Assalam
- dari AOR ke KUL - |
Perkongsian pada hari ini adalah dari KLIA2 menuju ke Nilai dengan menaiki bas. Aku terpaksa ke UKM untuk mengambil jubah kerana Alhamdulillah, berjaya dengan jayanya menghabiskan pengajian Diploma Lanjutan Lepasan Ijazah setelah bertarung selama dua tahun.
Sebelum ini kalau ke UKM, aku akan menaiki kereta saja. Dan kalau naik flight pun, ada saja member-member tolong ambilkan. Tapi memandangkan aku pergi hendak berurusan pada ketika itu masing-masing ada hal, maka bergeraklah aku bersendirian. Ini adalah cara yang paling bajet. Maksudnya disini tidak menggunakan teksi, kerana rata-rata teksi akan mengenakan caj yang agak mahal. Juga dengan ERL. Caj yang agak mahal menuju ke Bandar Tasik Selatan, sebelum bertukar tren Komuter untuk menuju ke UKM. Terasa seperti patah balik pula.
- menikmati penerbangan - |
- terus menuju ke stesen bas KLIA2 - |
Tiba saja di KLIA2, aku terus menuju ke tingkat bawah sekali. Bahagian stesen bas. Kelihatan deretan bas tengah parking. Terasa tidak seperti sibuk. Untuk menuju ke Nilai, pastikan menuju ke platform B10. Bas yang tertulis Airport Liner myBAS. Waktu ketika itu jam 10 pagi kelihatan bas sudah ada, tapi pintu bas masih belum dibuka. Tepat jam 10.20, pintu bas dibuka dan jam 10.30 pagi, bas terus bergerak.
Tiket untuk ke Nilai terus berurusan di dalam bas. Duit akan serah kepada driver bas sendiri, dan resit pembayaran akan terus diberi. Harga bas dari KLIA2 menuju ke Nilai Sentral adalah berjumlah RM4.50. Bas akan melalui ke KLIA, Salak Tinggi, Cempaka, Nilai Collage dan terus ke Nilai. Bas henti-henti kadang orang turun tengah jalan dan kadang orang naik di tengah jalan.
- pastikan bas Airport Liner - |
- platform paling hujung, B10 - |
- harga tiket - |
- stesen komuter Nilai - |
Dalam masa 45 minit, sampai di Nilai Sentral. Nilai Sentral stesen bas tersebut bersebelahan dengan stesen Komuter. Aku terus menaiki tren menuju ke UKM melalui 3 stesen iaitu Batang Benar, Bangi dan UKM.
Selesai berurusan di UKM, dari stesen UKM menuju ke Nilai. Dan tiba di stesen Nilai, bas untuk ke KLIA2 pun sudah kelihatan. Untuk tempoh perjalanan menuju ke KLIA2 ketika itu mengambil masa hampir sejam kerana banyak kereta, gara-gara ada Moto GP ketika itu. Dan bas berhenti di platform B10 juga. Alhamdulillah.
- sedang berurusan di UKM - |
- stesen bas Nilai (Nilai Sentral) - |
Begitulah serba sedikit ringkas menaiki bas dari KLIA2 menuju ke Nilai. Antara stesen komuter yang paling terdekat. Untuk menaiki bas ni adalah bagi yang mempunyai bajet seperti aku. Dan bas pun seperti biasa nyot nyet nyot nyet. Naik ERL sedap sikit tapi bayarannya pun agak sedap.
Sekian
0 comments:
Post a Comment