Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana memberi kekuatan kepada aku sebagaimana kekuatan anak muda yang tidak putus-putus memperjuangkan dan meninggikan hukum Allah. Tenaga yang normal, yang kuat anak-anak muda yang semakin membara untuk tidak lagi mahu kepada kelalaian dunia.
-parking moto dan solat maghrib di Masjid Shah Alam-
Pukul 6 ptg aku bertolak dari Bangi menuju ke Dataran Shah Alam untuk sambut tahun baru. Ini adalah kali yang ke- 5 selepas tiga tahun aku tidak sambut kerana rata-rata sambutannya yang sama programnya. Kali ini sambutan begitu kelainan dan paling meriah aku menyambut tahun baru.
-awe, achot n aku-
Pada mulanya aku sambut pada tahun 2004, ketika aku di form 5, muda budak-budak lagi hanya seronok ramai-ramai member sambil berseronok dengan motor. Ketika tu tiada lagi mat-mat rempit. Pada tahun 2005 dan 2006, barulah ada aksi-aksi naik moto tayar satu. Ketika itu zaman aku budak-budak, amat seronok dengan benda yang tidak berfaedah tu. Berseronok naik moto hinggalah terbit matahari keesokan harinya.
-aku, jeb n achot..berehat kejap baru smpai-
Pada tahun 2007, aku dah insaf tak nak lagi jadi budak-budak naik moto satu tayar. Walaupan ada lagi niat di hati tu nak buat. Sambut juga tahun baru, seperti biasa tahun 2007 dan 2008. Tapi kali ni hanya seronok-seronok keluar ramai-ramai dengan member lepak-lepak kedai mapler lepas tgk bunga api.
-detik 12 mlm alunan asma ul-husna-
Tahun 2009, 2010 dan 2011, sudah tidak lagi sambut disebabkan kelalaian yang begitu muak. Tidak ada program yang lebih bermanfaat, hanya hiburan semata-mata sambil menunggu countdown. Tepat pukul 12 tghmlm, tembaklah bunga api ke udara. Lepas tu, balik. Baik tgk di rumah, sedap lagi nk tgk bunga api.
Tapi tahun ni masuknya 2012, satu sejarah paling terbaik sekali. Program dari GeMS kerajaan Selangor, bersama dengan Syam Kamikaze, Shahir AF, Zizan, Akhil Hayy, dan yg paling istimewa Ustaz Azhar Idrus. Lepas saja solat Isyak jemaah, program bermula dengan lagu ketuhanan, kemudian sessi soal jawab Zizan dengan Ustaz Azhar Idrus. Memang terbaik di kalangan yang terbaik hadirin disitu.
-80 000 hadirin, memang terbaik-
Detik tepat jam 12 malam, tiada lagi tembakan bunga api, tetapi alunan Asma Ul-Husna berkumandang. Tertegak bulu roma apabila bergema 80,000 hadirin. Dan TAKBIR dilaungkan oleh anak-anak muda. Inilah sambutan yang paling hebat sekali. Tenggelamkan lagu2 beruk di ICT Shah Alam yang dihadiri oleh PM Malaysia. Dan aku harap, program ni berterusan ke negeri lain pula lps ni. Insya ALLAH.
last sekali video saat detik 12mlm alunan asma ul-husna...suara aku jerk dgr.huhu.
ok, sekian.... :-)
0 comments:
Post a Comment