منڧعتكن علمو اڤا يڠ كامو كتاهٶي

Bandaraya Lama Lembah Bujang, Muzium Arkelologi

Assalam,

- pintu masuk -
Kedah adalah negeri yang tertua di Asia Tenggara yang dulunya dikenali Kedah Tua. Terjadinya kerajaan disitu sekitar tahun ke 10 sebelum masihi sehinggalah ke abad ke-12. Kerajaan ketika itu rata-rata beragama Hindu - Buddha, yang dibawa masuk oleh pedagang-pedagang dari India. Dan ketika itu, Nabi Muhammad belum dilahirkan.

Kawasan yang strategik bermula dari Gunung Jerai dari arah utara, Sungai Muda arah selatan, dari kawasan timur sehingga Daerah Pendang dan barat adalah laut. Kawasan lembah yang strategik dari gangguan musuh-musuh yang datang pelbagai arah.


- dari barat ke arah timur memasuki Pekan Merbok -

- tiba dipersimpangan -

- pintu masuk -

- parking keta -

Candi-candi yang dibina tidaklah sebesar di negara-negara lain seperti Indonesia, Kemboja dan lain-lain negara. Disitu menampakkan di lembah bujang itu adalah sebuah bandaraya satu ketika dulu. Terdapat banyak tapak-tapak candi yang berdekatan sungai-sungai di sekitar Gunung Jerai yang membolehkan arah jalan menuju ke laut.

Terdapat kesan-kesan batu yang diukir antaranya naga, patung buddha, tapak-tapak candi dan sebagainya. Dan dipercayai batu-batu itu telah lama dibina sebelum candi di negara-negara lain lagi.

Namun, setelah Islam mula berkembang, pedagang-pedagang arab mula memasuki Tanah Melayu, pembesar-pembesar Kedah mula minat dengan agama Islam. Dipelajari oleh orang-orang Arab dan seluruh rakyat negeri Kedah memeluk agama Islam. Kedah yang diperintah oleh Raja Merong Maha Wangsa yang asalnya beragama Hindu, telah memeluk agama Islam dan menamakan dirinya sebagai Sultan Mudzafar Syah 1 pada tahun 1136 masihi. Anak cucunya terus memerintah sehinggalah ke hari ini tahun 2016 iaitu Sultan Abdul Halim Mua'dzam Syah tahun. Klik sini, sumber salasilah Kesultanan Negeri Kedah.

Di dalam kawasan indoor:

- duit syiling lama untuk penjualan -

- muka bumi -

- penemuan-penemuan -

- patung buddha kecil kelihatan -

- candi 1 -

- candi 2 -

- keadaan di dalam muzium -

 my wife & my son -

Kesultanan Kedah lebih tua dari Kesultanan Melaka yang banyak dipelajari oleh sejarah di sekolah. Kesultanan Melaka diasaskan pada tahun 1400 masihi.

Tahun 1136 masihi tertubuhnya Sultan di negeri Kedah. Ketika itu pada tahun 1138 masihi lahirnya pahlawan terulung, Salahudin al-Ayubi. Pada tahun 1192 peperangan salib ke-3 dan akhirnya Islam kembali mengambil tanah Palestin.

Apabila Kedah mula diperintah oleh Sultan yang beragama Islam. Maka perlahan-lahan candi-candi itu dilupakan dan juga dimusnahkan. Ini kerana kekuatan pada diri setiap masyarakat melayu sudah sebati dengan Islam. Sehinggalah penemuan-penemuan candi tersebut dijumpai kembali oleh penjajah British pada tahun sekitar 1840-an.

Kawasan Outdoor:

- tunjuk arah -

- penemuan pertama -

- memasuki wilayah bandaraya satu ketika dulu -

- trek jalan disediakan -

- lain candi -

- ini puncaknya -

- berehat sebentar -

- candi bendang dalam -

-candi pengkalan bujang -

*Kehebatan pada orang Melayu adalah:

Potugis takhluk Melaka selama 130 tahun, berjaya menguasai negara tetapi tidak dapat memaksa orang Melayu menganut agama Kristian.

Datang Belanda menjajah Melaka selama 183 tahun, juga tidak dapat memaksa orang Melayu menganut agama Kristian.

Datang pula British menjajah selama 167, berjaya membawa fahaman sekular tetapi tidak boleh memaksa orang Melayu menganut agama Kristian.

Walaupun dijajah selama 480 tahun, namun Melayu tetap dengan agama Islam.

Berbeza pula dengan Pulau Cebu di Philipine dan Goa di India, penduduk di sekitar itu menganut agama Kristian setelah penjajah telah menjajah ke tempat mereka.

(*-sumber dari FB page Abd Latip bin Talib)

Walaupun dulunya rata-rata masyarakat melayu dulu beragama Hindu-Buddha, tetapi dengan kedatangannya Nabi Muhammad, melalui oleh pedagang-pedagang Arab yang singgah di Tanah Melayu, membuatkan seluruh raga Tanah Melayu dan juga Tanah Indonesia memeluk agama Islam. Jika tidak kerana pedagang-pedagang ini, mungkin agama kita sekarang ini seperti negara di Thailand, Myanmar, Kemboja, Laos dan lain-lain negara di Asian.

Muzium ini adalah salah satu kepada sesiapa yang ingin mengetahui sejarah. Kesan-kesan yang ditinggalkan menampakkan Kedah lama tertubuhnya kerajaan. Bukan sekadar candi, bahkan terdapat tembikar-tembikar, pasu, duit lama dan sebagainya. Tak rugi melawatnya dan tiada sebarang bayaran dikenakan.

Sesuai dengan Discover Kedah 2016.

Sekian
Share on Google Plus

About Ben Ismail

Berkongsi pengalaman
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment