Alhamdulillah, syukur kepada Allah, aku masih diberi kekuatan untuk meneruskan kehidupan yang mungkin bagi diri kita ada kelompongan (masalah, tak puas hati, semua hal berkaitan negatif), namun hanya kuasa Tuhan saja yang tahu bila tiba masanya untuk mengisi kelompongan itu walaupun kita sudah berusaha untuk menutupinya.
Tarikh 26 Mei 2013 adalah hari cuti bagi aku dimana Hari Wesak pada hari Jumaat telah di'foward'kan pada hari Ahad memandangkan negeri Kedah sudah cuti hari Jumaat. Dikesempatan yang ada ini, bolehlah aku bersama member sebilik, Firdaus, untuk berjalan makan angin di sekitar Langkawi memandangkan sudah 2 bulan lebih aku tinggal disini.Tambahan pula orang berpusu-pusu datang sebab cuti sekolah dan bermula.
Sememangnya aku dah tinggal, sewa bilik di Kuah, tidaklah menjadi satu kekalutan seperti pelancong-pelancong yang lain, yang bersesak2 di atas feri. Tepat jam 11.00 pagi, keluarlah kami menuju ke Mapler dulu untuk isi perut. Pekena roti, perut sudah lapik, maka geraklah kami menuju ke Taman Hidupan Liar (Bird Paradise Wildlife Park). Tiket hanya dikenakan bagi dewasa sebanyak RM15 untuk local, forigner sebanyak RM28 kalau tak silap. Sebelum masuk awek tu suruh amek gambar dulu dengan burung helang dan burung kakak tua. Kemudian boleh beli untuk yang dicuci. Tak da pasal la nak beli dengan harga yang entah apa2.
|
- Jika ondaway dari Kuah ke Ayer Hangat, pasti nampak ini - |
|
- dah sampai, jom kita masuk - |
|
- kecantikan menyerlah pada burung ini - |
|
- budak-budak suka sangat bagi burung makan - |
Pelbagai burung dalam tu yang sememangnya tak pernah tengok di mana-mana. Dalam tu bukanlah burung sahaja, malah ada kancil, pelanduk, keldai, buaya pun ada. Besar juga dalamnya, sesuailah kalau bawa family untuk berjalan di sana. Budak2lah yang seronok, hiburkan hati mereka.
|
- aku pun bagi juga makan, tapi cerdik pelanduk tu..haha - |
|
- masuk gua - |
|
- kat taman burung ni buaya pun ada - |
|
- hai kamu, boleh bawak kami terbang tak....haha - |
Perjalanan diteruskan dan kami singgah di Pantai Pasir Hitam. Pantai itu pasirnya berwarna hitam. Ini kerana pada zaman dahulu kisah dogengnya, mereka penduduk disitu memasang unggun api bagi mengelak dari diserang oleh Kerajaan Langit. Maka unggun api besar-besaran dipasang menyebabkan pasir itu bertukar menjadi warna hitam sehinggalah pada hari ini. Namun apabila dikorek dalam-dalam, warna pasir putih biasa kelihatan. Disitu juga terdapat jualan-jualan baju bagi siapa yang nak beli.
|
- pelan peta - |
|
- pasirnya yang hitam, air laut pasang time nie - |
Next destinasi, kami ke Kompleks Kraf Langkawi. Hanya masuk percuma sahaja. Pelbagai kraf tangan yang dihasilkan, unik sekali. Dan harga barangan sangatlah mahal. Kami pergi tengok2 saja. Terdapat juga muzium disitu yang menerangkan kisah orang zaman dahulu dalam penanaman padi, pembuatan pemukul, ketam, gendang dan sebagainya. Kemudian ada juga muzium adat perkahwinan, tapi close pula time tu. Ini satu tempat yang begitu tenang sebab orang tak ramai pergi situ dan hanya tengok2 santai saja.
|
- simpang masuk kompleks nie - |
|
- pintu masuk Selamat Datang pelbagai bahasa - |
|
- muzium tentang penanaman padi, nelayan orang dulu2 - |
|
- lukisan sendiri - |
|
- pelamin grand sangat kot.....huhu - |
Kemudian kami ke Datai. Tempat ni laluan kereta sangatlah jarang. Laluan Datai ni tiada perhubungan dengan mana-mana jalan. Jika terus jalan mati, dan kena patah balik. Sepanjang laluan itu sebelum ke jalan mati, jumpa dulu Taman Buaya. Tapi kami tak masuk sebab member sendiri yang dok Langkawi, tak syorkan untuk pergi kt situ. Pergi Taman Buaya kat Melaka tu yang terbaik. Lepas tu jumpa Pantai PasirTengkorak, terus lagi jumpa Air Terjun Temurun, terus dan masuk terowong, jumpa lagi Golf resort dan terus lagi jalan mati. Sebenarnya situ private untuk hotel-hotel mewah. Maka situ diambil oleh hotel dan orang awam dilarang masuk disitu.
|
- terowong ukiran yang agak sempoi - |
|
- pintu masuk tempat tersebut - |
Pantai Pasir Tengkorak cerita orang dulu-dulu, ada peperangan antara Melayu dengan Siam, maka orang Melayu yang ditawan, dibawa ke Pulau Koh Tarutao. Bunuh disitu dan terus hanyut di laut dan tengkorak-tengkorak sampai hanyut di pantai di Pulau Langkawi. Itu sebabnya jadi Pantai Pasir Tengkorak. Situ disertakan chalet. Jika hendak nikmati angin laut dan mandi disitu tanpa gangguan orang ramai, maka disitulah tempatnya.
|
- santai dulu, pulau siam kelihatan kt depan tu - |
|
- orang bermandi manda - |
Hutan Lipur Air Terjun Temurun pula adalah air terjun yang tertinggi di Langkawi. Ketinggiannya ialah 3 tingkat. Takjub juga melihat keindahan Tuhan itu, ketinggiannya dan dibawahnya terdapat lubuk yang dalam membolehkan orang mandi kat situ. Masa kami pergi air sungai tak banyak. Kalau musim hujan, mesti dok jauhpun kena tempiasnya. Hebat.
|
- seberang jalan laut, seberang jalan air terjun - |
|
- cabaran untuk sampai ke lubuk - |
|
- ini dia air terjun tertinggi di Langkawi, 3 tingkat - |
|
- lubuk untuk bermandi manda - |
Kemudian kami terus makan nasi memandangkan perut dah lapar dan hampir nak petang masa tu. Lepas sembahnyang terus makan. Dan destinasi seterusnya menuju ke Gunung Raya. Gunung yang tertinggi di Langkawi dengan ketinggian 881 meter. Cabaran mendaki dengan menaiki kereta wira, tidaklah secabar mendaki Genting, Cameroon dan Gunung Jerai tu. Gunung Raya ni ok lagi, tapi sampai atas hangit juga la enjin kereta.....huhu.
|
- jalan kampung menuju Gunung Raya - |
|
- tudia gunung tu kami ondaway ke sana, laluan laman padi - |
|
- harap ja tulis tol tapi tolnya telah dimansuhkan - |
|
- tudia, dah hampir tiba ke kemuncaknya - |
Sampai di puncak sejuk sekali. Nyaman di atas sana bagaikan duduk di London pula. Parking kereta dan beli tiket RM10 seorang, dan naik anjung tinjau tu. Naik lif dua tingkat, naik tangga pula dalam dua tingkat lebih kurang, maka sampailah kami di atas puncak yang paling tinggi di Langkawi. Panaroma yang begitu mengasyikkan, awan hanya sebaya dengan kepala sahaja. Nun jauh disana dapat melihat tanah besar Perlis, dan Thailand. Kelihatan juga feri yang membawa penumpang berselisih. Oh, terujanya...!!!
|
- nampak gugusan pulau yang begitu banyak - |
|
- firdaus menikmati permandangan - |
|
- Cable Car nampak di sana - |
|
- Pulau Dayang Bunting kelihatan - |
|
- kelihatan Pdg Mat Sirat, nampak airportnya - |
|
- itu Kilim tempat mangrove - |
|
- aku juga nikmati permandangan mempamerkan tiket masuk...huhu - |
|
- tudia keta kami wira merah - |
|
- di atas puncak tu kemudahan seperti ini - |
|
- Firdaus minum teh panas memandangkan atas ni sejuk - |
|
- aku terlelap kejap sambil kena angin sejuk - |
Agak lama kami di atas sana, dan kami turun terus ke Pantai Tanjong Rhu. Pasirnya begitu putih halus begitu, indahnya pasir disitu bersamaan airnya yang begitu jernih. Terdapat juga pulau-pulau kecil di hadapan. Pelbagai aktiviti kat situ, ada yang kayak, naik jet ski, parasiling. Disitu juga terdapat jual-jual baju dan makanan restoran. Kelihatan yang jauh dari bandar dengan angin yang sepoi-sepoi, membuatkan diri terpesona melihat keindahan.
|
- solat Asar dulu di masjid kuning - |
|
- dah sampai Tanjung Rhu - |
|
- pasir putih yang luas - |
|
- permandangan, disana ada jalan pasir boleh jalan sampai ke tengah laut - |
|
- ini hotel yang ambil, kawasan utk awam terhad saja di sini - |
|
- rumah api kelihatan di atas tu - |
Agak lama menikmati permandangan laut disitu, maka geraklah kami pulang ke Kuah Town memandangkan jam dah pukul 6.30 petang. Aktiviti yang agak padat dan memuaskan. Ayer Hangat di Tanjong Rhu itu memakan masa 20 minit untuk sampai ke Kuah Town.
|
- sehinggalah kami disini sampai matahari terbenam - |
Aku tambahkan sikit. Masa 30/3/2013, pameran LIMA berlangsung di Langkawi. Maka aku dengan member aku jalan-jalan tengok pameran semua. Pagi nak dekat tengahari hari, kami tengok jet-jet pejuang Sukhoi beraksi di udara, sempoi giler. Kemudian puas dan tengok jet beraksi, kami masuk pula dalam dewan. Pameran semua enjin, peluru dan sebagainya. Di outdoor pula semua pameran jet-jet, kapal terbang dan helikopter. Pelbagai negara ada, Australia, Bangladesh, Indonesia, Thailand dan apa lagi ntah. Lepas puas tengok pameran di dewan LIMA tu, bergerak kami ke Awana Porto Malai. Tempat Maritime berlabuh. Banyak kapal-kapal untuk dipamerkan. Begitu juga dengan kapal selam. Habis lawat, kami terus balik.
|
- masa aku di LIMA akhir bulan 3 - |
|
- apakah itu scorpene selam timbul kembali? - |
Perjalanan kami ini mungkin suku dari perjalanan untuk seluruh Langkawi untuk dilawati. Mungkin perjalanan ini tidak popular ataupun tidak dapat maklumat dari kawasan yang kami pergi ini bagi pelancong dalam negara kita sendiri. Seperti yang kita ketahui, ramai yang datang Langkawi secara kebiasaannya mereka ke Cable Car, Cenang, Mahsuri, Telaga Tujuh, dan sebagainya. Itu kami akan teroka dan akan cerita next blog aku.
Niatlah kerana Allah untuk melihat ciptaanNya dan berilah kesan pada diri kita agar kita terus merendah diri pada Tuhan kita yang Maha Kaya itu.
Sekian,
(Ben Ismail Rahman)
<helang di batu kawi = 1 (satu, one, wahid, neng)>
0 comments:
Post a Comment