Assalam,
Jumaat lalu aku berada di Kuala Lumpur. Memandangkan aku sudah berada disitu dan tiada aktiviti yang hendak dibuat, aku pergi ke Bank Negara untuk semak punya pinjaman yang telah aku lakukan.
Apa itu CCRIS?
Nama penuhnya Central Credit Reference Information System atau melayunya Sistem Maklumat Rujukan Kredit yang berfungsi pusat proses data kredit daripada mana-mana institusi-institusi kewangan dan disampaikan maklumat dengan satu laporan.
- park kereta - |
Maknanya disini, mana-mana bank yang kita buat loan, tak kiralah pinjaman peribadi, pinjaman kereta, rumah, kad kredit, arrahnu dan sebagainya, mana-mana bank akan dinyatakan dengan satu laporan. Jika ada tunggakan, maka rekod kita tidak cantik. Jika ada 2,3 tunggakan, maka akan tercatit di laporan itu seberapa banyak tunggakan kita. Jika tiada tunggakan, maka akan direkodkan, kosong. "0".
Hanya bertempat di Bank Negara saja. Mesin itu disediakan dan kita hanya memasukkan kad pengenalan dan cop jari di tempat yang disediakan. Kemudian segala laporan kita akan dikeluarkan dalam bentuk kertas A4. Proses hanya sekejap saja, tak sampai seminit.
- menunggu giliran di kiosk - |
- staff untuk mendapatkan penjelasan - |
Setelah melihat laporan itu, maka jika ada pertanyaan, bolehlah ke kaunter pertanyaan untuk mendapatkan penjelasan. Tidak perlu mengambil nombor giliran, terus saja beratur menunggu giliran. Aku juga mendapatkan sedikit penjelasan dari staff situ.
Bank Negara terletak di Kuala Lumpur. Mesin untuk semak CCRIS itu terletak di Tingkat Bawah Blok D. Mudah saja, jika dari Jalan Kuching, roundbord amek nomb 4, kerana roundbord itu ada 5 simpang. Parking saja dihadapat pintu masuk, lepas saja dari sekolah rendah. Salah parking disitu tapi hanya sekejap saja tak mengapa.
- laporan ccris aku - |
Terdapat sedikit kecalaran disitu apabila pinjaman kereta aku ada tercatit "1" pada bulan Disember 2015 dan "1" di bulan Januari 2016. Ini kerana pada bulan Disember 2015 lalu, aku kena potong mandatori oleh PTPTN sebanyak RM700 lebih. Itu membuatkan aku tak dapat nak bayar. Dan pada bulan Februari 2016, kelihatan "0" kembali. Ini menunjukkan rekod aku bersih.
Penjelasan dari staff itu, kita hanya tengok dari bulan semasa iaitu bulan yang paling terdekat. Macam aku bulan yang terbaru adalah bulan Februari 2016 dan kelihatan semuanya tertulis "0", maka pinjaman aku adalah rekod yang bersih. Alhamdulillah.
Jika ada tertulis "1", mungkin tercalarlah sikit rekod kita. Kena cepat-cepat kembalikan "0" pada bulan berikutnya. Jika tertulis "2" dan "3", rekod itu agak teruk dan untuk membuat pinjaman selepas ini pasti sukar.
Itulah sedikit sebanyak yang aku boleh share berkaitan semakan CCRIS ini.
Sekian
0 comments:
Post a Comment