Salam sejahtera,
Pada mulanya aku saja hendak main game yang sememangnya sudah ada di tablet aku, Samsung Galaxy Note 10.1. Tiba2 terkeluar iklan youtube yang agak gah bunyinya dan juga videonya. Videonya youtube boleh klik
sini. Itulah yang membuatkan aku terus tertarik untuk mendownloadkannya dan ingin mencubanya bermain. Tidak kurang sama sepertinya dengan Clash of Clans. Yang CoC ini ramai yang sudah bermain sehingga kadang2 ada yang tergilakannya. Tapi aku tak terlintas ingin mencubanya. Dengan adanya CoK ini, ingin sekali mencubanya. Apa itu CoK? CoK adalah Clash of Kings. Lv6 pula? Lv6 adalah Level 6 :)
Kisahnya bagaimana kita ingin membina sebuah negara. Menguji tahap kesabaran apabila kita memerlukan sumber asli untuk dijadikan industri, dengan adanya universiti untuk mengkaji, adanya tanah dijadikan sumber makanan, balak sebagai pembangunan, ketenteraan dan juga rakyatnya yang boleh berdagang antara satu dengan yang lain.
Bermula dengan adanya sebuah komuniti, kemudian dilantik oleh rakyat seorang Raja sebagai pemimpin bagi negara. Segala sumber dijadikan cukai untuk dikutip, tubuh ketenteraan, pertahanan supaya mengukuhkan institusi Raja dan dapat melindungi rakyat untuk terus hidup.
Disini dapat dilihat terdapat tiga sumber yang penting iaitu gandum, balak dan juga emas. Dari sumber itu, gandum boleh dijadikan makanan sebagai tenaga manusia, balak dijadikan pembangunan seperti istana, tembok, titi, panah, pelontar dan sebagainya. Dengan emas pula, kita boleh mendapatnya seperti granit, batu, logam, timah dan lain2 lagi dalam pembinaan dari segi ketenteraan, pertahanan dan juga pembangunan yang lain.
Aku bermula dengan Level 6 kerana disini dapat percuma untuk tukar imej dan juga nama. Aku tukar mengikut kesedapan diriku sahaja...huhu. Dengan adanya nama sendiri, akan dunia tahu yang negara aku sedang membangun dengan pantasnya.
|
- pengenalan, Empire Malaya - |
|
- kekuatan istana untuk setakat ini Lv6 - |
|
- tembok pertahanan kekuatan 468, masih didalam pembinanan dari masa ke semasa - |
Ditahap permulaan, pelbagai cabaran dan terpaksa bekerja keras untuk maju ke hadapan. Raja dengan pemerintahan adilnya dan tidak boleh menyeleweng harta rakyat, dan digunakan dijalan yang betul agar pendapatan negara cukup untuk menampung segala perbelanjaan. Dan rakyat pula bekerja untuk mencari nafkah keluarga. Apabila sudah cukup kuat dalam membina negara, kita akan meluaskan empayar sehingga menjajah negara dan membebaskannya dari kegelapan.
|
- istana kelihatan di Lv6 mempunyai 5 kubah - |
|
- kelihatan tembok ditahap Lv6, rumah api ataupun peninjauan di Lv4 dan kapal keluar masuk dapatkan dana dari luar - |
Di dalam negara ini gandum menjadi keutamaan sebagai makanan asasi. Terdapat beberapa ladang pertanian diusahakan. Selain itu, balak juga amat penting dalam perindustrian negara. Kerajaan telah banyak membantu memberi peruntukkan dalam meng'upgrade'kan keusahawanan mereka.
|
- kelihatan pertanian dan pembalakan giat dijalankan - |
|
- kerajaan memberi peruntukan 20 keping emas untuk upgrade - |
|
- dan hasilnya, balak dan gandum - |
Apabila sumber sudah ada, sebuah negara memerlukan ketenteraan bagi menguatkan barisan pertahanan dan menyerang apabila diperlukan. Pemilihan demi pemilihan bagi melahirkan tentera yang berkualiti. Impian Raja bukanlah setakat membina negara sahaja, tapi meluaskan empayar sehingga di seluruh dunia. Setakat mana sumber yang diperolehi, setakat itulah kemampuan yang boleh menyerang.
|
- tentera yang sudah direkrut, terdapat 4 kategori - |
|
- tentera berkuda, pemanah, pedang perisai dan juga pelontar, setakat Lv6 - |
|
- pelontar jarak dekat sudah siap, kini latih kereta rempuhan. Memerlukan balak sebanyak 3800 dan gandum 5500 - |
|
- tentera yang sudah direkrut seramai 3,684, dan masih ada lagi didalam latihan - |
Apabila semuanya dalam keadaan stabil, banyak sumber yang diguna dalam perindustrian, maka sumber semakin lama semakin berkurangan. Raja memerintahkan supaya luaskan empayar dan dapatkan sumber dari luar. Selain itu, terdapat monster atau raksasa yang boleh mendatangkan mudharat kepada sesebuah negara. Perlu dihapuskan. Disini terdapat juga raksasa mengikut level. Setakat mana tentera yang ada, setakat itu juga kekuatan raksasa yang boleh berperang.
|
- serangan pertama, raksasa Tengkorak - |
|
- berperang - |
Selesai peperangan pertama, peperangan lain pula menyusul. Peperangan pertama yang mudah untuk tewaskan raksasa itu, maka pulangannya pun tidak sebanyak mana. Seperti yang terlihat nombor pada raksasa itu, nombor 1 yang paling rendah setakat ini. Di dalam gambar atas, terdapat misi, barang, surat. Klik misi itu kita akan mengetahui misi kita seterusnya. Barang dalam tu barang2 apabila sudah berperang dan surat dihantar memaklumkan bagi sesuatu perkara. Klik misi itu, peperangan lain bakal menempuh.
|
- klik misi akan keluar ini, di dalam negara, universiti telah berjaya mengkaji dan raja memberi hadiah. Kelihatan situ monster yang perlu dibunuh 3 kali di Lv3, dua monster sudah tewas - |
|
- monster kedua ondaway untuk berperang - |
|
- tentera bergerak menuju ke monster ketiga untuk berperang sejauh 45km selama 4:38 minit - |
|
- peperangan sedang berlangsung, kelihatan dua negara yang lain - |
|
- apabila berjaya menewaskan monster, surat sampai di istana, dan ganjaran diterima - |
Apabila selesai berperang, terdapat beberapa tentera dalam kecederaan. Maka bergegaslah pulang ke negara dan dibawanya menuju ke hospital. Dalam peperangan tersebut, terdapat 4 tentera yang cedera.
|
- bergegas pulang - |
|
- hantar ke hospital untuk penyembuhan - |
Dan apabila sudah pulang ke negara, maka tentera diberi rehat yang panjang. Kerana apa? Kerana tuan punya yang nak main nie tidur dan bekerja keesokan harinya....wakaka. Dalam tempoh yang panjang itu, aku meng'upgrade'kan istana yang memakan masa yang panjang. Kalau nak singkat, boleh guna wang emas. Wang emas tidak banyak dan perlu jimat untuk kegunaan lain. Tidak semestinya untuk kegunaan Raja sahaja.
|
- pembinaan istana bagi membolehkan bangunan lain untuk upgrade, tempoh 6 jam - |
Di dalam negara, istana dibina untuk mengukuhkan lagi institusi diraja, Manakala diluar, Panglima tentera memberi arahan kerana adanya istana yang telah runtuh. Panglima tentera arahkan seluruh tentera bergegas menuju ke runtuhan peninggalan istana tersebut untuk menggali bahan2 yang terdapat di dalam itu.
|
- tentera bergegas menuju ke runtuhan peninggalan istana - |
Bagaimana kesudahannya? Apa yang terdapat di dalam runtuhan istana tersebut? Sama2 kita nantikan episod yang akan datang. Aku akan update apabila sudah capai tahap Level 15 nanti. InsyaAllah.
Game yang menghilangkan boring dan juga memberi idea serta menjalankan otak untuk berfikir bagaimana caranya ini, bagaimana caranya itu. Terus berperang untuk meluaskan empayar. :)
Sekian,
0 comments:
Post a Comment