منڧعتكن علمو اڤا يڠ كامو كتاهٶي

Seringkas Berbicara Mengenai Cuti Hujung Minggu

Salam sejahtera,

Alhamdulillah, segala puji bagiNya. Diwaktu pagi yang kesejukan setelah hujan turun dengan lebatnya petang kelmarin. Hari ni hari Jumaat, hari bekerja bagi semua negeri kecuali negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor.

Hari Jumaat adalah hari yang berat bagiku untuk aku pergi ke kerja. Mana tidaknya sebelum ni aku bekerja di negeri Kedah, cuti hari Jumaat. Tapi apabila aku dapat berpindah @ dapat tukar di negeri Pulau Pinang, maka diubah hari Jumaat bekerja, hari Ahad cuti.

Sejarah pada mulanya apabila British mula menjajah Malaya, bagi Negeri-negeri Selat seperti negeri Pulau Pinang, Melaka dan Singapore, telah ditetapkan bahawa bagi cuti hujung minggu adalah hari Sabtu dan Ahad. Ini kerana hari Ahad puak2 penjajah yang beragama Krisitian mudah untuk mereka beribadah. Namun lama kelamaan, Negeri Bersekutu juga ikut sekali.

Tidak seperti Negeri-negeri Tidak bersekutu, seperti negeri Kedah, Perlis, Kelantan, Terengganu dan Johor. Negeri2 ni British tak kacau pentadbirannya. Cuti Jumaat Sabtu ni kekal hingga sekarang kecuali negeri Perlis. Negeri Johor dulu berubah cuti Sabtu Ahad, tetapi kini kembali Jumaat Sabtu. Ini membuktikan bahawa negeri2 di Tanah Melayu dulu, pasti semua negeri cuti pada hari Jumaat Sabtu memandang kita dapat melihat Negeri2 Tidak Bersekutu yang tidak diganggu oleh British, kekal sehingga sekarang.


Aku tidaklah mengatakan bahawa hari Jumaat itu adalah hari yang wajib cuti bagi negara. Tapi dari segi pengalaman bekerja di negeri Kedah selama setahun 5 bulan, dan di Pulau Pinang baru sahaja 4 bulan, disini dapat aku rasai perbezaannya. Bekerja pada hari Ahad sehingga Khamis, bermula jam 8 pagi 5 petang setiap hari, kecuali hari Khamis sehingga 3.30 petang, pada waktu itu kita boleh balik awal dan berehat sehingga menanti waktu Maghrib. Selalunya di masjid atau disurau kebanyakannya pada waktu lepas Maghrib, kita adakan program bacaan Yassin.

Pada keesokan harinya, hari Jumaat yang cuti, kita dapat merehatkan diri dan dapat menyiapkan diri dengan tenang apabila hendak ke masjid bagi menunaikan Solat Jumaat. Selepas pada itu kita boleh balik dari solat dan bebas untuk melakukan apa saja.

Jika bekerja pada hari Isnin sehingga hari Jumaat, waktu jam yang sama. Namun pada hari Jumaat, bermula rehat jam 12.15 tengahhari sehingga jam 2.45 petang. Dalam keadaan baju kerja dan terus masuk ke dalam masjid dalam keadaan yang panas lagi berpeluh, membuat diri ini berasa tidak selesa. Selepas saja habis solat, dan sambung kembali kerja. Itu ada perkara yang amat malas bagi aku.

Mahathir pernah nak menukarkan negeri Kedah hari bekerja. Namun dia tak boleh. Dia dapat menukarkan jam 30 minit awal saja dari negeri Sabah dan Sarawak. Syukurlah Kedah masih kuat untuk mempertahankan bahawa bekerja hari Ahad sehingga Khamis.

Mungkin orang akan tertanya2 bahawa di dalam al-Quran ada sebut bertebaranlah manusia mencari rezeki, berdasarkan ayat al-Quran tersebut di dalam Surah Jumaat(62) ayat 9-10 yang bermaksud:

"Wahai orang2 beriman, apabila diseru untuk menunaikan sembahyang pada hari Jumaat, maka bersegeralah kamu kepada mengingati Allah dan tinggalkan jual beli. Yang demikian itu lebih baik bagimu jika kamu mengetahui (9). Apabila telah ditunaikan sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi; dan carilah kurnia Allah dan ingatlah Allah sebanyak-banyaknya supaya kamu beruntung (10)."


Ayat tersebut menerangkan yang pertama, tidak ada jual beli setelah azan masuknya waktu. Yang kedua, selepas habis solat, maka bertebaranlah manusia mencari rezeki. Pelbagai maksud manusia mencari rezeki, ada yang berurusan muamalat seperti jual beli, ada yang berurusan bertani, berladang, melancong dan sebagainya.


Tidak mengatakan wajib untuk bercuti hari Jumaat. Tapi apabila umat Islam dihimpunkan sekali seminggu, pastilah ada yang berborak2 bertanya khabar selepas saja solat diselesaikan. Bagi diri aku, cuti hari Jumaat lebih mudah supaya umat Islam dapat menyiapkan diri lebih tenang kerana ada ruang masa yang banyak pada hari tersebut.

Jika ditanya bagaimana pula apabila adanya kenduri. Bagi soal itu, tiada masalah. Walaupun kebanyakan kenduri banyak dilakukan pada hari cuti hujung minggu seperti hari Sabtu dan Ahad, Namun kebanyakan bagi negeri Kedah, kenduri diadakan tidak mengira, samada hari Ahad, Isnin, Selasa, Rabu, Khamis atau Sabtu. Tapi mestilah pada hari cuti sekolah. Orang ramai boleh datang berpusu-pusu.

Apabila keadaan seperti ini yang dihadapi oleh aku sekarang, aku akan sedaya upaya untuk mencari jalan supaya aku dapat kembali bekerja di Kedah. Kerana aku lebih senang bekerja hari Ahad hingga Khamis, lagi pula dapat berbakti pada negeri sendiri. Ini adalah pendapat aku semata-mata, tidak bersangkut paut kepada sesiapa. Jika ini pendapat aku, pasti ada juga pendapat kalian sendiri.

Persoalan sekarang, ramai orang kata cuti hujung minggu, iaitu hari Sabtu dan Ahad. 'Ahad' bermaksud 'satu' dalam bahasa Arab, mengapa dikatakan hujung minggu ya? :p

Sekian,

Wassalam
Share on Google Plus

About Ben Ismail

Berkongsi pengalaman
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment