منڧعتكن علمو اڤا يڠ كامو كتاهٶي

- Meneruskan Kehidupan -


Alhamdulillah, syukur kepada Ilahi kerana diberi kekuatan untuk meneruskan kehidupan. Setelah 6 bulan tidak menjengok blog, hari ni baru terlintas nk tengok, dan sedikit ingin menulis sepanjang 6 bulan yang lepas.

Dan sehinggalah hari ini, aku berada di rumah kerana proses pembelajaran aku di KuiS selama 6 tahun telah pun berakhir. Berakhir pengajian ini bukan bermaksud berakhirnya pembelajaran. dalam keadaan hati yang tamak haloba, aku ingin terus menimba ilmu di peringkat yang lebih tinggi. bukanlah untuk mencari harta berlebihan dengan kemewahan, tetapi ingin memenuhi ilmu di dada kerana kerana ilmu dapat menambah keimanan sebagai persediaan menghadapi alam kekal di sana.

Selain dari itu, selagi mana kerajaan korup tidak jatuh, selagi itulah perjuangan sebasar-besar perjuangan masih belum selesai. kerana pemerintahan di Malaysia masih kebal dengan sang penguasa. hendak ditunggu bilakah tarikh PRU13, masih tidak dikeluar dari mulutnya. kerana itu kegentaran sang penguasa terhadap kebangkitan rakyat pada perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April 2012 yang dihadiri lebih dari 400ribu lebih berkumpul di hadapan Dataran Merdeka, datang dari pelusuk negara. Itu tidak dicampur lagi dengan bandar-bendar di setiap negeri dan negara-negara luar.

- bersama member2 kampus Bersih 3.0 -

Ketika si Presiden parti paling berkuasa melihat kebangkitan rakyat itu, maka dipeningkan lagi oleh himpunan Hijau yang dianjurkan oleh Parti Islam Se-Malaysia (PAS). kali ini digerakkan di seluruh Malaysia yang bermulanya di Stadium DarulAman pada 1 Jun 2012 yang lalu. itulah kali pertamanya aku melihat stadium dipenuhi lebih 100ribu lautan manusia. mana tidaknya, dia atas rumput penuh, di tempat duduk penuh, bahkan di luar stadium berangkali 20-30ribu orang tak boleh masuk. hanya disaksikan skrin gergasi diluar stadium. itu lah peristiwa paling meriah sekali selama bermulanya aku ke stadium saat aku berumur 8 tahun.

- di waktu aku memegang panji bulan -

namun, perjuangan masih lagi panjang, walaupun aku bukan ahli mana-mana, dan tiada sebarang jawatan yang dipegang, tapi, cukuplah aku sebagai penyokong untuk menyedarkan setiap orang bertapa teruknya kita jika kita terus dibawah sang penguasa yang gila terhadap dunia. kaut keuntungan hak rakyat, ditambah pula dengan rasuah serta penyelewengan yang begitu ketara sekali.

Dan aku berharap, moga Tuhan melimpah rahmat dan keberkatan apa yang diperjuangkan. walaupun sekarang aku masih berada di rumah, sementara aku menunggu mana2 yang dipohon, aku berbakti kepada tanah dulu. moga ada nur di sana. insyaAllah...

sekian... :)
Share on Google Plus

About Ben Ismail

Berkongsi pengalaman
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment