Assalam,
Setelah dua tahun kereta viva aku telah dijadikan sewa di Langkawi, akhirnya pada tarikh ini kereta tersebut dibawa pulang. Kerana apa? Biasalah, bila tuannya dah dapat posting di tempat lain, takda siapa yang nak menengok kereta itu. Lagipun adik aku sudah melajutkan pelajaran ke universiti, satu keperluan kereta untuk digunakan.
Selama aku berada di Langkawi pada tahun 2013-2014, hanya menggunakan perkhidmatan Roro sahaja. Dengan bayaran yang agak mahal serta enjin yang lama menyebabkan masa perjalanan itu agak panjang. Punyalah jemu di atas feri tu. Dan apabila aku dapat tukar ke tanah besar, barulah auto express ini beroperasi, dan roro juga telah tukar enjinnya yang "cc"nya lebih besar.
Roro pada ketika dulu hanya menggunakan walk in sahaja. Sehingga kenallah dengan brader dan juga akak di kaunter Kuala Perlis tu. Sampai dia bagi free saja untuk passangger...huhu. Dan sekarang, saja aku nak merasa pula dengan Auto Express nie. Cara aku booking, saksikan gambar di bawah:-
|
- pilih lokasi dari mana ke mana - |
|
- tarikhnya, dan disini aku ambil sehala saja - |
|
- cc kereta untuk harga tiketnya - |
|
- masukkan berapa orang di dalam kereta, dan klik continue - |
|
- dan pilihlah samada flexi atau standart, standart mahal sikit dan mungkin tempat duduknya sedap - |
|
- masukkan maklumat kereta, boleh ambil dari geran untuk senang proses - |
|
- lagi maklumat - |
|
- tick untuk setuju dengan syaratnya dan klik complete booking - |
|
- boleh pilih bayaran yang macam mana, bagi kes aku, aku pilih maybank2u, dan klik proced - |
|
- lepas klik akan naik pop-ups, tekan link pada arah anak panah itu, dan akan naik sign up untuk maybank2u, dan terus pembayaran - |
|
- bila dah bayar, tunggu sekejap akan timbul ini, di your booking, dan print this page - |
|
- dan ini tiketnya, print, simpan dan tunjukkan pada anak kapal sebelum masuk - |
|
- dan ini email yang diterima - |
Bila dah settle bab booking di internet, tiba masanya untuk check in di kaunter Pejabat Langkawi Auto Express di Langkawi.
|
- di ruang pejabat, pastikan tunjuk e-tiket yang print semasa booking - |
|
- akan dapat pass plastik ni dan serah pada brader pakai baju biru tu - |
|
- dari jalan darat menuju ke jalan laut - |
|
- sudah park - |
|
- tingkat atas sekali - |
Ok, selesai bab booking.
*Pengalaman sikit pertama kalinya naik Auto Express ni berbanding Roro Langkawi yang sudah 5,6 kali sudah merasa. Auto Express tiada ruang outdoor yang luas berbanding Roro. Roro indoor hanya di tingkat dua sahaja, dan kerusinya agak tegak dan kurang selesa. Tetapi di tingkat atas boleh berjalan ke sana ke mari dan ada tempat duduk kerana ruang yang begitu luas dan boleh tengok permandangan.
Auto Express kerusi indoor hanya buka di tingkat atas sekali saja, manakala tingkat tengah ditutup. Mungkin orang tak begitu ramai. Kerusi sedap diduduk dan ada ruang meja senang untuk bermakan-makan. Dan rasanya lebih luas dan lebih besar dari Roro.
Kelajuan, dulu naik Roro masih menggunakan enjin lama, sangat jemu kerana perjalanan mengambil masa 2 jam 30 minit sehingga 3 jam. Dan sekarang mungkin perjalanan lebih singkat kerana kata kapten roro, enjin lebih besar akan ditukar. Aku belum merasainya.
Manakala Auto Express pengalaman kelmarin, mengambil masa 2 jam walaupun diwar-warkan hanya 1jam setengah saja. Bertolak dari jam 2.00 petang dan tiba di Kuala Perlis jam 4.00 petang. Kalau ditanya yang mana lebih ok, Roro nampak lebih lama manakala auto express nampak baru. Kedua-duanya ok, kedua-duanya ada kelebihan dan ada kekurangan. Pilihan ditangan kita semua. Itulah sedikit sebanyak boleh dikongsi. Semoga bermanfaat dan lebih menikmati kehidupan.
Sekian
0 comments:
Post a Comment