منڧعتكن علمو اڤا يڠ كامو كتاهٶي

Jelajah siam bersama KCE 6229

Dengan nama Allah yang maha Perkasa lagi maha Meluas ciptaanNya. Buat pertama kalinya aku menulis blog ini pada tahun 2013. Kerana adanya sifat malas itu yang menyebabkan aku terbantut untuk menaip segala kehidupan yang aku lalui ini....hehe

Pada asalnya kes ini aku nak survey 'van siam' di Hat Yai untuk bertanyakan berapa caj dari Hat Yai ke Bangkok. Sebab ayah aku kata mahu berjalan time raya cina. Tapi kekecewaan telah melanda pada diriku kerana tak jadi dengan sebab masa yang begitu terhad. Dengan rasa excited ketika tu, maka punah harapan aku. Tapi aku bertekad juga untuk masuk negara tu dengan cara sekalipun.

Maka terdetiklah di pemikiran untuk berjumpa dengan member aku di sana. Iaitu Imran, mengaji sekali di Kuis masa diploma dulu. Pada tarikh 12/02/2013, berangkatlah aku ke negara Gajah Putih itu bersama Hazimin dengan jentera kesayangan aku. KCE tu seluruh negeri di Malaysia dah jelajah dah. Kali ni jelajah di luar negara pula. Lasak juga jentera aku ini.....huhu.

- selamat datang negera Gajah Putih -


- ini yang menarik bagi aku. lori mcm keretapi -

- sepanjang jalan mesti ada gambar ni. Raja Thai -

Pada jam 10 pagi, geraklah aku dari Jubai terus ke Bukit Kayu Hitam untuk buat border pass kat Hazimin. Makan masa yang begitu lama sebab ramai sangat orang. Daripada pukul 12 hinggalah jam 2 petang. Maka geraklah kami masuk Thailand terus ke Hat Yai. Setibanya di Hat Yai, plan mula nak ke Santisuk Market. Tapi apakan daya, masa pantas berlalu. Kemudian hujan pula turun. Bila hujan turun, line telepon pula tak berfungsi. Sebab mengharapkan 100% GPS kat hensed. Kemudian terus ke Songkhla ke Samila Beach. Tapi hujan terus turun. Kemudian tukar plan, terus saja ke Pattani.


- di bandar Hat Yai. hujan mula turun -

Dari jalan Hat Yai ke Pattani jaraknya lebih kurang 103km. Dengan higway yang begitu cantik yang menyebabkan aku jatuh cinta dengan jalan tu. Habis kuat pun, berutu saja. Sangat cantik jalannya, dengan tepi laut pula ketika itu. Bila minyak nak habis, terus masuk ke Shell isi minyak. Nak cakap one hundred, tapi depa tak paham. Sebut la 'neng wang pelau weng pelau' ( satu kosong kosong). Iaitu 100 bath. Tapi sebenarnya bukan wang pelau, yang betulnya "neng sun sun". Wang pelau bermaksud empty. Kena gelak dgn member kat Pattani tu.....huhu. Kemudian masuk di dalam kedai barang dpn Shell, Hazimin nak rokok, maka tunjuk isyarat rokok. kemudian mahu tanya pada amoi siam tu, " thao rai, rakha" ( berapa, harga) di jawabnya "khau". ( sembilan). 90bath utk marlboro.


- harga minyak dua kali ganda harga minyak Malaysia. padan la sebab bukan negara pengeluar minyak -

Setibanya di Pattani, terus aku ke Universiti Prince of Songkhla, kampus Pattani. betul2 di dalam bandar. Dengan line telepon tak boleh, mujur lah ada duit syiling nak telepon di public. Tunggu di gate PSU, tunggu punya tunggu, 20 minit lepas tu Imran sampai. Dengan rasa rindu dah lama sangat tak jumpa, terus bawa ke rumah sewanya.


- sampainya aku dengan jentera aku di Pattani. ( Wilayah Pattani meragkumi keluasan 5 kwsan iaitu Satun(setul) - Songkhla(singgora) - Pattani - Yala(jala) - Naratiwath(menara). Dahulu juga dibawah pemerintahan empayar Melaka. Selain itu pernah bergabung dgn Kedah semasa empayar Langkasuka pada tahun 1700-an masihi. Selepas itu siam menjajah akibat dengki dgn kejayaan pelabuhan dagangan yg trbesar di Nusantara ketika itu. Namun skrg peperangn ktika ini masih lagi brlaku oleh pemisah. Ku berharap Malaysia akan menakhluk balik kwsan ni apabila ditadbir oleh sebenar2 pemimpin Islam kelak utk mmbebaskan wilayah ini. Insya Allah. Kini ditekan oleh kerajaan Thailand. Kedah - Pattani - Kelantan, bagaikan adik beradik, melahirkan ramai ulama' terhebat. ) -

Dengan baju basah lencun, Imran bagi pinjam seluar slacknya. Malam lepas Magrib, terus pekena tomyam, somtam, dan lagi apa ntah bahasa siamnya. Lepas lapik perut, terus ke Masjid Central Pattani. Masjid keagungan Pattani. Solat Isyak sekali jama' Magrib, lepas tu makan nasi pula di tengah bandar Pattani. Meriah waktu malam pun dalam pukul 9-11 malam waktu Thailand. 10-12 waktu Malaysia. Makan dengan kenyang mata pun dah naik merah, terus balik ke rumah Imran, tidor nyenyaklah lepas tu.


- aku & Imran berlatar belakang Masjid Central Pattani -

Bangun pagi solat subuh di rumah. Baju aku dengan Hazimin member Imran tolong basuhkan. Baik benar kawannya. Lepas mandi semua, keluarlah kami ke kedai untuk sarapan. Imran bawa makan bubur. (chop, dlm bahasa siam). Sangat sedap bubur tu. Lepas makan, terus ke PSU, tempat Imran belajar, round2 masuk dalam universiti.


- bersiap nak keluar makan -


- memang terbaik bubur ni. orang siam cakap 'chop' -


- lepas makan, ondaway ke PSU -

Lepas masuk PSU, (Prince of Songkhla University) terus ke jambatan tempat dagangan terbesar di Nusantara waktu ketika dulu. Tempat itulah menjadi perebutan bangsa siam dengan perjuangan Melayu untuk dapatkan wilayah Pattani. Tapi disebabkan Perjanjian Inggeris - Siam, maka wilayah Pattani diserah pada kerajaan siam. Lepas dok situ bergambar semua dalam masa 15 minit, terus ke Masjid Kerisik.


- dalam PSU ( Prince of Songkhla University, campus Pattani ) -


- aku & Hazimin -


- awek baru kuar dari PSU "fan sui" ( awek cun) -


- kebanggan kita dahulu, empayar Melaka yang punya, serta empayar Langkasuka tahun 1700-an. Terbesar di Nusantara -


- masih sibuk dengan kapal2 -


- dengan bangganya aku tunjuk plate moto aku -

Sebelum sampai di Masjid Kerisik, roadblock pertama kali aku ditahan. Walaupun berpuluh2 roadblock ada di sana. Pegawai sana terus cakap siam. Mujurlah Imran ada waktu tu tolong cakap dengan pegawai tu. Dengan M-16 lagi, tentera yang jaga, bukan polis.


- dah nak masuk highway -


- ondaway ke masjid Kerisik. Highway yang cantik -


- kena tahan dengan askar cek passport dengan bawah seat moto, takut ada bom. M-16 tu. -

Kemudian terus gerak ke Masjid Kerisik. Masjid bersejarah itu apabila masuk tahun depan, cukuplah 500 tahun usia. Dibina oleh raja Pattani yang pertama kali masuk Islam. Seni binanya betul2 asli. Di masjid itulah menjadi saksi yang mana pejuang kemerdekaan mati di tembak dan di bom oleh Apache oleh tentera siam. Lepas bergambar semua dan sembang dengan veteran sana lebih kurang 30 minit, keluarlah kami.


- tahun depan cukup 500 tahun usia masjid ni -


- melayu Pattani -


- pakcik veteran ni cerita tentang pengalaman kisah hidupnya. bekas tentera -

Itulah tempat terakhir yang sempat Imran bawa sebab masa dia begitu terhad sebab ada appoiment dengan lecturernya. Aku dah berkata padanya yang aku akan datang lagi ke wilayah tu. Aku begitu suka di tempat tu kerana ramai ulama' yang hebat2 lahir kat situ. InsyaAllah, ada masa sampai lagi aku ke tempat tu.

Teruslah aku dengan Hazimin balik melalui jalan Yala terus ke Betong, sempadan dengan Pengkalan Hulu. Permandangan yang begitu menarik dan luas pengalaman apabila ke tempat orang. Tidak dapat ku gambarkan, lain hari, pasti aku akan jejak lagi kaki disitu..... (Y)


- dah masuk wilayah Yala (jala) -


- ondaway ke Betong, terserempak dengan ni -


- masuk daerah Betong, lagi sikit nak sampai Malaysia -


- bergambar di border Betong, sempadan Malaysia (pengkalan hulu) -

Sekian,
Share on Google Plus

About Ben Ismail

Berkongsi pengalaman
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment