah dan bayar RM300. Selesai bayar, terus ke JPJ Langkawi dan tunjukkan resitnya supaya dibersihkan rekod didalam senarai saman JPJ. Kalau masih ada Pendakwa JPJ, serah saja resit itu padanya.
- resit bayaran dan tunjuk pada JPJ - |
Itulah pertama kali aku naik mahkamah. Sebelum ini aku yang bawa kes ke mahkamah, tapi kali ni aku yang kena dipanggil oleh mahkamah. Sesetengah JPJ atas kesalahan ini, akan saman pemandu sahaja. Tetapi pegawai ini, saman kedua2nya sekali. Apa yang aku ingin katakan, adalah 'celaka' pegawai itu. Menyusahkan aku saja.
Sekian,
Duduk dlm mahkamah tu agak2 berapa lama??
ReplyDeletetak lama pun.. majistret akan settlekan bab saman trafik dan jpj dlu, kmudian baru reman @ perbicaraan
DeleteAssalam sya ada blacklist lesen thun 2012. Tpi jpj dkt senawang xdpt settle mslh. Dye ckp sye kne balik sarawak sbb kes nie dkt srwk. Sy kerja dkt sini nk balik srwk sthun skli itu pn klu sya blh balik
Deleteasalam. terima kasih. maklumat yang berguna. kalau minimum 300 tak lebih 2000 masak jugak tu kan kalau mood hakim tak baik. sbb sy pun kena naik mahkamah 7 september ni wakil adik.
ReplyDeletewsslm, ya sama2.. kalo tiada apa2 rekod buruk dlu, xda masalah.. ada dua plihan samada nk byr duit, ataupun kerja amal kpd msyarakt selama 3 bulan kot tak silap smbil diperhati or direkod oleh parol dari jbtan pnjara
Deleteboss... mcm mana nk settlekan saman jpj kalo nama disenarai hitam...adakah kene naik mahkamah juga... kes nie dah 2013... ad 3 saman... baru sekarang rasa nk bayar... tolong bg idea boss...
Deleteesok pagi sy naik mahkamah. Sbb tiada lesen memandu... xpernah dpt saman.. harap dpt harga yg murah
ReplyDeletesemoga dipermudahkan urusan. tapi harap lps ni kena ada lesen dan sentiasa bawa ke mana saja kalo keluar
Deletesuratt wakil perlu ada ke ? setengah cakap takperlu
ReplyDeletebergantung juga pada amalan bg ssebuah mahkamah. tapi bagi saya standby dulu. kalau hakim minta, boleh bagi
DeleteAsslamualikom...? Bang, ni sy nak taya saman tahun leppas nama dah black list cara nak setel 2 cmn nak jumpa sapa...?
ReplyDeletewaalkmslam... kalau saman dari polis trafic, jumpa di balai polis trafik. dan kalau kena naik mhkamah, bgtau dgn polis trafik akan naik mahkamah. kalau boleh bayar di trafik dan x perlu naik mhkamah, itu lebih mudah. xpyh ke mhkamah.
Deletekalau saman JPJ, boleh ke bahagian saman JPJ. kalau kena ke mhkamah, sama juga prosedur dgn polis. cuma JPJ hnya JPJ shaja.
sekian
adoi....!! baru td sy kena dgn jpj.kebetulan esoknya (jumaat) sy mmg betoi2 plan nk renew roadtax....masalah nye sy kena pegi mahkamah jgk ke??...moto sy bawak tp moto dan dokumen moto atas nama mak sy...
ReplyDeleteboleh setel ke tanpa ke mahkamah...??
kalo nk ke mhkamah pun boleh saja. buat surat wakil dan sign nama mak. jika ke mhkamah boleh buat rayuan utk kurangkan amount denda.
Deletetapi nk settlekan tanpa ke mahkamah pun boleh. bayar denda dan selesai. tapi kalo sampai senarai hitam, itu kena ke mhkamah
nk setel tanpa ke mahkamah pun boleh....!! betul ke...
ReplyDeleteagak2 brpe byr...??
bayar denda di bahagian saman JPJ... amount sy x pasti berapa
DeleteAssalamualaikum bang..mggu lepas sy kena saman ngn jpj sebab roadtax mati..kereta sy pkai tp nama ayah..boleh kan sy je yang pergi settel semua kat mahkamah tanpa kehadiran ayah sy??
ReplyDeletewaalkmslam... ya, boleh wakilkan... tapi kalo boleh adakan surat wakil sbg persediaan.
Deleteassalamualaikum..bang sy ad 5 saman jpj,2 saman bg tahun 2013 dn 3 saman bg thun 2015..mcm mna sy nak sattlekn saman sy ni??wajib pergi mahkamah ke??
ReplyDeletewaalkmslam.
Deletekalo bg sy, sy akan tnya dulu saman di bahagian pendakwaan. kalo boleh settle dgn kompaun, maka sy byr terus sja.
tp kalo dh senarai hitam, dan diwajibkan pergi ke mhkamah, maka kna juga ke mahkamah. bgtau di bhaagian pndakwaan utk ke mhkamah.
assalamualaikum nk tnya... sy kena blacklist lesen.. nk setle tanpa naik mahkamah bleh ke..?
ReplyDeleteassalamualaikum nk tnya... sy kena blacklist lesen.. nk setle tanpa naik mahkamah bleh ke..?
ReplyDeleteas salam
ReplyDeletejika ada saman dan blacklist tp krta tak tahu kt mne.cmne ye?pernah buat report polis sebelum ni.buntu dah
kalau masa kena saman kereta bawah nama syarikat tetapi dah tukar pemilik so pemilik yang sama kena naik mahkamah ke?
ReplyDeleteTerima kasih. Info sangat sangat membantu. May Allah bless u
ReplyDeletesalam abg nk tny . nk buat rayuan tu.. kita akan ckp ke atau tgg hakim yang ckp ..
ReplyDeletemcm aku skarang ni . Nk bt lesen kereta. Dh stle Register n byar pun dah stle .. Tetiba masa nk test komputer tak lepas pulak.depa ckp nama kna blacklist dgn jpj . Smpai skarang jd bodo je pikir apa pulak slah ak.last kna saman 5 taun lepas. N saman tu aq dah bayar .. kadang geram2 ak asyik ulang je sebut jpj celaka .
ReplyDeleteCheck saman kt website bru nampak saman ape yg dikenakan..
Deletekdg2 saman dh bayar tp org dalam salah gune..huhuh
sama lah nasib kita... dh selesaikan smua saman yg ada ms ops sikap 1 lagi... tiba2 smua saman tu muncul balik skrg ni...
DeleteSy kena saman sebab tinted gelap.saman 2014.nak renew road tax utk tahun 2018 tak boleh telah disenarai hitam.mcm mana prosuder nak bayar saman yg blacklist tu?adakah kena bawa kenderaan ke jpj?
ReplyDeleteAssalamualaikum shabat skalian sy dah lama Ada saman tiada lesen memandu jpj Dan pnah kena lg satu saman melibatkan owner beri kebenaran untuk bawa satu saman mntak pndapat mcm mn Sy nk berurusan
ReplyDeleteSalam bang.saya nak tnya sikit..saya hari tu kena buat inspection motor..tapi saya tak pergi..then nk hidup roadtax xbleh..td pegi jpj buat inspection then lulus..lps tu nk byar saman yg gagal patuhi arahan pemeriksaan tu tak boleh..dia sruh naik mahkamah kalau nk bayar saman..kalau xnk naik mahkamah boleh,tpi saya kena tunggu 20/5 baru sya boleh naik mahkamah..boleh ke kalau xnaik mahkamah?
ReplyDeletekalu saman tiada lesen cdl tapi bawah < 250cc lesen moto tiada sama jugak k minima 300?
ReplyDeleteAs salam tuan.
ReplyDeleteSaya pernah disaman oleh jpj..tiada lesen motor..hanya ada lesen kereta.
Kejadian berlaku pada 2003.
Setelah setahun..lesen memandu saya di senarai hitam..hari ini 21 feb 2018 saya ke jpj Melaka..saya dapati ada satu kesalahan saman..ia itu bawa motor tanpa lesen motor dan insuran perlindungan..jumlah nya rm600.
Soalan saya tuan..boleh tidak saya dpt lesen saya balik..setelah sekian lama.
Dulu bila nk hidupkan lesen tak boleh..terus blacklist..saya pun malas nk hidupkan hingga hari ini.