Alhamdulillah, telah berlalunya 15 hari di bulan Ramadhan tahun ini 1433 hijrah. di beri peluang, kekuatan, untuk terus beramal ibadat dengan segigih-gigihnya.
Bab yang akan dibincangkan berkenaan Terawih. Jika dilihat dalam mana-mana bulan di bulan Islam, hanya bulan Ramadhan saja yang ada solat sunat Terawih. Begitulah uniknya bulan Ramadhan ini yang Allah kurniakan untuk melipat kali gandakan pahala kita dibawa ke alam akhirat nanti.
Daripada isi kandungan yang akan dimasukkan nanti, telahpun dapat di tazkirah Masjid Nilai pada malam ke-3 Ramadhan. Sungguh panjang bacaan al-quran yang dibawa oleh Imam. Maka pemberi tazkirah berkata, jika solat baca ayat al-quran panjang, maka rukuk, sujud pun mesti panjang. Itulah cara Rasulullah solat.
Di dalam Terawih, pada sejarahnya, malam pertama dilakukan oleh Rasulullah di dalam masjid, maka dengan itu orang cuba mengikutinya menjadi makmum. Malam kedua bertambah ramai. Malam ketiga lagi bertambah ramai. Masuk malam ke-4, Rasulullah tiada di Masjid. Ditanya Rasulullah daripada sahabat keesokkan harinya, ramai yang menunggu kehadiran Rasulullah, tetapi Rasulullah tiada datang. Dijawab Rasulullah, baginda solat sunat Terawih di rumah. Di sini menunjukkan bahawa, solat ini tidak menjadi kewajipan untuk solat di masjid ataupun surau. Maka dengan itu, dibolehkan untuk solat dirumah. Bukanlah menjadi kebebanan kepada umat Muhammad S.A.W.
Setelah kewafatan Rasulullah, kebanyakan Muslim melakukan sunat Terawih dengan bersendirian. Ada yang solat dihujung penjuru sana, seorang penjuru sini, dan tidak ada formaliti. Ianya dilakukan mengikut keadaan. Kalau rasa nak rehat, solat sunat Terawih. Lepas tu, lepak2. Lepak zaman dahulu tak boleh kata lepak zaman sekarang. Kalau zaman sekarang nak solat sunat macam tu, lepas dua rakaat, keluar masjid, hisap rokok, lepas tu lesap balik rumah tidor. Melihat kepada solat terawih yang tidak formaliti itu, maka pada zaman Khalifah Umar al-Khatab telah membuat satu pendekatan yang begitu efektif, kondusif dengan melakukan solat sunat dengan berjemaah. Maka dilakukanlah secara berjemaah sehinggalah sekarang.
Mengenai rakaat pula, ada riwayat mengatakan 8 rakaat, ada riwayat mengatakan 10 rakaat, ada riwayat mengatakan 20 rakaat dan ada riwayat mengatakan 36 rakaat. Maka dengan itu, suka hatilah hendak mengikut yang mana. Samada 8, 10, 20 ataupun 36. Tapi, mestilah ada keikhlasan terhadap diri untuk melakukannya.
Jika melihat pada kebiasaan, rakaat 8 banyak dilakukan di sekitar bandar2 besar. Di Selangor dan di Kuala Lumpur. Ditambah dengan 3 rakaat witir dengan dua salam. 10 rakaat juga ada, dilakukan di Negeri Sembilan, aku penah mengalaminya di Masjid Labu, Negeri Sembilan. Dan witirnya 3 rakaat dengan 1 salam. Kali pertama aku solat macam tu. 20 rakaat menjadi kebiasaan di tempat aku. Contohnya di Surau Jubai dan di Masjid Labu Besar dengan membaca ayat-ayat lazim. Tapi pada tahun ini aku menjadi Imam di Surau Jubai, aku cuba bawa ayat al-quran dengan satu rakaat lebih kurang 3-4 ayat saja. Qara'a saja bukan peng'hafiz' :).. 36 rakaat juga ada, tapi dilakukan oleh penduduk Madinah satu ketika dulu. Mungkin pada zaman Umar Abdul Aziz.
Tetapi yang baik sekali jika dapat disertakan dengan tazkirah. Tazkirah itu lebih afdhal, lebih berat pahalanya jika dibandingkan dengan solat sunat. Tazkirah banyak dilakukan di masjid2 besar, kebanyakan dilakukan 8 rakaat terawih. Selesai 4 rakaat, terus ada tazkirah. Lebih baik jika tazkirah hanya 15 minit saja, Tak boleh lama-lama, nanti orang jemu. Macam di Masjid Sungai Karangan, tazkirah sampai 30 minit. Bukan kita tak suka, tapi tazkirah ini tiap2 hari. Mungkin banyak lagi keja yang orang lain nak buat. Kebiasaan begitulah, ada tazkirah, pastinya 8 rakaat. Jika tiada tazkirah, 20 rakaat solat sunat terawih.
Tazkirah itu lebih baik. Dengan peringatan, pengajaran, yang diberikan ilmu itu, jika satu ilmu kita dapat, lebih baik solat sunat sebanyak 100 rakaat. Cuma di surau Jubai masih tiada lagi seumpama itu. Cuma waktu selepas subuh ada tazkirah sikit oleh Paksu Rasid. Subuh pun tak ramai yang datang.
Aku harap, ada penambahbaikkan lagi di kampung aku ni, supaya dapat menyedarkan orang2 kampung terhadap beragama ini. Insya ALLAH... :)
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
0 comments:
Post a Comment