منڧعتكن علمو اڤا يڠ كامو كتاهٶي

Perceraian (Bukan Islam)

Salam sejahtera,

Terdapat perbezaan antara orang Islam dengan orang bukan Islam dalam perceraian ini. Jika anda ingin mengetahui sedikit tentang perceraian mengenai orang Islam, boleh klik di sini. Pada hari ini, aku akan memberi sedikit seringkas dalam tajuk berkenaan berdasarkan undang-undang.

Perceraian bukan Islam hendaklah dirujuk pada Akta Membaharui Undang-undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 [Akta 164]. Dalam hal ini, segala proses perceraian mestilah merujuk kepada mahkamah. Mahkamah akan menentukan bagi setiap pasangan itu berpisah atau tidak berdasarkan alasan-alasan yang dikemukakan oleh pasangan tersebut. Permohonan perceraian ini hendaklah dilakukan di Mahkamah Sivil.



1- Apakah yang dimaksudkan dengan perceraian?

Bermaksud perpisahan antara suami dan isteri yang sah dari segi undang-undang dan akibat dari itu, salah seorang boleh berkahwin dengan yang lain.


2- Sebelum Akta 164 dikuatkuasakan, apakah kedudukan perkahwinan itu?

Sebelum Akta 164 ini diwujudkan, taraf perkahwinan mereka sebelum ini adalah sah dibawah pendaftaran pasangan masing-masing.


3- Terdapat dua jenis perceraian; perceraian bersama dan perceraian pertikaian:

a) Perceraian Bersama (Seksyen 52)

Perceraian ini memudahkan kerana pasangan bersetuju dan rela hati ingin meninggalkan atau berpisah dengan pasangan yang sedia ada. Segala bentuk akses kewangan seperti harta perkongisan, hak penjagaan anak, nafkah perlu dipersetujui bersama. Kedua-dua pihak memfailkan petisyen bersama di mahkamah dan pasangan tersebut tidak perlu untuk mendapatkan sijil pendamaian tribunal perkahwinan di JPN. Perceraian melalui ini mudah dan cepat. Namun pasangan ini mestilah melebihi tempoh perkahwinan selama dua tahun.

b) Perceraian Pertikaian

Jika ada pertikaian salah satu pihak dari pasangan tersebut, pasangan perlu mendaftar di Tribunal Perkahwinan di Jabatan Pendaftaran Negara. Jika tiada pendamaian setelah 6 bulan, pemohon boleh ke tribunal sekali lagi untuk mendapatkan sijil dari tribunal tersebut. Selepas itu, pemohon boleh memfailkan petisyen perceraian di mahkamah. Proses dalam perceraian ini mengambil masa yang lama sehingga makan masa bertahun.


4- Syarat-syarat yang perlu diikuti sebelum perceraian dibuat:

a) Pasangan tersebut mestilah mencapai perkahwinan tersebut selama dua tahun. Sebelum dua tahun pasangan tidak boleh memohon perceraian, kecuali jika ada kebenaran mahkamah sekiranya pasangan itu dari satu pihak berkelakuan yang boleh mendatangkan bahaya dengan seorang yang lain, mahkamah atas budibicaranya. Jika dilakukan sebelum dari dua tahun dan ingin memohon perceraian, pasangan tersebut tidak dibenarkan. Ini bagi mengelak dari percubaan atau melarikan diri dari perkahwinan tersebut. Atau dari segi kata yang lain, perkahwinan ini hanya untuk 'main-main.'

b) Perlu mendapatkan sijil dari tribunal perkahwinan di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) ditempat yang berdekatan.


5- Apa itu tribunal perkahwinan?

Jika pasangan ingin berpisah dan ada pertikaian, iaitu salah satu pihak tidak bersetuju untuk bercerai, pasangan tersebut perlu mendaftar di JPN dengan bayaran sebanyak RM2. Di dalam tribunal perkahwinan itu, akan diberi kaunseling atau motivasi untuk proses pendamaian. Ianya mengambil masa sehingga 6 bulan.

Didalam sessi tersebut, pasangan akan menceritakan masalah yang dihadapi mengenai kes zina, kewangan, gangguan dari pihak ketiga, gangguan dari ibu ayah mertua dan sebagainya. Di dalam tribunal itu, terdapat 2-4 panel yang akan mendengar masalah pasangan tersebut.

Jika pasangan itu tidak dapat berbaik semula dan telah datang kali kedua dalam beberapa bulan selepas yang kali pertama itu, pemohon perlu membayar RM20 dan surat perakuan akan dikeluarkan kepada pasangan tersebut. Kaum wanita yang ramai memohon tribunal tersebut dan hanya 10% sahaja yang berjaya dalam pendamaian ini.


6- Terdapat kes yang dikecualikan dari tribunal, antara alasannya ialah;

a) salah satu pihak dari pasangan itu hilang tanpa dikesan.

b) salah satu pihak menetap di luar negara dan tidak balik ke Malaysia selepas tempoh 6 bulan selepas tarikh pemfailan perceraian di mahkamah.

c) dipanggil untuk tribunal dalam sessi kaunseling tetapi salah satu pihak tidak menghadirkan diri.

d) salah satu pihak dipenjara sehingga tempoh 5 tahun atau lebih.

e) salah satu pihak mengalami sakit jiwa dan mental.

f) salah satu pihak telah memeluk agama Islam, dan

g) pihak-pihak bersetuju untuk bercerai bersama.


7- Terdapat beberapa kategori permohonan perceraian;

a) Pembubaran Perkahwinan Jika Salah Satu Pihak Memeluk Agama Islam (Seksyen 51)

Jika salah satu pihak memeluk agama Islam, pemohon dari pihak yang tidak memeluk agama Islam itu boleh memohon perceraian di mahkamah. Tempoh tersebut mestilah melebihi 3 bulan selepas pihak salah satu itu memeluk agama Islam.

b) Pembatalan Perkahwinan (Seksyen 67, 68, 69 dan 70)

Salah satu pihak boleh menyampaikan permohonan kepada mahkamah dan meminta dekri pembatalan perkahwinan itu atas alasan berikut;

  • Jika pasangan salah satu pihak itu pernah berkahwin dengan yang lain tetapi tidak bercerai. Masih lagi sah suami isteri maka perkahwinan itu terbatal.
  • seorang lelaki berkahwin di bawah umur 18 tahun dan perempuan 16 tahun tanpa kelulusan dari Ketua Menteri atau Menteri Besar.
  • pihak pasangan itu mempunyai tali persaudaraan melainkan mendapat kelulusan dari Ketua Menteri atau Menteri Besar.
  • pihak-pihak masing-masing bukan lelaki dan perempuan.
  • persetubuhan belum dilakukan atas ketidakupayaan salah satu pihak.
  • persetubuhan belum dilakukan atas keengganan salah satu pihak.
  • perkahwinan tersebut atas dasar paksaan, desakan, kesilapan atau tak sempurna akal.
  • seorang atau salah satu pihak mengalami gangguan mental mengikut pengertian Ordinan Kecelaruan Mental 1952.
  • salah satu pihak mengalami penyakit kelamin dalam keadaan berjangkit.
  • seorang isteri hamil dengan perbuatan bukan dari suaminya itu semasa dalam perkahwinan.


8- Kesan daripada perceraian tersebut;

a) Kedua-dua pihak itu boleh berkahwin dengan orang yang lain.

b) Hak bagi setiap bekas pasangan akan ditentukan oleh mahkamah.


9- Dokumen yang diperlukan untuk memfailkan permohonan perceraian;

a) sijil perkahwinan

b) sijil kelahiran anak-anak hasil dari pasangan bersama

c) sijil Tribunal Pendamaian

d) kad pengenalan

e) nama/alamat/pekerjaan suami dan isteri

f) nama majikan

g) laporan berkaitan:-
  • perubatan
  • polis
  • penyata gaji
  • dokumen sokongan yang lain untuk pembuktian mahkamah.

Sekian,
Share on Google Plus

About Ben Ismail

Berkongsi pengalaman

20 comments:

  1. Setelah buat petisyen di tribunal pndamai,adakah si pemohon juga dibolehkan tidak hadirkan diri sekiranya dia enggan berbuat demikian?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebaiknya hadirkanlah diri utk menunjukkan kesungguhan. yg penting dptkan sijil tribunal tersebut supaya lebih mudah utk proses perceraian

      Delete
    2. En ismail..mcm mna ngn sya dah mmluk islam tp suami bkn islam tp nak cerai dia enggan buat pmohonan kat makmah mcm mna tu

      Delete
  2. Kalau si istri orang luar(bukan malaysia) macam mba prosesnya,dan hak penjagaan anak kg mcm mana,pada siapa nantinya

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy tak pasti prosesnya.. boleh ke JPN utk mklumat lanjut

      Delete
  3. Bagaimana jika ibu kpd 3 org anak tglkan ank selama 6 tahun dgn bapanya...tiba2 datai u tuntut anak n rumah nama bdua sedangkan si suami y tanggung semua nya...disini sy nak tau adakan si isteri atau bapak y mana akan khilangan ank n rumah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. puan boleh ke Jabatan Bantuan Guaman. Setiap negeri ada cawangannya. Selalunya ada di wisma atau bangunan persekutuan. dapatkan nasihat guaman

      Delete
  4. saya telah dapat sijil tribunal megatakan bahawa tidak dpt capai pendamaian. lps itu saya harus memohon penceraian di mana? dan berapa yuran yang perlu saya bayar?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada jwapan di nombor 3, kurungan b. boleh ke mahkamah utk perbicaraan yg kadangkala boleh memakan masa. soal yuran saya tak pasti

      Delete
  5. Sy ni telah berkawin 8thn dan ada 2org anak,sekarang suami sy dah berpindah agama ke islam dan telah berkawin lg,apa yg tindakan yg patut sy buat,apakh perkawinan sy masih sah dr segi undang2,dan selepas suami masuk islam dan berkawin lg secara automatic kan kami kan1 sudah bercerai,utk itu apakh sy masih memerlukan Peguam,dan1 berapa bayarannya

    ReplyDelete
    Replies
    1. lepas saja 3 bulan dia msuk Islam, puan boleh terus ke mahkamah dan mohon prceraian. rasanya x perlu lantik peguam. tapi kalo puan jugak peluk Islam, puan sah isteri dia sampai bila2.

      Delete
  6. En Ben Ismail..mohon jawab pertanyaan sya...
    Suami(bkn islam) telah berkhawin dgn wanita lain(bkn islam)atas alasan wanita ini telah membuat laporan polis yg dia dirogol oleh suami sya..perkhawinan ini berlangsung bkn menurut JPN tpi melalui khawin kg..adakah perkhawinan ini sah?bolehkah pembatalan perkhawinan dilakukan?bagaimana procedurnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. perkahwinan yg sah dgn adanya dokumen perkahwinan dikeluarkn oleh JPN.. jika tiada dokumen, maka tiada perkahwinan. tiada juga proses pembatalan.

      Delete
    2. Terima kasih ats jwpn anda en ben.tetapi bagaimna pula srt beranak blh dikeluarkan oleh JPN jika perkhawinan itu x sah?

      Delete
    3. jika surat beranak telah dikeluarkan, kemugkinan prkahwinan mereka di kampung telah disahkan di JPN. apabila disahkan maka surat beranak boleh dikeluarkan.
      skrg suami ada isteri dua ke? dgn puan skali?

      Delete
    4. This comment has been removed by the author.

      Delete
    5. Ya..knp perkhawinan itu blh disahkan sedangkan ianya salah bg seseorang lelaki itu berpoligami??

      Delete
  7. maaf bertanya apakah hak wanita yang bukan islam selepas penceraian....sama ke dengan hak wanita islam selepas penceraian...

    ReplyDelete
  8. Selamat Pagi En.Ben.. Bagaimana ya sekiranya si isteri dalam keadaan hamil, (yg pastinya bukan ank dr si suami) memohon utk Tribunal pendamaian.. Utk pengetahun tuan pasangan suami ister sudah berpisah selama lebih 5 tahun dan kini si isteri ingin memohon untuk penceraian memandangkam dia sedang hamil ank dr lelaki lain...

    ReplyDelete
  9. Selamat Pagi En.Ben.. Bagaimana ya sekiranya si isteri dalam keadaan hamil, (yg pastinya bukan ank dr si suami) memohon utk Tribunal pendamaian.. Utk pengetahun tuan pasangan suami ister sudah berpisah selama lebih 5 tahun dan kini si isteri ingin memohon untuk penceraian memandangkam dia sedang hamil ank dr lelaki lain...

    ReplyDelete