منڧعتكن علمو اڤا يڠ كامو كتاهٶي

Pembayaran Cukai Kastam Kereta Langkawi

Salam sejahtera,

Pada 27hb 11 hari tu pada hari Khamis, aku telah ke Langkawi untuk membuat pembayaran cukai kastam import Langkawi untuk dibawa masuk ke Tanah Besar Semenanjung setelah berada di pulau tersebut selama 2 bulan setengah apabila kali terakhir membawanya keluar.

Secara ringkas untuk aku menceritakan proses pembayaran cukai kereta nie. Kereta aku Toyota Vios 1.5S berharga RM70k bagi varian TRD Sportivo. Jika harga semenanjung lebih kurang RM90k. Perbezaaan disitu ialah RM20k. Maknanya cukai yang perlu dibayar apabila tempoh setahun, berjumlah RM20k lebih kurang.

Jumlah itu akan berkurangan, perkiraan tempoh 6 bulan ke 6 bulan. Jumlah untuk pembayaran cukai berbeza apabila terdapatnya surat rasmi pindah. Maknanya surat pindah dari Langkawi berpindah ke mana-mana tempat kecuali Labuan. Aku sertakan dengan surat pindah, dan harga menjadi kurang separuh. Jumlah yang aku bayar dalam tempoh setahun dan ada surat pindah, ialah RM9695.57.

- Pejabat Kastam -

- perkiraan jumlah, RM11k tu tempoh 6 bulan, RM9k adalah setahun -

27hb 11 adalah tempoh cukup setahun kereta aku yang menjadi warga Langkawi. Sebaik sahaja tiba di Langkawi, aku terus ke Pejabat Kastam di Tanjung Lembong, Bukit Malut. Pertukaran i.c atau lesen di pondok Polis untuk mendapatkan pas lawatan. Apabila dah masuk Pejabat Kastam, Penolong Pengarah Kastam tiada pula kerana ada mesyuarat ketika itu. Penolong Pengarah nak kena ada juga sebabnya, hanya dia seorang sahaja boleh print keluar jumlah peratusan cukai. Maka dengan itu, aku keluar dari Pejabat Kastam ke tempat lain dulu sementara tunggu Penolong Pengarah Kastam itu selesai dengan mesyuaratnya.

Pada jam 2.30 petang, aku kembali ke Pejabat Kastam. Aku kena cepat sebabnya 3.30 petang dah tutup opis. Kedah pada hari Khamis semua pejabat kerajaan tutup awal. Bila dah tunggu dalam 10-15 minit untuk mendapatkan salinan print jumlah tersebut, pelbagai tempat lagi untuk aku berurusan. Aku ingatkan satu tempat saja untuk bayar duit, selesai. Rupa-rupanya, ada dua tiga tempat nak kena berurusan.

- selama tempoh 2 bulan setengah, kereta aku dijaga rapi oleh kawanku. kerinduan itu sangat menyerlah -

Salinan print jumlah dah dapat, kemudian kena pergi ke agen syarikat samada seperti Wantas, Bersatu, Pertiwi, dan semua syarikat kargo yang berada di persekitaran situ. Dalam tempoh menunggu lebih kurang 15 minit, dapat satu borang yang ada 4 salinan tersebut dan dikenakan RM30. Ketika itulah agen tersebut meminta surat perpindahan, salinan geran, salinan i.c. Kemudian agen tersebut bagi satu surat untuk serahkan kepada bilik KV. Kemudian aku keluar dari bilik agen dan terus ke bilik KV bersama dengan satu surat salinan borang untuk diserahkan kepada bilik KV, dan satu lagi borang 4 salinan untuk ditandatangan di bilik yang sama juga. Pada ketika itu juga Pegawai Kastam akan tanya kereta, kalau ikutkan kereta depa nak tengok, tapi aku hanya bagitau kereta ada di Langkawi dan tengah servis di Toyota. Pegawai Kastam tu kata tak mengapa, dia terus sign sahaja.

- agen sedang menaip borang -

- bilik KV (pendaftaran kereta Langkawi) -

Lepas sahaja sign, patah balik ke Pejabat Kastam, ketika itulah baru aku membayar duit RM9k tu. Aku bayarnya secara cash. Pegawai Kastam ambil dan masuk mesin pengkiraan jumlah, dan serahkan aku 4 salinan borang. Katanya 2 salinan yang atas tu diserahkan kepada JPJ, satu salinan untuk beri kepada Kastam ketika aku hendak keluar dari Langkawi, dan satu salinan lagi untuk aku simpan jikalau ada UPP, Polis atau JPJ yang menahan di satu roadblok di semenanjung, dan aku boleh tunjuk borang resit pembayaran cukai itu sebagai bukti.

Apabila dah dapat resit, aku kena patah balik ke bilik KV untuk Kastam memadam rekod kereta daftar Langkawi, itulah yang terakhir kali urusan aku di Kastam. Aku ingatkan setakat itu saja, rupanya ada satu lagi urusan. Urusan dengan JPJ untuk cop Pembatalan Pengecualian Cukai Kastam. Pada waktu tu dah jam 3.30 petang. Pejabat JPJ dah tutup. Dan Kastam tu bagitau, wakil kat kawan pun boleh. Maka dengan tu, aku serah kepada Meon memberku geran ori, salinan geran, salinan i.c dan juga borang resit pembayaran cukai Kastam.

- kastam sedang mengira duit, proses pembayaran -

- harga sebenar kereta aku setelah cukup setahun dan cop kastam -

Lepas sahaja aku dapat borang resit pembayaran cukai tu, aku terus ke feri Ro-ro untuk aku balik ke tanah besar. Dan orang roro bagitau esok, lusa dah penuh, yang ada 1hb Disember saja. Aku minta tolong supaya dapat ejas, sebab aku nak kena balik juga sebab ada kerja keesokkan harinya tu. Brader tu kata, esok datang saja dulu, kalau boleh sumbat, kita sumbat. Aku pun bagi salinan i.c dan juga salinan resit pembayaran cukai itu. Kalau kereta belum bayar cukai, kena bagi geran ori kepada roro untuk serah kepada Kastam.

Keesokkan harinya, Alhamdulillah, kereta aku dapat juga masuk ke dalam feri roro. Mungkin itulah kali terakhir aku menaikinya. Selalunya aku akan dapat borang Kastam K1, dan kena simpan apabila berada di tanah besar. Sekarang aku dapat borang K3 dari roro, dan serahkan borang tersebut kepada Kastam. Borang K3 itu tidak dikembalikan untuk selama-lamanya.

- kereta gua di Feri Ro-ro, bersebelahan Ferrari, Porsche dan dpn ferrari ialah Mc Laren -

Maka dengan itu, sahlah kereta aku berada di Tanah Besar. Dan disini aku untung RM10k pembelian kereta Langkawi setelah membayar cukai. :)

- geran ori setelah di cop oleh JPJ -
Secara kesimpulannya:

1) Pejabat Kastam, dapatkan pengkiraan jumlah untuk bayar cukai.
2) Bawa salinan pengkiraan jumlah itu ke agen untuk proses resit pembayaran cukai. Sertakan juga        surat perpindahan jika ada.
3) Bawa borang resit pembayaran itu ke bilik KV untuk tandatangan Pegawai.
4) Setelah tandatangan, kembali ke Pejabat Kastam untuk pembayaran.
5) Dapat resit pembayaran, hantar salinan pembayaran ke bilik KV semula untuk padam rekod                Langkawi.
6) Selesai di Kastam, bawa resit pembayaran dan juga geran ori ke JPJ.
7) JPJ cop dan rekod dalam sistem.
8) Selesai.

