Pada hari kelmarin, aku dijemput menghadiri Program Wacana Transformasi Kepimpinan Muda yang berlangsung di INTAN, Wilayah Utara di Sungai Petani Kedah. Program berlangsung pada jam 9.00 pagi hingga 3.30 petang.
Selain wacana, program ini juga ada perasmian JPA4U@INTURA berkaitan Go Green yang menyatakan untuk menghijaukan, atau dengan kata senang, menghidupkan udara segar, nyaman, dan persekitaran yang bersih. Yang dirasmikan oleh Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam dan juga ada Ketua Pengarah INTAN. Pelbagai agensi kerajaan yang lain seperti Bahagian Pendakwaan, Bahagian Sukan dan Belia, Bomba, Jabatan Kehakiman dan bermacam lagi. Ada juga budak-budak dan Kolej Komuniti juga ikut serta.
- masuk ke dalam dewan - |
- program sedang berjalan - |
Tujuan aku menulis ni bukanlah untuk membicarakan berlangsungnya program ini, tetapi ingin sekali aku kongsikan ada satu slot ceramah berkaitan Generasi Y bergabung dengan Generasi X yang memberi satu penerangan yang cukup bermakna oleh penceramah tersebut.
Sebelum tu pasti orang tertanya-tanya apa tu Generasi X, Y dan Z. Aku hanya terangkan secara ringkas sahaja. Generasi Y adalah golongan muda seperti aku, dalam lingkungan berbelasan tahun, 20-an dan juga 30-an. Generasi X pula golongan orang tua dan Generasi Z adalah budak. Untuk terperinci lagi, bolehlah cari di pakcik Google.
- sesiapa yang mengenali Sultan Muhammad al-Fateh, pasti terjumpa gabungan yang sangat mantap dan hebat antara Generasi Y dan X sehingga dapat meruntuhkan empayer yang kuat dan besar - |
*Gabungan Generasi Y dan X
Yang pertama, adalah generasi muda dan tua semua adalah sama. Tak kiralah ianya banyak ilmu di dada, dari segi pengalaman, pembelajaran hidup dan sebagainya. Beza antara tua dan muda bagi seseorang itu hanyalah taqwa sahaja. Selalu orang beranggapan bahawa 'budak mentah, budak baru belajar' yang selalu orang kita lontarkan. Tetapi tidak ingatkah bahawa dosa siapa yang lebih sikit, amalan siapa yang lebih banyak. Patut kita fikir, budak walaupun hanya budak jika dibanding dengan tua, mungkin yang tua lebih banyak melakukan kesilapan jika hendak dibanding dengan orang muda. Sebab itulah jika ada orang muda hendak belajar sesuatu dari kita, apa salahnya kita memberi tunjuk ajar yang baik supaya generasi muda inilah yang akan menjadi pemimpin negara satu ketika nanti.
Perkara ini sangat dititikberatkan oleh orang yang punyai anak. Seorang anak akan mengikut tingkah laku bapanya. Ada satu kajian bahawa anak akan mempelajari hidup dari bapanya melalui tindakan sebanyak 80%, yang selebihnya mungkin dari percakapan. Sama juga di dalam pejabat, bos dengan anak buahnya. Jika anak buahnya datang lambat untuk 'punch' contohnya, kalau sekadar nasihat mulut atau memarahinya setiap kali, maka ianya akan berlanjutan. Tetapi sekiranya bos sendiri yang datang awal, dan diperhati anak buahnya, InsyaAllah, pergerakan untuk datang awal ke pejabat itu pasti berubah.
Yang kedua, berkaitan cara anak muda pandang, anak muda sebagai pemimpin masa depan. Satu bab perkara mengenali "fael" atau perangai seseorang itu bagaimana. Yang tua harus mengenali yang muda dengan rapat supaya interaksi itu dapat dilakukan dengan baik. Untuk melihat kepelbagaian kreaktor seseorang itu, pelbagai cara.
Contohnya 3 orang lelaki muda yang berlainan kreaktor apabila melihat tanah kosong dihadapannya. Seorang adalah petani, seorang jurutera dan seorang lagi orang kaya. Disini kita akan melihat perbezaan pemikiran mereka itu. Yang pertama, seorang petani apabila melihat tanah yang kosong, pasti dalam fikirannya untuk bercucuk tanam. Yang kedua jurutera, pasti akan menggali tanah tersebut jika ada sumber asli didalam itu. Dan orang yang ketiga, orang kaya apabila melihat tanah kosong terbiar, pasti dalam kepalanya akan memikirkan projek-projek besar seperti hotel 5 bintang, taman tema dan sebagainya.
- muka dalam gambar yang paling besar tu, menunggu saat beliau berundur, pasti majoriti gembira - |
Yang ketiganya, aplikasi kaedah Nabi Yusuf mendekati anak muda di penjara. Terdapat banyak kisah tentang Nabi Yusuf di dalam al-Quran. Selalunya orang melayu yang selalu menbaca ayat-ayat dari Surah Yusuf hanya mahu anaknya menjadi handsome atau kacak semata-mata. Banyak perkara yang boleh diambil sebagai manfaat daripada ayat tersebut.
Nabi Yusuf dipenjara banyak tahun. Cara baginda mendekati anak muda yang mana anak muda itu adalah banduan, apabila anak muda tersebut bermimpi. Dan Nabi Yusuf dapat mentafsir mimpi dengan tepat. Akibat dari itu, apabila banduan itu dibebaskan, banduan tersebut dapat memberitahu kepada orang ramai ataupun raja mengenai pentafsiran mimpi oleh Nabi Yusuf. Maknanya disini, apabila seseorang tua menghampiri yang muda, mestilah berkelakuan yang baik dan memberi manfaat agar jasa itu tidak dilupakan oleh golongan muda.
Yang keempat, memandang secara empati. Menyerap masuk ke dalam hati apabila seseorang itu meluahkan perasaannya. Sebagai contoh apabila golongan muda menghadapi masalah, golongan yang berpengalaman akan mendengar dan menyelami isi hati golongan muda tersebut, dengan itu, golongan yang tua itu dapat mempeterjemahkan daripada masalah itu. Contohnya apabila seseorang itu ayahnya meninggal dunia, kita merasakan sama juga perasaannya terhadap ayahnya yang meninggal dunia itu. Maka dengan itu, apabila golongan tua dapat mempeterjemahkan dengan baik, hubungan itu dapat dipereratkan golongan tua dan muda.
- antara jualan-jualan - |
Yang terakhir, kahwin muda dan jadi ayah yang berkesan. Golongan muda yang punyai tenaga yang banyak dan kuat, dapat menggunakan tenaga sebaik mungkin dari segi jasmani dan batin. Bila dah dapat anak, didikan itu amat penting bagi membentuk anak itu menjadi orang yang berguna.
Contohnya anak yang masih kecil, apabila kita hendak tidurkan, kita akan dodoinya dibuaian dengan berzikir, Jika tak berkesan secara audio, kita akan menggunakan pergerakan seperti 'au cak' kepadanya. Seterusnya last kita akan menggunakan deria rasa seperti mengangkatnya dan mendodoinya supaya dapat diam dari menangis. Banyak lagi contoh yang boleh diberikan tetapi setakat ini sahaja sebagai ringkasan dan InsyaAllah dapat memahami sedikit sebanyak yang kita perolehi.
Nabi Muhammad apabila bertemu dengan budak-budak, pasti baginda yang cium dan sapu-sapu di kepala budak itu. Apabila orang cuba mengkaji, mengapa baginda buat begitu, dan dengan rasa ingin tahunya, terdapat hikmatnya. Kerana baginda tahu, budak-budak itulah bakal menjadi pelapis negara di masa akan datang.
- perasmian - |
Itulah sedikit sebanyak mengenai Generasi Y dan juga Generasi X. Diselit juga dengan Program JPA4U Go Green ini untuk menjadikan kawasan Organisasi Awam ini menjadi hijau yang segar.
Semua nak HIJAU, tapi mengapa masih lagi pilih BIRU :p
Sekian,
Wassalam
0 comments:
Post a Comment