Saban tahun setiap masuknya tahun baru berbagai ragam manusia ingin menukar status dari buruk kepada baik dan dari baik kepada yang lebih baik. Segala perancangan oleh diri sendiri amat baik dan diperhalusi namum ketentuan segala keputusan tentang kehidupan hanya Allah saja yang mengetahui. Segala percaturan bumi ini telah di atur oleh Allah kejadian siang dan malam supaya kita dapat berfikir.
Firman Allah S.W.T :
"Allah-lah Yang meninggikan langit tanpa tiang (sebagaimana) yang kamu lihat, kemudian Dia bersemayam di atas Arasy, dan menundukkan matahari dan bulan. Masing-masing beredar hingga waktu yang ditentukan. Allah mengatur urusan (makhluk-Nya), menjelaskan tanda-tanda (kebesaran-Nya), supaya kamu meyakini pertemuan (mu) dengan Tuhanmu." (Surah Ar-Ra'd : 2)
Tahun Masihi direka oleh Kristian pada kelahiran Nabi Isa. Umat Islam menghormati Nabi Isa tetapi Nabi kita tetap melarang umatnya mengikut ajaran yang dibawa oleh nabi-nabi terdahulu. Ada sebuah kisah yang mana Umar al-Khattab telah membaca Kitab Taurat, telah dimarahi oleh Rasulullah. Ini kerana al-Quran telah lengkap untuk kehidupan manusia tidak perlu lagi manusia untuk mengikuti ajaran terdahulu. Diriwayatkan dan bersabda Nabi, “jika Nabi Musa turun dan masih ada sekalipun di zaman aku, maka kamu semua tetap mengikut ajaranku”.
Tahun Masihi dikira hari melalui matahari. Dalam setahun mempunyai 365 hari. Namun kejadian matahari tidak disia-sia oleh Allah kerana segala penciptaNya ada sebab yang dapat kita berfikir. Ini terdapat firmannya:
“Dialah yang menjadikan matahari bersinar-sinar (terang-benderang) dan bulan bercahaya, dan Dialah yang menentukan perjalanan tiap-tiap satu itu (berpindah-pindah) pada tempat-tempat peredarannya (masing-masing) supaya kamu dapat mengetahui bilangan tahun dan kiraan masa. Allah tidak menjadikan semuanya itu melainkan dengan adanya faedah dan gunanya yang sebenar. Allah menjelaskan ayat-Nya (tanda-tanda kebesaran-Nya) satu persatu bagi kaum yang mahu mengetahui (hikmat sesuatu yang dijadikan-Nya.”). (Surah Yunus, ayat 5).
Dan bagi Tahun Hijrah pula dikira melalui peredaran bulan. Bulan sabit ialah hari pertama pengkiraan setiap bulan dan bulan purnama dapat dilihat pada pertengahan bulan iaitu hari 15,16, dan 17 atau dinamakan hari Tasyrik. Permulaan kalender ini telah dilaksanakan oleh Khalifah Rasyidin kedua Umar al-Khattab untuk menjadikan Islam sebuah tamadun yang teratur dalam sistemnya. Dalam Tahun Hijrah terdapat 354 hari dalam setahun.
Firman Allah:
“Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan) dalam Kitab Allah semasa Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan yang dihormati. Ketetapan yang demikian itu ialah agama yang betul lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan-bulan yang dihormati itu (dengan melanggar laranganNya) dan perangilah kaum kafir musyrik seluruhnya sebagaimana mereka memerangi kamu seluruhnya dan ketahuilah sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang bertakwa.( Surah At-Taubah:36)
Ayat diatas menerangkan peperangan yang dilarang pada bulan-bulan tertentu. Sepotong ayat pada mulanya Allah menerangkan terdapat bulan-bulan yang bulan itu mempunyai kiraan dua belas bulan yang telah ditentukan oleh Allah. Allah tidak menciptakan sesuatu itu dengan sia-sia, kejadian bulan yang menjadi ikutan Islam dalam pengkiraan masa adalah terciptanya sebuah tamadun untuk diteruskan dan menjadi sistematik dalam kehidupan seharian.
Pengulasan disini bukanlah untuk menerangkan terciptanya tahun masihi dan hijrah, tetapi mengulaskan tentang sambutan yang dilakukan oleh orang Islam khususnya penduduk Malaysia. Bagi yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai sejarah terciptanya masihi dan hijrah, bolehlah mengetahui secara terperinci di laman web atau blog-blog yang lain.
Orang lebih mengetahui tahun masihi dari tahun hijrah. Ini adalah salah satu kesan dari penjajah yang menjajah negara kita. Selain itu, faktor tumbangnya Kerajaan Uthmaniah dan diambil oleh Kamal Atartuk yang menukarkan kalender Hijrah yang dahulunya menjadi panduan di muka bumi kepada kalender masihi. Maka oleh itu, ramai yang terpengaruh yang kononya mahu mengikut zaman yang lebih moden hinggalah terbawanya ke Malaysia.
Cara sambutan pada setiap kali tahun baru dihiasi dengan letupan bunga api di angkasa. Untuk menarik orang ramai supaya dapat menyambut ketibaan hari tahun baru serta dihiburkan dengan konsert-konsert yang dinyanyikan oleh artis-artis tanah air popular. Suatu perkara yang tidak perlu dilakukan apabila masuknya tahun baru dimalam hari tersebut, hiburan yang agak melampau bukan sahaja aurat terdedah disana disini, pergaulan yang bebas serta penari seakan-akan beruk yang terloncat-loncat tidak mengetahui erti malu.
Perkara yang sangat tidak diingini selepas hanya beberapa minit bunga api selesai, maka bertebaranlah manusia untuk ke destinasi yang lain. Namun, disebalik itu bagi pasangan couple yang haram, menyaksikan bunga api sajaha tidak mencukupi, nafsu malam dingin serta bunga api yang kononnya romantik, ingin menjadikan malam itu kasih sayang yang beransurkan syaitan. Tidak kira dimana tempat samada di hotel, taman bunga, dalam kereta, boleh dijadikan tempat itu memuaskan nafsu mereka. Apakah ini bumi mereka atau bumi bapak mereka atau bumi mak mereka untuk melakukan sesuatu yang haram dengan sesuka hati?
Bagaimana pula sambutan Awal Muharram? Orang dapat mengetahui apabila esok cuti. Ditanya apakah yang menyebabkan esok cuti? Dijawabnya Awal Muharram. Sungguh pendek pengetahuan dan sangat tidak diketahui bila ketibaannya. Pada petang itu, bacaan akhir tahun dilakukan, selepas azan maghrib, bacaan doa awal tahun. Dan selepas maghrib, bacaan Yasin. Tiada status seorang pun ingin menjadikan awal bulan Islam itu ingin mengubah sesuatu yang baik. Apa yang dapat dari pengajaran hijrah Rasulullah dan para Muhajirin yang lain. Apakah mereka hijrah tanpa sebab? Sesungguhnya perintah Allah kepada kekasihnya ada sebab yang sangat kita mesti mengetahui isi kandungan tersebut.
Tidak salah bagi seseorang itu ingin merubah, tetapi jangan lah hanya fokus kepada tahun baru sahaja. Islam menekankan, setiap hari manusia boleh berubah. Setiap masa untuk menjadikan yang lebih baik. Bayangkan jika 4 atau 3 hari sebelum masuk tahun baru, dan ingin menjadikan azam yang baik atau lebih kepada insaf dari perbuatan yang tidak elok, tapi sebelum masuk esok, hari ini masih buat jahat kononnya, dan ingin jadikan esok tahun baru ingin insaf, jika ditakdirkan petang itu datang Malaikat Izrail mencabut nyawa kita, adakah kita boleh menghalangnya? Maka sia-sia dengan perucapan yang dilakukan olehnya.
Sebenarnya apa yang dilakukan oleh manusia yang ingin menyambut tahun baru bagi orang Islam, mereka telah mengikut jejak langkah Yahudi dan Nasrani (Kristian). Dalam firman Allah yang telah menerangkan kepada hambanya yang beragama Islam, Yahudi dan Kristian tidak sesekali meredhai kaum muslimin, sehinggalah kaum muslimin mengikuti jejak langkah mereka. Ini dijelaskan lagi oleh nabi kita:
Dari Ibnu Umar ra berkata bahwa Rasulullah SAW bersabda, "Siapa yang menyerupai suatu kaum, maka dia termasuk di antara mereka."
Kita sebagai umat Islam lengkap segala peraturan kehidupan. Adanya sumber al-Quran, Hadis dan Ijtima’ dari ulama’-ulama yang jelas kebaikan manusia sejagat. Tapi sayangnya, manusia ingin bebas dan mengikut haluan masing-masing yang akhirnya memakan diri mereka sendiri.
Sepatutnya dalam hal sebegini, pemimpin tertinggi harus peka terhadap rakyatnya yang semakin lama semakin hanyut. Gejala yang tidak dikawal, ketamadun manusia akan musnah. Jika malam tahun baru diadakan dengan gilang gemilang, bebas antara laki dan perempuan, maka tidak mustahil bulan 9 nanti, penuh gejala buang bayi dimerata tempat. Yang malunya kita sendiri umat Islam. Alangkah baiknya jika tahun baru disambut dengan ribuan orang yang bersembahyang tanda kesyukuran penuh di dataran Merdeka. Tetapi persoalannya, bilakah?
0 comments:
Post a Comment