Sekian,
Share on Google Plus

About Ben Ismail

Berkongsi pengalaman

36 comments:

  1. Betul ke bayaran cukai dpt setengah?

    ReplyDelete
  2. ya....berdasarkan apa yg dicerita. yg penting ada surat pindah dari majikan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selalu kakitangan kerajaan memang dapat diskaun kalau ada surat pindah.. kalau swasta payah skit tapi boleh apply pengurangan cukai dekat putrajaya..

      Delete
  3. ada efek ke kalau kereta tu ckd atau cbu untuk cukai yg perlu dibayar?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya....ada beza.. kereta yg dibuat di Mlaysia murah sikit

      Delete
  4. Assalamualaikum tuan kalaw kereta baru kena tunggu 6 bulan baru leh bawa keluarkan betol x

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam.... ya betul, kena tunggu 6 bulan ke atas baru boleh bwk kuar keta..

      Delete
  5. terima kasih bnyk..sgt membantu info tuan sebab kebetulan saya hendak bawa keluar kereta bulan ni..dah 5 tahun di langkawi

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, sama2..... moga dipermudahkan urusan tuan :)

      Delete
  6. Saya duduk bandar melaka..
    tp saya teringin sngt nk beli honda city baru di langkawi.. boleh ke saya berbuat demikian atau sebaliknya. Kalau boleh, adakah sy kena buat perkara yg sama? So tang cargo tu pulak berapa caj dia ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalo bg pndapat sy ianya tak berbaloi... kereta sekurag2nya kena ada di Langkawi dlm tempoh 6 bulan. Kmudian nk bwk kluar, tiada surat pindah majikan, kna bayar cukai penuh 100% secara cash.. lebih baik tuan beli trus saja di Melaka

      Delete
  7. Salam, sy nak tau kt mana sy nak rujuk kalau nk bwk masuk kereta dari tanah besar ke langkawi. Sy akan pindah ke sana insyallah thn depan.
    Setakat ni yg sy tahu Roro bwk masuk tp kena bgtau tarikh keluar. Kalau dah bermaustatin kt sana takde tarikh kluar. Kalau ada tmpt sy boleh rujuk trus. Tq in advance.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wssalam... dulu msa dok langkawi, tiada tempoh utk keluar balik.bila2 pun boleh.... skrg xtau dh mcm mna..... kalo bab kereta smnanjung bwk msuk langkawi tiada msalah, boleh sja bwk masuk, tp sebelum tu kna bagi geran jgak sbb kastam nk tgk smada keta bercukai atau x brcukai.... bgtau sja di roro kata kna pindah ke langkawi, bayar utk sehala saja pun ok

      Delete
  8. As salam..tumpang tanya..kalu saya nk beli honda jazz langkawi ..lps 5 tahun baru saya bawak keluaq..bolehkah saya beli ??walaupon saya dok penang dan kerja di penang??

    ReplyDelete
    Replies
    1. wssalam... kalau nk beli boleh sja.. tp nk tunggu 5 tahun tu sanggup ke? siapa boleh jaga keta tu? setahun kastam bg kuar 90 hari sja. lebih dari tu kena byr cukai mngikut hari

      Delete
  9. Bez info ni..plan nak beli keta di labuan..pastu bia sana 5 tahun kwn jaga..bole ke..? Sy org sarawak..lps 5 tahun tu ada caj ape2 lg ke? Or boleh je bawa balik ke sarawak asalkn dh lps 5 tahun?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalo kawan nk jaga sampai 5 tahun boleh saja. dalam tempoh tu boleh juga bwk kuar keta ke tanah besar, tapi dalam setahun tu hanya 90 hari sja. kalo lebih kena caj dgn kastam.
      Lps 5 tahun, cukai tetap dibayar. tahap paling minimum dan tak boleh kurang dh cukainya, walupun sudah 100 tahun.

      Delete
  10. Sekiranya kita mengeluarkan kereta langkawi melebihi 30 hari bagi tiap2 perjalanan. Berapa jumlah denda yang dikenakan berdasarkan bilangan hari?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak pasti pulak. bergantung pada cc keta agaknya. tapi kalau tak silap, boleh call kastam untuk lanjut tempoh. tp tak lebih 90 hari.

