Untuk ekspedisi seterusnya, sementara masih bujang, masih tiada kerja tetap, masih ada duit juga sikit2, aku telah ke Tasik Banding di Grik, di ajak oleh member sekolah dulu, Hakimi. Dengan semuanya 9 orang, dua orang tua sangat berpengalaman, member sekolah 3 orang, seorang cikgu, 2 orang muda daripada aku. Ekspedisi ini berjalan dengan selamat selama 3 hari 2 malam.
Setelah solat Jumaat, bergeraklah kami ke Tasik Banding dengan jarak 40km dari Kg Kerunai, Grik. Sampai di sana, siap semua dengan kasut, dan pakai baju keselamatan. Naik bot, ada dua bot. Satu yang kami naik secara halal (permit), satu lagi secara lanun (menyamar sebagai orang asli)....hehe.
- bot yang kami naik, yang terdekat sini -
- member2 mengaji SMAYK dulu -
- aku dengan Syamri, orang Kroh Baling ( bot mula gerak) -
- melepasi jambatan laluan Highway timur - barat yang siap pembinaan 1976 -
Perjalanan air mengambil masa selama 2 jam. Sebelum 2 jam tu, lebih kurang 1 jam 30 minit, terjumpa perkampungan orang asli. Mereka disana tiada jalan darat. Hanya semata2 jika hendak ke pekan, mereka akan guna jalan air dengan naiki bot.
- jauh perjalanan luas permandangan -
- menghayati ciptaan Tuhan -
- tunggul balak cukup merbahaya -
- perkampungan orang asli, tiada jalan darat -
- orang asli tengah basuh baju -
- nenek tengan mancing, kesian dia melambung kena ombak bot kami -
Setelah masuk waktu 2 jam lebih kurang dalam pukul 6.50 ptg, sampai sungai yg bernama Sg. Tiang. Makin lama makin cetek dan kami mula turun tarik bot sama. Lepas tarik sikit, kami sembahyang Asar dulu, kemudian sambung tarik balik. Tarik bot tu mengambil masa sejam. Hinggalah dah malam, kami mula ikat di tebing sungai.
- posing dulu sebelum turun, air sungai dah mula cetek -
- sama2 turun tarik tolak bot -
- solat asar dulu -
- bahawasanya sekeliling, pokok, sungai, batu, pasir, binatang dan lain2, menjadi saksi di akhirat bahawa kami sujud pada Tuhan sekelian alam -
Bila dah mula hari gelap. kami mula perjalanan dengan memakan masa selama setengah jam. Bila dah sampai destinasi, kami mula pasang khemah. Untuk malam pertama, tiada sebarang aktiviti lagi. Dok sembang sampai pukul 12 mlm, kami semua terus tidur.
- dah sampai, ikat tali di pokok dan ambil semua beg -
- mula proses pemasangan bumbung -
- khemah loreng Syakir yang aku tidur sekali dgn dia, yang biru Syamri punya -
Waktu pagi jam 6.30, kami bangun Subuh. Keadaan amat sejuk sekali, mujur la aku bawa selimut. Lepas solat, kami semua terus pergi mengail. Aku yang tak berapa minat dengan mengail, hanya tengok saja. Dua orang tua tu, masuk dalam hutan lagi untuk memburu. Lepas kail, ikan tak dapat, kami mula tahan pukat. Aku mula tarik pukat dengan masuk kawasan lubuk. Air sangat dalam kat kawasan lubuk tu. Dah la air sejuk. Tapi agak mengecawakan juga sebab tak dapat ikan.
- antara bahan makanan yang kami bawa -
- aku tengok syakir pasang umpan kail -
- aku mula tarik pukat, berbelit waktu ni -
Bila dah tengahhari, sampai la dua orang tua tu. Pergi buru pun tak dapat juga, terlepas kijang. Kemudian depa yang lain pergi tahan pukat, dan sebahagian kami masak apa2 yang patut. Dok dalam hutan masing2 kena buat kerja.
Agak dalam sejam menunggu, akhirnya 2 ekor ikan berjaya di tangkap sebesar lengan. Ikan tengas. Kemudian masaklah ikan masak lemak, cicah dengan budu campur cabai perah asam limau. Perghhh, memang terbaik masa tu.
- dapat sudah -
- ikan tengas (dilarang bawa keluar dari sungai, amaran penguatkuasa Royal Belum -
- mula bersiang, potong -
- ikan tengas tadi dapat masak lemak... ini sebelum -
- tadaaa.....dah masak -
- budu tuang sebetol -
- perghhh.....memang terbaik -
Waktu petang pula kami lepak2 sambil mancing kembali, walaupun tak dapat ikan, sembang saja yang lama....huhu.
Tiba waktu malam lepas maghrib, kami lepak depan unggun api dengan semua orang. Sembang dengan vateran sorang tu. Cerita menarik pasal madu. Lepak2 sampai pukul 12, mata mula mengantuk. Mula solat Isyak dulu, lepas tu terus tidur. Vateran tu bersama anak menakan dia, masuk hutan memburu. Aku terus tidur letih siang tu tarik pukat.
Waktu jam 3 pagi lebih kurang, aku dikejut oleh Syakir, pelanduk berjaya di tembak. Aku bangun dan pelanduk tu dah dilapah sudah. Dan terus bakar. Berat mata nak buka tapi tahan saja la sebab bukan mudah nak dapat macam nie.......hehe. Jam pukul 4 pagi, daging pelanduk dah masak, kami terus makan. Manis dagingnya. Lepas makan terus hujan. Habis makan masuk khemah terus tidur. Sejuk sangat sebab hujan.
- pelanduk siap dibubuh kunyit untuk dipanggang -
- sebelum nak masak -
- masak sudah -
- kali pertama makan pelanduk -
Waktu pagi lepas solat subuh, hujan masih turun lagi. Semua program tergendala dan terpaksa balik awal. Air sungai pun naik tinggi, dengan kotor lagi. Bila semua dah siap berkemas, mula kami bergerak balik ke bot. Tanah licin cukup merbahaya, lalu masuk parit, masuk air lumpur, pacat belambak, sampai ke bot, start enjin dan terus balik. Sampai di jeti, salin baju, terus naik kereta balik.
- aku dan kimi dah siap berkemas menunggu yang lain sedang berkemas -
- dah sampai jeti Tasik Banding -
- sangat puas, dengan berpakaian kain pelekat -
Itu la kali pertama aku tidur dalam hutan. Pokok balak besar2 belaka. Harimau, gajah, badak, seladang, babi, rusa, pelanduk, kijang, semua ada dalam hutan tu. Hutan yang tertua di dunia berusia 130 juta tahun, serta hutan simpan terbesar di Malaysia. Hanya keadaan mental dan fizikal kena kuat. selalu di motivasikan dengan perkataan 'mujahidin'. supaya semangat tu kekal ada.....huhu. Moga aku mendapat ganjaran yang baik dari Tuhan kerana semata2 aku masuk dalam tu untuk melihat ciptaan Tuhan yang kaya harta milikNya. Moga aku boleh ketemu lagi hutan simpan itu kelak. Insya Allah.
assalamualaikum.. bro ada member2 yang boleh jadi penunjuk arah untuk saya dan geng pergi berkhemah di sana x??
ReplyDeletewaalkmsalam.... buat msa skrg ni xda member yg boleh bawak. smua pakat dok keja. tp kalo pegi sna, ada org lain yg boleh tolong bawak
ReplyDelete