منڧعتكن علمو اڤا يڠ كامو كتاهٶي

Jentera KCE6229 Telahku Pusing 1 Dunia

Salam sejahtera,

Alhamdulillah, syukur kepada Tuhan kerana memberi tenaga yang masih lagi kuat. Dalam cuaca yang sentiasa basah dan hujan, negeri Kelantan bagaikan tenggelam kerana sudah lama hujan turun tidak berhenti.

Kekuatan yang Tuhan berikan padaku, telahku gunakan harta dunia jentera pinjamanNya apabila aku telah gunakannya pusing 1 dunia. 1 dunia disini bukanlah aku membawa naik motor ke serata dunia, tetapi kilometer telah berpusing semuanya dari 000001 hingga 999999 km.

Pelbagai sejarah dan manfaat yang telah aku gunakan. Seluruh negeri di semananjung telah aku jelajahi. Bukan setakat itu, aku pernah gunakannya sehingga ke Songkhla, Pattani dan Yala. Aku akan gunakannya sehinggalah yang mana mati dulu....huhu.

Pada tahun dibuat iaitu tahun 2007 dan tarikh pendaftarannya 27/01/2008, bermulalah aku memilikinya. Pada ketika itu, jualan Motor Yamaha 135LC begitu laris di Malaysia. Aku pada ketika itu telah diberi lesen oleh orang tua aku untuk memilikinya. Bermulalah aku mencari di serata Kulim, Penang, semuanya kehabisan stok. Kemudian pencarian diteruskan ke Sungai Petani, ada satu kedai, warna merah. Tetapi aku berkenan warna oren hitam. Cari dan terus mencari akhirnya, jumpa satu kedai di area Taman Ria, belakang Yawata Sungai Petani, hanya tinggal satu saja motor warna oren hitam. Tanpa banyak tanya, aku terus booking. Keesokkannya, aku bersama orang tua aku terus ke kedai motor tersebut.

Bermulalah detik2 aku sebagai Mat Motor LC....hehe.

Tahun pertama, 2008

- pertama kali ku memilikinya, 100% standart -

- sudah kasi mekap mengikut citarasa sendiri, lokasi Nilai N.9 -

- cengkaman lebih kuat -

- gosok sampai berkilat -

- konvoi ke Jeram Tekala, Selangor -

- diwaktu ketika Kedah Dable Trable, lokasi Stadium Nasional, Bukit Jalil -

- lokasi di Temerloh, Pahang -

- konvoi balik raya dari Kuis menuju ke utara tanah air, lokasi R&R Sg. Perak -

Tahun 2009

- kehebatan Kedah dalam bola sepak ketika ini, semangat reben hijau kuning -

- 3 sepupu motor yang sama -

- kali pertama pakai penahan rantai -

- usah ditanya aku pro mana, yang penting hapuskan penyelewangan harta rakyat -

- santai, lokasi Kuala Terengganu, Terengganu -

- konvoi belia 4B, Parlimen Padang Serai -

Tahun 2010

- kesedihan, kerosakan teruk pada enjin kerana telajak sehingga minyak hitam kering -

- sedang diperbaiki -

- enjin berbentuk berlian -

Tahun 2014

- minyak hitam sentiasa dijaga -

- servis -

- meter terakhir 999999, bertarikh 19/12/2014 bersamaan hari Jumaat -
Itulah sedikit sebanyak perceritaan jentera aku yang banyak memberi jasa sepanjang perkhidmatannya. Diharap ianya dapat bertahan lama lagi supaya aku sentiasa boleh menggunakannya agar senang untuk ke mana-mana. Andai kalau ianya boleh berkata-kata, apa yang akan disampaikan oleh tuannya ini..... :)

Sekian,

Wassalam
Share on Google Plus

About Ben Ismail

Berkongsi pengalaman
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment