منڧعتكن علمو اڤا يڠ كامو كتاهٶي

#Flashback LIMA 2013

Salam sejahtera,

Di Langkawi pada ketika ini bagaikan berada di Kuala Lumpur apabila kesesakan di sana sini kerana adanya function yang begitu gah di serata dua iaitulah Langkawi International Maritime & Aerospace. Aku juga berkesempatan mengunjungnya apabila aku ditempatkan bekerja disitu selama setahun 5 bulan yang lalu.

Aku bersama 3 rakan yang lain, Zul, Ain dan Mira yang masing2 mereka itu bekerja Yapim cawangan Langkawi. Telah mengunjungi ke LIMA waktu tengahhari. Kami pergi dua biji motor dan sememangnya susah jika hendak berkenderaan 4 tayar. Suhu pada ketika itu boleh mencecah 40c, panasnya waktu ketika itu. Langkawi bagaikan senget sebelah arah selatan kerana orang sedang bertumpu di satu tempat saja. Tapi itu dongeng saja semata2.....huhu.

- deretan jet2 di fasa ke-4 dunia -

Pada mulanya kami memasuki Dewan Mahsuri. Pelbagai pameran yang ditonjolkan seperti peluru, enjin jet, jet2 lama dan sebagainya. Orang pada ketika itu tersangatlah ramai. Selepas saja meninjau di dalam, kami menuju ke luar atau landasan kapal terbang tersebut. Ketika itulah kami bergambar bersama pilot ataupun jet2, helikopter dan juga kapal terbang pelbagai negara.

Selepas puas di bahagian udara, kami menuju ke bahagian laut pula. Kapal2 dan dermaga yang hebat2 ditayangkan di lokasi Awana Porto Malai. Kapal selam juga kelihatan. Semasa aku ke sana, kelihatan kapal perang yang terbesar di Malaysia. Ada juga dari Bangladesh, Thailand dan lain2 negara. Kami berpeluang untuk masuk dan meninjau keadaan sekeliling.

- selam timbul kembali -

Itulah pengalaman yang agak menarik bagi diriku. Walaupun pada mulanya tidaklah terasa untuk pergi melihat LIMA itu. Hanya kebetulan saja kerana aku sememangnya berada di sana. Rugi juga kalau tak ambil peluang. Dan pada kali ini, tahun 2015, program seperti biasa dijalankan. Tetapi terdapat tragedi antara jet pejuang Indonesia berlanggar sesama sendiri. Pilot tidak mengalami sebarang kecederaan tetapi orang awam pula yang pengsan melihat keadaan sekeliling rumahnya. Diharap di masa akan datang, tidak akan lagi terjadi tragedi tersebut. LIMA yang berlangsung 2 tahun sekali mengikut tahun angka ganjil.


- untuk video lebih jelas boleh klik sini -


Begitulah kisahnya. Otak Tun Mahathir yang mahu memajukan negerinya.

Sekian,
Share on Google Plus

About Ben Ismail

Berkongsi pengalaman
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment