منڧعتكن علمو اڤا يڠ كامو كتاهٶي

Kursus PTM Syarat Sah Jawatan

Salam sejahtera.

Alhamdulillah, syukur kepadaNya.

Pada 10 - 15hb Disember 2014 yang lalu, telah berlangsung bagi diriku kursus yang lama setakat dalam perkhidmatan aku iaitu Program Transformasi Minda siri 5/2014 di Melaka selama 6 hari 5 malam sebagai syarat sah jawatan dalam perkhidmatan dalam kerajaan. Perjalanan program berjalan dengan sempurna dan tiada apa-apa masalah yang berlaku. Kursus tersebut berlangsung di Pantai Puteri, Tanjung Kling Melaka Tengah, di Melaka.

- tempat bermalam -

Bermalam di Hotel Pantai Puteri. Suasananya sangat baik. Hotel mengadap ke pantai, depan hotel jalan raya yang membolehkan orang santai2. Hotel yang diberi wakaf oleh Jabatan Agama Islam Melaka.

Hari pertama aku tiba di sana jam 5.30 petang lebih kurang. Setelah jam 10.30 pagi aku gerak dari Guar Chempedak, Kedah. Dan singgah sebentar di Nilai lebih kurang jam 2.30 petang untuk makan tengahhari bersama member baikku. Kemudian jam 3.00 petang, aku gerak kembali untuk ke destinasi yang belum pernah aku lalui.

Selepas saja check in, rehat2kan badan, kemudian jam 8.30 malam, program pertama bermula. Sessi pengenalan diri dan pembahagi kumpulan. Setelah selesai, masuk bilik dan tidur.

- group aku mempersembahkan aktivitinya -

- juara kumpulan mengalahkan 5 kumpulan yang lain -

- malam terakhir, steamboat -

- menikmatinya ramai2 -

Begitulah juga hari kedua, hari ketiga, keempat, kelima dan hari terakhir, pelbagai program dijalankan. Dengan kursus menahan telinga untuk mendengar, persembahan kumpulan, treaser hunt, riadhah awal pagi dan petang, exam dan sebagainya.

Pelbagai agensi jabatan iaitu CGSO, Mahkamah Persekutuan, Perangkaan, JBG, MDI, dan JKSM. Jadual yang begitu padat terasa keletihannya. Walaubagaimanapun, ianya agak seronok apabila bertemu dengan kawan-kawan baru.

- dah jumpa geng -

- Alhamdulillah, tamat dengan jayanya -

Setakat disini saja. Tentang program tentatifnya? Biarlah ianya menjadi rahsia kerajaan.

Sekian,

Wassalam.
Share on Google Plus

About Ben Ismail

Berkongsi pengalaman
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment