Assalam
Sedia maklum semua orang tahu bahawa emas ni harganya sentiasa meningkat. Cuma jarang-jarang sekali dengar harga emas turun. Dan kalau dia turun pun, sekejap saja, kemudian naik mencanak balik. Dan semua orang tahu emas ni sangat bernilai terutamanya bagi perhiasan wanita. So, laki nie jarang-jarang sekali nak jumpa dengan emas. Sebab apa, haram hukumnya bagi lelaki untuk memakai emas. Itu adalah bab perhiasan.
Bagaimana orang yang melabur dalam emas ini boleh mendapatkan wang. Ada caranya tetapi aku tidak tahu ketika itu. Macam kes aku, mahu mendapatkan emas dan tahu harganya akan meningkat. Tetapi tak tahu bagaimana caranya. Ini adalah pengalaman aku sebelum nak mengenali emas. Ilmu emas sangat penting dan ilmu jugalah membawa kepada kesedaran kepada emas. Emas mana yang baik untuk dijadikan pelaburan dan emas mana yang tidak sesuai untuk dijadikan pelaburan.
Dan sebelum nak mengenali, pertama sekali terfikir harga emas adalah mahal. Dan bila hendak bermula membeli emas. Kemudian tempat yang nak beli dan emas bentuk bagaimana. Inilah persoalan-persoalan yang timbul. Aku rasa bukan aku seorang saja yang berfikir begitu, pasti ramai orang di luar sana sama juga berpandangan sebegini. Di bawah adalah perceritaan aku sebelum mengenali emas.
Baik, pada tahun 2013, bermulanya aku dalam dunia kerjaya, telah diposting di Pulau Langkawi. Bertemu pula dengan kawan yang bekerja di Ar-rahnu Yapiem Langkawi. Aku bercerita tentang emas dan dia syorkan untuk aku beli emas perhiasan dan bagi adik beradik guna. Dan selepas itu, boleh gadai untuk dapatkan wang. Sebab di ar-rahnu yapiem hanya menerima emas perhiasan sahaja. Dan emas fizikal aku beranggapan, tiada jualan dan tak tahu nak cari di mana. Sebab itu aku fokus kepada emas perhiasan. Tapi aku tak beli emas lagi ketika itu.
Aku mula membaca dalam blog berkaitan ar-rahnu emas nie. Ada orang buat beli emas, gadai. Dapat duit dan guna duit itu beli emas yang kedua. Dan emas kedua itu turut digadai dan dapat duit, beli emas lagi. Begitulah berterusan. Kesudahannya, pastikan tebus semula dan dapatkan semula emas yang digadai itu. Aku mula bertanya pada member aku yang bekerja di ar-rahnu. Boleh nak buat macam tu, tapi katanya kalau harga naik, takda untung juga. Lebih kurang saja. Aku masih "blur" dan berhenti sekejap selepas itu.
Bila dah kerja dan nak kahwin. Bila nak kahwin mesti nak guna wang. Aku telah membuat pinjaman peribadi di bank. Dan belanja kahwin, bulan madu semua, ada baki sikit dan aku bercadang hendak beli emas perhiasan dekat bini aku. Dan aku telah membelinya emas gelang tangan di Sungai Petani, Kedah. Dan aku memberitahu kepada bini aku, sekiranya terdesak, emas ini boleh gadai sebentar.
-tukar kertas kepada logam emas - |
Dan aku stop berkaitan emas sehinggalah aku dapat tukar kerja di Kepala Batas, Pulau Pinang. Dan ketika itu ekonomi aku teruk kerana kewangan tak mencukupi. Aku bermula untuk mencari satu perniagaan ataupun satu pelaburan yang hanya sikit-sikit saja. Cukup sekadar boleh makan pun tak mengapa. Dan kepala aku ingat berkaitan emas kembali.
Aku kursus di ILIM, Bangi, duduk satu bilik dengan sorang member dari Grik. Dia dengan bisnes cukup pandai. Dia kata kalau berkaitan emas nie, hang beli waktu murah, hang jual balik pada waktu harga naik. Walaupun tak la untung sebesar mana, tapi dapat sikit pun dah ok. Itu kalau tempoh jangka masa yang tidaklah berapa panjang. Fuh, aku mula terfikir. Betul juga buat macam tu. Dia kata boleh join di group "Jom tanya emas" di facebook.
Bermulalah episod aku mencari kembali ilmu-ilmu berkaitan dengan emas. Dengan melayari blog-blog, laman web dan juga youtobe. Di youtube tak terlepas untuk mendengar ceramahnya berkaitan emas. Siapa lagi kalau bukan pakar dalam fiqh muamalat, Ustaz Zaharudin Abd Rahman. Dalam seminarnya, point yang aku betul-betul tertanam di kepala aku ialah, jangan beli emas perhiasan kerana tak sesuai untuk dijadikan pelaburan. Beli emas fizikal seperti jongkong, dinar ataupun syiling dan pastikan beli emas dapat emas. Itu adalah sah pembelian mengikut syarak.
Ohh....bersyukurlah aku. Ilmu ini amat penting. Mengapa baru sekarang baru aku mengetahuinya. Kadang terasa keluhnya dihatiku...huhu. Dan tanpa rasa jemu aku terus mencari di laman-laman internet. Mencari emas fizikal seperti jongkong ataupun dinar. Rasanya kalau nak cari emas fizikal memang susah nak ada di kedai emas. Aku pening kepala juga untuk mencari di mana ada jualan emas fizikal.
Sehinggalah satu ketika, aku terjumpa di laman web Public Gold (klik sini). Terdapat jualan emas fizikal seperti dinar dan juga jongkong. Cuma kalau nak beli perlu ada Interducer. Ah...sudah. Aku nak beli emas saja. Nak pula kena cari siapa orang Interducer. Aku cari di mana cawangannya dan aku terjumpa di Sungai Petani. Terus saja aku ke Sungai Petani.
- in the best - |
Sampai di sana, aku ingin membeli dirham dulu sebagai permulaan. Dan amoi di bahagian kaunter itu suruh kena bubuh juga Interducer. Aku pun tak tahu nak letak siapa kerana aku tiada kawan yang join Public Gold ini dan takda siapa yang cuba menerangkan aku berkaitan emas ini. Cari punya cari akhirnya aku letak orang kelantan juga. Setelah aku baca di blognya. Aku pun tak pasti Interducer ni boleh membantu aku ke tak sebab tak kenal. Aku pun tak tahu macam mana, dalam hatiku berdoa dan berserah sajalah. Rezeki mu ni aku jadi interducer mu. InsyaAllah, moga Allah membantu aku di masa hadapan.
Dan ketika itu bulan April 2015, buat pertama kalinya aku memegang 10 dirham. Entah nak cakap macam mana, aku rasa sedikit teruja kerana inilah wang yang sebenar digunakan untuk berurusan niaga sejak zaman Rasulullah. Dan telah diberhentikan sepenuhnya wang emas dan perak pada tahun 1971. Dan sejak itu aku bermula berkumpul sikit demi sedikit. Himpun satu gram ke satu gram, dinar ke satu dinar. InsyaAllah akan berterusan.
Dan pada 20hb Jun 2016, pembayaran dengan membeli emas sebanyak 55 gram, maka terlantiklah aku menjadi pengedar @ dealer emas yang sah. Alhamdulillah. Apa yang istimewa dengan dealer? Bila sudah menjadi dealer, maka pembelian emas untuk selanjutnya akan mendapat diskaun. Cara pengiraannya bukanlah membeli emas dengan diskaun, tetapi pembayarannya adalah komisyen kerana beli emas tetap sama dengan pelanggan yang lain. Dan komisyen tersebut akan masuk terus ke akaun kita setiap 20-23 haribulan.
- be dealer with special approve - |
Penerangan tentang dealer pasti ada entry yang lain kerana panjang lebar nak diceritanya. Namun sekarang aku sangat bersyukur dan ingin sekali aktif dalam perniagaan penjualan emas, dan tidak lupa juga untuk kongsi ilmu-ilmu emas. Ilmu adalah sangat penting untuk kita menguruskan kewangan kita. Kita tidaklah sepatutnya untuk miskin sepanjang hayat. Berusaha untuk mengkayakan diri supaya kita boleh berbakti kepada masyarakat dan juga membantu ekonomi orang Islam sendiri.
Bagi aku emas yang terbaik adalah emas dari Public Gold. Kerana emas yang sangat berkualiti dan dikecualikan dari GST. Ada muziumnya tersendiri dan setiap negeri ada cawangannya. Untuk pertama kali membeli, mesti ada Interducer. Dan jangan kekok pasal interducer, letak saja interducer saya iaitu:
PG00055464
Mohd Hazwan bin Ismail
Bila dah letak interducer dan beli emas, wasap atau mesej saya untuk saya ketahui. InsyaAllah, saya akan menghubungi atau membimbing supaya kita tidak rugi dan sentiasa untuk emas ciptaan Tuhan yang sentiasa mengawal ekonomi.
Jika ada apa-apa persoalan atau maklumat lanjut, boleh menghubungi sini (klik sini). InsyaAllah, kesedaran emas sangat penting kerana emas adalah wang transaksi yang sebenar.
Sekian
Halo semuanya
ReplyDeleteSaya MRS GRACE MORGAN.
Anda memiliki pinjaman mendesak?
Apakah Anda perlu sebuah proyek pinjaman?
Membeli rumah atau mobil?
Untuk membayar utang?
"Pinjaman Investasi" penawaran
Anda memiliki kesulitan keuangan?
Anda telah ditolak oleh bank dan ditipu oleh penipu?
Kami menawarkan pinjaman pada tingkat bunga 2%.
kami di sini untuk membuat masalah Anda sesuatu dari masa lalu !!
Silahkan email kami sekaligus, kami menjamin pengobatan segera
Dalam waktu 24 jam tanpa biaya atau biaya dari perusahaan kami.
Hubungi: Gracemorganloancompany@gmail.com
Terima kasih telah memilih kami.
Investasi emas memang sangat menguntungkan ...
ReplyDeletesalam
Tangki Fiber
Jual Septic Tank
Tangki Kimia
Jual Talang Fiber
Jual Rotameter
Tangki Panel
jual mesin ro