Baru2 ni muncul sebuah filem pendek yang bertajuk "Innocence of Muslims". Tujuan filem itu sebenarnya tidak diketahui oleh pelakonnya. Tapi setelah diubah suaranya, maka diketahuilah oleh pelakon itu. Dan pengarahnya pula adalah orang Amerika yang berketurunan Mesir beragama Nasrani. Jalan ceritanya berkisarkan tentang Nabi Muhammad adalah dikatakan playboy kerana ramai perempuan yang diperisterikannya. MasyaAllah.
Maka dengan itu, menjadi pencetus kemarahan umat Islam di seluruh dunia. Tanah Arab dan termasuk di Malaysia dan di Indonesia. Kemarahan itu dapat dilihat, kedutaan Amerika di Libya terbunuh dalam serangan penunjuk perasaan. Juga di tempat2 lain di tanah Arab. Kedutaan Amerika menjadi sasaran. Di Malaysia juga ada penunjuk perasaan, tapi tidaklah menjadi pencetus huru hara. Melainkan di Indonesia, penunjuk perasaan yang ekstrim, cuba cetuskan suasana yang tegang sehingga tayar2 dibakar di atas jalan raya.
Bukanlah sesuatu yang tidak boleh dilakukan sedemikian. Kerana semestinya golongan Nasrani (Kristian) dan Yahudi tidak sesekali meredhai agama Islam ni. Pastinya mereka akan lakukan apa sahaja supaya Muslim ini terikut2 jejak mereka. Perkara ini bukanlah baru. Bahkan sejak dahulu lagi. Contohnya pada zaman Salahuddin al-Ayubi, seorang panglima Knigt Templer menghina Nabi. Kemarahan Salahuddin terus membuak ketika itu.
Bukanlah kita tidak setuju dengan kemarahan ini, tetapi kita kena tengok diri kita ini. Sejauhmanakah kecintaan kita ini terhadap Nabi kita. Suruhan Nabi yang telah ditinggalkan kepada kita, apakah benar2 kita mengikutinya? Contohnya, solat 5 waktu, apakah kita memenuhinya? Solat berjemaah di Masjid ataupun di Surau, apakah kita memenuhi ruang di sana pabila masuk waktunya? Jawapannya pastilah tidak. Amat kecewa melihat di setiap pelosok mana2 negara Islam, pastinya tidak penuh untuk berjemaah. Perkara ini membuatkan Yahudi ketawa melihat umat Islam berada dlm keadaan situasi begini.
Rancangan mereka, sengaja hendak mencetuskan kemarahan umat Islam. Ini adalah point utamanya, pastilah umat Islam akan bangkit menentang utk membuat demo. Dan dari sini point akan mengatakan umat Islam ini adalah terrorist. Lihat sajalah keduataan Amerika di Libya, sampai mati dikerjakan. Padahal Nabi pasti kecewa melihat keadaan mcm tu. Inilah yang dikatakan hipokrit. Kita marah orang hina Nabi kita, tapi diri kita sendiri tidak mengikut ajaran Nabi. Memang keadaan ini tidak akan dapat penyelesaian, jika umat Islam begini pemikirannya.
Diri ini tidaklah hendak mengatakan baik, tapi jika hendak melihat sekeliling, di sebelah rumah jiran2, orang2 kampung, masih lagi dalam keadaan yang mengecewakan. Bagaimana kita hendak maju, jika kita sendiri tidak mahu memajukan diri kita. Dah nama pun Muslim, kenalah aplikasi tentang diri kita ini. Moga terdapat cahaya dan taufik kepada hambaNya yang benar2 mencintai kekasihNya. Juga memohon syafaatnya di akhirat kelak supaya dapat bertemu manusia yang paling agung di muka bumi ini. InsyaALLAH.
-diriku yang hanya memberi pendapat peribadi :)
0 comments:
Post a Comment