منڧعتكن علمو اڤا يڠ كامو كتاهٶي

Pengeluaran Duit KWSP

Assalam,

- kaunter yang tidak sibuk -
18hb Mac 2016 genaplah 3 tahun perkhidmatan aku di dalam sektor kerajaan. Dan waktu beginilah yang ditunggu-tunggu oleh mana-mana penjawat awam. Kerana apa? Mungkin akan menjadi kaya sebentar ataupun menjadi kaya sehingga mati. Setakat mana ianya menguruskan jumlah wang yang besar diperoleh.


Tetapi dalam tempoh itu bukanlah terus dapat surat skim berpencen. Bagi kes aku kena tunggu sehingga bulan Mei baru dapat surat, dan skim berpencen tersebut bermula pada bulan Jun. Selama dua bulan KWSP masih lagi memotong dalam gaji aku. Tetapi tidak mengapa, duit itu akan dapat balik.


Apabila surat sudah sampai ke tangan aku seminggu sebelum bulan Jun, aku terus ke KWSP kononnya boleh proses untuk pengeluaran. Pergi hanya melawat saja kerana tidak boleh berurusan, sistem disekat disebabkan surat pengesahan skim berpencen bermula pada bulan Jun. Maka bulan Jun baru boleh proses. "Ooo.....macam tu rupanya". (keluh dihatiku). Aku pun terus pulang.

- kuasa besar dalam perkhidmatan awam -

- surat-surat penting -

Tepat 1hb Jun terus aku ke pejabat KWSP semula. Semua borang sudah siap. Borang yang aku sediakan adalah:

1) Borang Permohonan KWSP 9J (AHL). ( borang boleh ambil di KWSP atau download di laman web KWSP, juga boleh isi di dalam web dan terus print).
2) Borang Lampiran A - Notis Akuan Pelepasan Caruman Kerajaan. ( boleh download di laman web KWSP, atau ambil borang di KWSP. Cop dan tandatangan Ketua Jabatan).
3) Tawaran Pelantikan Jawatan Tetap.
4) Pengesahan Pelantikan
5) Pengesahan dalam Perkhidmatan, dan,
6) Pemberian Taraf Berpencen. (Surat ni yang ditunggu-tunggu...huhu).
7) Muka depan Penyata Bank.

Tetapi apabila dah sampai disana, kerani tengok semua borang or dokumen yang aku bawa, cuma yang dia ambil hanyalah:

1) Borang Permohonan KWSP 9J (AHL).
2) Borang Lampiran A - Notis Akuan Pelepasan Caruman Kerajaan.

Dua ini saja yang dia ambil. Surat yang lain tak perlu. Surat yang agak penting Pemberian Taraf Berpencen pun hanya dia tengok saja dan juga muka depan penyata bank. Ingatkan dia nak ambil, rupanya dia bagi balik. Mudah dan senang berurusan dengannya.

- isi siap2 borang di laman web -

- klik cetak dan akan memiliki tulisan yang cantik -

- download di laman web dan cop ketua jabatan di bawah sekali -

- bank pilihan aku -

- siap proses dan lulus, menunggu hari -

Lepas dia isi segala bagai dalam sistem dia, dia mohon untuk aku cop jari di mesin cop jari tu. Untuk belah kanan saja. Kemudian cop pula di kertas dengan kedua-dua ibu jari. Dan selepas itu, selesai. Katanya dalam masa tempoh paling lewat adalah 21 hari. Dan katanya lagi, semua dari jumlah wang dari akaun 1 dan akaun 2, dicampur jumlah keseluruhan, dan diberi kepada kita hanya 45% saja. Dan 55% lagi kerajaan ambil balik untuk bayar semasa kita dah pencen. Dan duit yang kita pernah kerja dengan swasta, akan diberi sepenuhnya.

Tunggu punya tunggu selama 15 hari, akhirnya duit kwsp tersebut mendarat di akaun. Lambat juga pengiraannya disebabkan dulu dah pernah bawa keluar. Siapa yang pernah bawa keluar sebelum ini, mungkin lambat disebabkan pengiraan dengan teliti. Kalau tak pernah keluarkan lagi, mungkin 4 hari dah boleh mendarat.

- sejarah pengeluaran, dari bawah PTPTipu, aku dan transfer ke Kumpulan wang persaraan -

- mendarat sudah dari kwsp -

Selamat sudah. 1hb Jun proses, 15hb lulus, 16hb pindah ke bank, 17hb baru terima wang. Rezeki bekerja, bersyukur padaNya.

Sekian
Share on Google Plus

About Ben Ismail

Berkongsi pengalaman

44 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ohh.... sy pun tak pasti. dah lama tak update dgn kwsp. sbb sy pun dah tak berurusan dgn kwsp. boleh contact hotline mereka

      Delete
  2. salam, nak tanya.. kalau payslip belum clear lagi potongan epf tu.. boleh kluarkan jugak tak? tapi dah dpt dah surat dr jpa dpt traf bpencen tu. mohon pencerahan. terimakasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak de masalah. Cume nanti kalau die tolak kwsp lagi. Buat kali ke2 punye permohonan.

      Delete
  3. awat aq pyer lama sgt proses...mohon 6 mac sampai skrg belom mendarat dlm akaun....huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bro dpt 45% drpada cmpuran akaun 1 dn dua ke

      Delete
    2. Sy pon sme..Dr mac lg blm terima lg Surat taraf pencen

      Delete
  4. assalamualaikum bro. berkenaan dengan lampiran a. notis perakuan oleh jabatan. mohon pencerahan berkenaan BUTIRAN AHLI. Mengenai para iv dan para v. cth dapat tarikh ptb 1 mac 2017.

    ReplyDelete
    Replies
    1. para iv tarikh lantikan
      para v tarikh pemberian berpencen

      Delete
    2. oh yeke,contoh mcm saya
      tarikh lantik - 7/6/2014
      tarikh sah perkhidmatan - 7/6/2015
      tarikh pemberian pencen - 1/10/2017

      so untuk para IV guna 7/6/2014 la eh?

      Delete
  5. Gua punya hantar 3 mac..4 april baru lulus..sekarang pun xdpt duit lg..xpernah buat pengeluaran pun..lagi lama tunggu..huhu

    ReplyDelete
  6. Gua punya hantar 3 mac..4 april baru lulus..sekarang pun xdpt duit lg..xpernah buat pengeluaran pun..lagi lama tunggu..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. shahrul patut caL kwsp tanya kenapa duit x kredit lgi...

      Delete
    2. Hi... Nak tnya, kwsp awak dah masuk ke? Ke belum lagi

      Delete
  7. alhamdulilah...mohon 6/03 baru hari ni lulus...cuma aq x puas hati...kwsp buat keje lembap...harap je zaman dh canggih...slogan x bole blah Anda Keutamaan Kami...x bole pakai...harap kwsp berubah di masa hadapan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. duit dh dapat ke bro? kalau dh lulus kira2 standard jam brapa dh leh tgk akaun? after 7pm?

      Delete
    2. Dengar citer..klu submit di HQ PJ proses lebih cepat..kalau hantar ke KWSP cawangan di negeri.. Ambil masa..proses kumpuk dan transfer ke KWSP PJ..sebab yg prosesnya PENGELUARAN PTB NI mmg di KWSP PJ sahaja..

      Delete
  8. sy baru hantar pada 20/3/2-17..adakah akan dapat pada 20/4/2017?wow..haha..skrg pun xdpt lagi..nak dkt 21 hari dah

    ReplyDelete
    Replies
    1. rahmat 21 kiraan hari bekerja...sabtu n ahd tdk dikira...kalo nasib ko baik maybe 15 hari je dh dpt...mcm aq tgu 24 hari baru lulus...

      Delete
  9. Assalamualaikum..
    Saya dah bkerja swasta sejak april 2007, pada 16 ogos 2017 dilantik ke jawatan tetap kerajaan...
    Jika saya nk keluarkan kwsp selama saya bkerja dari april 2007 sehingga ogos 2017 ,adakah saya perlu kemukakan bukti bersurat..kalau tiada surat plantikan sepanjang saya bkerja swasta macam mana?. Mohon pncerahan tuan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. surat pelantikan semasa kerja gov,bkn swasta..

      Delete
  10. Assalamualaikum
    Boleh x nak keluarkan kwsp tp payslip belum clear lg.....n termasuk dalam syarat ke kne tunggu clear payslip dulu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam.. tak jadi masalah pun... asal ada dokumen2 berkenaan... cuma perlu buat pengeluaran dua kali la.

      Delete
  11. Assalamualaikum
    Boleh x nak keluarkan kwsp tp payslip belum clear lg.....n termasuk dalam syarat ke kne tunggu clear payslip dulu...

    ReplyDelete
  12. Mcmana pengiraan dividen yg dah tmsuk kira yg jumlah kerja swasta tu ye

    ReplyDelete
  13. saya punya permohonan hantar boring di kwsp cawangan kluang 2 mei 2017.. kata 21 hari tapi until now takde lagi..mcm mne ye...lambat Nye proses...

    ReplyDelete
  14. Saya htr borang ke kwsp 4aribulan 5 ...baru lulus 2aribulan 6..memang ngam 21ari...tapi duit lum masuk dalam bank...ari ni 5aribulan 6...bila masa die masuk...pagi?tengHari?petang?

    ReplyDelete
  15. Replies
    1. iya, 45% darab dgn hasil tambah akaun 1 dan akaun 2...

      Delete
    2. Bro,cthla sblm ni dh bt pengeluaran utk ptptn..bila dh cukup 3 tahun balance akaun 1 & 2 ada la dalam rm20k..so kita akan dapat 45% dri rm20k tu ke?

      Delete
  16. salinan surat2 semua tu kena sah benar ke?
    tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak perlu..yg pntg standby dokumen asal je..tp klu nak disahkan oleh majikan pn xde masalah...

      Delete
  17. Assalam.. Surat sah pelantikan sy yg ori xde...salinan je ada... Dokumen lain lain semua ada ori.. Rse pegawai tu terima x?

    ReplyDelete
  18. Kebanyakan yg lambat masuk duit kwsp dlm akaun sb penggiraan semula potongan kwsp.. Kes aku sebelum nie, aku dan member opis(3 org satu batch intake) pergi hantar permohonan pengeluaran duit kwsp.. Aku dpt awl sb xpenah keje swasta dlm tempoh 4 hari je.member aku lewat dr 21 hari sb penah keje 3 syarikat swasta.. Dan member yg lain dalam 14 hari je.. Sb keje satu syarikat swasta.. Caruman tu akan buat pengiraan balik dari awal keje. Lepas tue aku mohon refund sb terlebih potong sebulan kwsp..

    ReplyDelete
  19. Assalamualaikum. Saya hantar pada 5hb september 2017. skrg dah 14 september 2017.. Masih belum ade ape ape jawapan dari kwsp.Tak pernah keluarkan duit 1 sen pon. Mintak maaf kata kwsp keje mmg sgt lembap .Duit saya bukan ade bilion dalam tu. kalau buat pinjaman bank 4 hari dah dapat. tp duit kita sendiri pon lambat nak process masuk dlm akaun. Harap perkara ni boleh direport supaya Pihak KWSP boleh bekerja dgn lebih pantas. tq

    ReplyDelete
  20. saya 8hbln pun xda berita langsung

    ReplyDelete
  21. Bro,cthla sblm ni dh bt pengeluaran utk ptptn..bila dh cukup 3 tahun balance akaun 1 & 2 ada la dalam rm20k..so kita akan dapat 45% dri rm20k tu ke?

    ReplyDelete
  22. Wah..banyak maklumat. Sangat membantu.

    ReplyDelete
  23. Baru submit tadi... Huhuhu...

    ReplyDelete
  24. Salam bro,nk tny..mcm mana ya nk tau lulus ke tak application kita tu?dia kol atau email ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia cakap akan hantar mesej melalui nombor phone yang kita bagi dalam borang.

      Delete
  25. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  26. saya dah submit semua document 28 November 2017, sekarang 12 Disember 2017, tadi dah kol KWSP, dia cakap sekarang tgh buat pengiraan syer kerajaan, insyaallah paling awal dapat dalam minggu 18 Disember 2017. Memang less than 21 hari. so sama-sama kita tunggu yer. Mana nak pakai duit tu korek2 la duit bawah tilam. huhu

    ReplyDelete