Assalam...
Emas adalah logam yang sangat bernilai dan mahal harganya. Tidak jatuh inflasi dan tetap nilainya. Seperti contoh, 1400 tahun lalu, dengan 1 dinar dengan beratnya 4.25 gram bertulenan 916 campuran, boleh membeli seekor kambing. Dan tahun 2015 pun boleh membeli seekor kambing dengan 1 dinar. Dahsyat kuasa emas.
- Lot Public Gold - |
Hujung minggu lalu, aku ke Queensbay Mall di Bayan Lepas Penang. Ke tingkat 2 lot 2F-119, iaitu Public Gold. Kedai lotnya kecil saja, tapi sangat mahal di dalamnya. Mulanya dengan bajet yang ciput nie nak beli dirham saja. Tapi 1 gram emas pula ada promosi. Memandangkan kedai Public Gold di Queensbay itu baru saja beroperasi, maka terdapat promosi disitu.
Harga semasa emas untuk 1 gram dijual RM180, beli di cawangan Public Gold, dapat discaun RM170. Tapi beli di kedai lot Queensbay tu, RM160. Tapi dengan syarat, kena beli 2 gram dengan harga keseluruhan RM320.
Ya Allah, luntur iman ini, terus saja aku cucuk duit dan beli 2 gram emas yang pada asalnya nak beli dirham saja. Tapi tak mengapa, pelaburan jangka masa panjang, RM160 itu bakal berganda harganya pada masa akan datang.
Di Queensbay Mall itu kedai jual sebagai walk in saja. Bukan seperti di branch untuk jualan balik. Dan kepada yang jadi dealer, tidak ada komisyen diberikan. Rugilah kalau dealer beli disitu. Aku yang masih ametur, beli disitu saja. Sekarang berusaha untuk jadi dealer. InsyaAllah.
Bukan emas yang buat kita kaya, tapi ilmu yang membuatkan kita kaya. Cukuplah emas yang ada untuk penguat semangat dalam menuntut ilmu, mana yang ada lebih2 simpanan, boleh beli emas untuk pelaburan. InsyaAllah.
Sekian,
0 comments:
Post a Comment