      Delete
  11. Salam.kete sport ade x dkt sane?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wssalam.. semua ada. macam2 keta di sana.. yg tak pernah jumpa di semanjung pun ada

      Delete
  12. As salam.. Nk tnye berkenaan dgn kete langkawi.. Boleh ke kalau nk taksir nilai cukai kereta di kastam putrajaya dgn bwk geran original? Sbb skrg sy tggl di selangor dan agak susah utk sy pergi ke kastam langkawi. Sblm ni kerja dlm kerajaan negeri di langkawi dan skrg bekerja di syarikat swasta di selangor. Sy bercadang nk bwk keluar kete dlm bulan ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsslam. setahu saya taksiran cukai dikira oleh pen. pnguasaha kastam di tmpat itu sndiri. langkawi or labuan. dan jika mahu kuragkan amount cukai boleh rayu di ptrjaya. sy pun tak pasti, boleh try tepon di hotline kastam

      Delete
  13. Ingin bertanya, perlukah borang kastam k1 / resit pembayaran disimpan atau hanya geran atau kad kereta yang dichop jpj untuk urusan keluar masuk di masa hadapan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. lebih baik tunjuk geran... sy pun kemugkinan akan dtg, nk tunjuk geran sja

      Delete
  14. Ingin bertanya...mcm mane prosidur klau sy ingin membeli kereta second hand langkawi dan mahu bawak masuk ke semenanjung...utk pengetahuan..kereta tersebut dh melebihi 5 tahun dan telah abis dibayar oleh owner asal..so utk pembayaran cukai tu mcm mane kire?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kereta second hand amat jarang ada di langkawi. nampak satu dua itupun kereta sampai berhabuk, seolah2 mcm tak laku. byk disana beli keta baru.. kes cukai, member sy ada beli keta honda civic dari pemilik di lgkawi, civic tu dah guna 4 ke 5 tahun mcm tu, dan sy ada tnya dia tntag cukai, dia kata bila dh pindah tangan, cukai itu dikira tahun pertama balik. mksudnya cukai penuh

      Delete
  15. Kalau sya nk bwak masuk kereta labuan ke langkawi (jalan2 je bukan menetap),bleh ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. dari labuan ke langkawi? boleh saja....

      kecuali labuan or langkawi ke tanah besar, jalan2 boleh, tapi menetap x boleh

      Delete
  16. Suami sy beli chev.orlando 3thn lps.dan bln 8 dia bersara dan nk bw blk kereta..blh ke dapat setengah harga.dan ada kata plak harga tax ikut currency..mohon pendapat tuan

    ReplyDelete
  17. Tumpang tnya,,,sya ad beli kereta scond hand langkawi,,nk kna bayar kt kerajaan tax rm5500,,rm5500 tu nk kna byar stiap thun ke??

    ReplyDelete
  18. salam... sy ada beli kenderaan langkawi (KV). hanya ada geran saja & hanya ada printed KENDERAAN IMPORT TERPAKAI. bagaimana sy nk tau ia bebas cukai atau sebaliknya? utk pengetahuan, sy dh beli 2 thn lps & tiada masalah tkr nama atau roadtax insurans...

    ReplyDelete
  19. salam..nak tnya,surat perpindahan tu klu utk yg keja private nie guna surat offer keja dr cmpny baru boleh x?sy pon pakai vios,agak2 klu pakai dah 3tahun, tax lg kurg la kan?tq

    ReplyDelete
  20. Nak tnya klau sy beli kereta di langkawi pada org yg menjual dngan harga 15k klau sy nk bawa kluar dri lngkawi ke semenanjung berapa cukai yg dikenakan?

    ReplyDelete
  21. Mana mana nk tahu kereta tu kereta langkawi atau tidao

    ReplyDelete
  22. salam.. brapa ya anggaran agak2 nya lah.. saya beli vios 1.5j dah dekat 4 tahun di langkawi. skrg nk bawak masok ke tanah besar

    ReplyDelete