منڧعتكن علمو اڤا يڠ كامو كتاهٶي

Aktiviti di Damai Beach Resort

Assalam,
- pintu masuk -

Bersempena cuti Israk Mikraj yang hanya ada pada negeri Kedah, Perlis dan Negeri Sembilan, mengambil peluang oleh ahli keluargaku untuk bercuti di tepi laut setelah sekian lamanya tidak ke pantai kedua orang tuaku.

Percutian hanya sehari pada hari Khamis dan terus lajak ke hari cuti minggu Jumaat dan Sabtu. Bagi kes aku yang bekerja di Penang, telah mohon cuti rehat dua hari untuk memanfaatkan percutian bersama keluarga.


Baucer dari Bank Simpanan Nasional yang diperoleh oleh my father apabila telah memohon kad kredit beberapa hari yang lalu. Kad baucer BSN tersebut tertera RM550 dan diberi rate bilik RM696 untuk setiap bilik dan satu malam. My father telah memperoleh 4 baucer. Kami hanya ambil 3 bilik saja dan satu malam saja. Check in hari Khamis dan check out keesokkan harinya.

Rupanya ingatkan baucer tu untuk BSN saja, ada juga dari bank RHB, Public Bank, IOB dan lain-lain bank lagi. Pandai syarikat pihak hotel berbisnes menggunakan link bank.

Baiklah, perjalanan dari Kulim menuju ke Lumut mengambil masa 4 jam. Terus dari haigway BKE, masuk PLUS dan susur keluar di tol Changkat Jering. Dan dari simpang 3 tersebut kona kanan dan terus sehingga ke destinasi. Tak usah risau kerana keluar saja dari tol Changkat Jering, setiap kali simpang ada signbord Swis in Resort, Lumut Perak.

- di lobi utama -

- my wife & my son -

- bilik berhadapan laut -

Kami sampai di sana lebih kurang jam 12 tengahhari dan kami terus check in walaupun sebelum tu ada call dan pihak hotel mengatakan jam 3 petang baru boleh check in. Kami berehat di dalam bilik dan terus makan tengahhari yang dibawa bekalan dari rumah.

Aktiviti pertama kami ke Kidclubs. Bawa anak dengan anak menakan sekali bermain-main. Ada mini wayang, video game, sauna, dan lain-lain berkaitan dengan kanak-kanak. Di sudut ruang juga ada meja snooker untuk bermain dan gym bertentangan dengan laut. Aku dan orang tuaku cuba bermain gym walaupun tidaklah sebeberapa mana.

- menunggu lift -

- anak menakan main di kidsclub -

- my son diatas jet -

- di bilik gym -

Bila dah letih dan jemu, kami balik bilik balik untuk berehat. Dan petangnya selepas asar, kami teruskan dengan aktiviti bermain laut di bahagian Fun Beach. Laluan trak yang cukup cantik dengan adanya bunga-bunga di sepanjang jalan serta landskap yang cukup menarik. Di Fun Beach juga ada aktiviti memanah, naik kuda, banana, bola pantai dan bermacam-macam aktiviti lagi. Dan kami hanya mandi sahaja di laut walaupun ainya keledak sikit.

- cuaca yang elok -

- berehat -

- anak gua untuk kali kedua di pantai -

- beramai-ramai bergambar -

Cukup time, kami mula bergerak ke kolam pula. Besar kolamnya. Itu adalah aktiviti yang seterusnya. Tangganya agak tinggi untuk didaki. Kolamnya pula ada time sehingga jam 7 petang. Ok bolehlah, sekadar hiburan untuk kanak-kanak, walaupun takdalah gelongsor untuk memeriahkan lagi di kolam itu.

Malamnya tiada apa-apa aktiviti. Walaupun pada asalnya nak bbq ayam di tepi laut, tapi sorang adik ipar tak dapat hadir. Hanya berehat saja di dalam bilik dan borak-borak.

- dari pantai ke kolam -

- mendaki -

- my family -

- menunggu yang lain, berehat dulu -

Keesokkan harinya, mandi kolam sekali lagi memandangkan masih ada lagi ruang masa. Selesai mandi, kami bersiap-siap dan check out pada jam 12 tengahhari, dan terus pulang ke rumah.

Apa yang nak dikatakan pada hotel ini, persekitaran menarik, landskap, permandangan, fasilitis. Tetapi rate untuk bilik seperti tak memadai. Bilik yang asalnya pada baucer itu ditulis RM696. Tetapi biliknya seperti RM200+ saja. Tidak seperti bilik RM600+. Tetapi tak mengapa, kerana kita hanya perlu menambah RM146 saja.

- mandi kolam -

- dengan anak menakan -

di sebuah terowong -

- selpiaq lagi -

- lorong air jatuhan -

- aku dan anak -

- dan last kami bersama -

Mencuba untuk merasa, berseronok bersama famili tiga generasi. Alhamdulillah.

Sekian
Share on Google Plus

About Ben Ismail

Berkongsi pengalaman
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment