Sempena hari guru tahun 2013 ini, ingin sekali aku menerangkan bahawa guru itu bukanlah diketagorikan kepada cikgu-cikgu sekolah sahaja. Banyak guru-guru di dunia ini seperti cikgu-cikgu di sekolah, petani, mekanik, pensyarah, peguam, nelayan dan sebagainya. Cikgu lah yang popular di komersialkan kerana profesion guru ini adalah dikalangan profesional kerana mendidik orang yang paling muda untuk mengenali alam dunia dan alam akhirat.
Di dalam dunia ini dan kepercayaan kita sebagai orang Muslim, kita mestilah mengetahui bahawa sumber keilmuan kita ini berpaksikan kepada al-Quran dan as-Sunnah. Sejak dari zaman Nabi Adam lagi, Allah telah mengajar Nabi Adam semua penciptaNya di dunia. Bahkan keilmuan yang terdapat Nabi Adam itu lebih banyak dari Malaikat-malaikat. Dari segi itu, bahawa ilmu itu datangnya dari Allah yang sebenar-benar pendidik dan seterusnya dari generasi ke generasi.
Bagi zaman kita pula yang telah datang ialah Nabi Muhammad. Baginda telah diutuskan menjadi nabi dan rasul dan mengajar kita supaya lebih mantap dalam kehidupan. Bagindalah yang menjadi penyelamat kita didunia dan di akhirat. Dari Baginda, maka lahirlah ulama'2 terbilang dan hebat, yang menjadi rujukan barat-barat dan seluruh manusia di muka bumi ini.
Generasi kita pula adalah penyambung ilmu-ilmu supaya kita dapat mengenal ciptaan Allah. Gurulah yang diberi nama jika bahasanya di Malaysia. Walaupun begitu, banyak yang boleh diperkatakan sesuatu. Kerana guru ini peranan yang paling utama adalah untuk menyelesaikan masalah.
Sebagai contohnya, seorang cikgu dapat menyelesaikan masalah murid-murid di sekolah. Peguam pula menyelesaikan masalah orang awam berkaitan dengan undang-undang. Nelayan pula boleh memberi ilmu kepada orang yang baru hendak belajar cara-cara menangkap ikan. Petani pula mengajar orang lain untuk menyelesaikan masalah berkaitan racun, tebas, baja, torah getah, cop kelapa sawit dan sebagainya. Semua ini secara tidak langsung bahawa semua kehidupan ini memerlukan pembelajaran, walaupun seseorang itu tidak digelar sebagai status guru.
Oleh itu, tujuan kita hidup di dunia, bukanlah untuk menunjukkan kata diri kita ini pandai, pointer 4.00, semua mataperlajaran A, first class dan sebagainya. Tetapi apa yang kita pentingkan adalah jasa kita terhadap masyarakat. Walaupun individu itu tidak pandai di sekolah, tetapi dia dapat menyumbangkan jasa yang baik kepada masyarakat, itulah masyarakat akan tengok. Kita belajar untuk mendapatkan ilmu, dan kita sampaikan ilmu kepada orang lain.
Firman Allah:
Al-Baqarah, 129.
"Wahai Tuhan kami! Utuslah kepada mereka seorang Rasul dari kalangan mereka sendiri, Yang akan membacakan kepada mereka ayat-ayat (firmanMu) dan mengajarkan mereka isi kandungan Kitab (Al-Quran) serta hikmat kebijaksanaan dan membersihkan (hati dan jiwa) mereka (dari syirik dan maksiat). Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana".
(aku sekadar memberi pandangan peribadi, Ben Ismail Rahman)
Selamat Hari Guru~
"Wahai Tuhan kami! Utuslah kepada mereka seorang Rasul dari kalangan mereka sendiri, Yang akan membacakan kepada mereka ayat-ayat (firmanMu) dan mengajarkan mereka isi kandungan Kitab (Al-Quran) serta hikmat kebijaksanaan dan membersihkan (hati dan jiwa) mereka (dari syirik dan maksiat). Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana".
(aku sekadar memberi pandangan peribadi, Ben Ismail Rahman)
Selamat Hari Guru~
0 comments:
Post a Comment