Assalam
Kejadian berlaku di awal minggu hari tu. Sebabnya adalah untuk memindahkan wang sejumlah yang agak tidaklah sebeberapa besar. Hanya 5 angka saja, namun bermain difikiran aku apabila inilah kali pertama dalam hidup mengalaminya.
Transaksi pindah wang melalui online maksimum adalah RM30,000 mana-mana bank. Aku pernah naikkan limit transaksi di Bank Rakyat, paling maksimum RM30,000. Juga di Maybank, pun sama. Manakala di ATM pula maksimum bagi Maybank adalah RM5000. Hanya setting di mesin ATM saja dan memasukkan nombor i.c sebagai pengesahan.
Setibanya aku di kaunter Maybank, aku telah memberi satu borang yang ditulis untuk transfer ke Public Gold Marketing Sdn. Bhd. dengan bayaran sebanyak RM30,132. Sedia maklum jika hendak transfer melalui online, maksimum untuk sehari adalah RM30000. Tetapi memandangkan ada baki RM132, terpaksa menggunakan secara manual supaya tidak menjadikan dua resit. Kerana aku ingin satu resit sahaja untuk pembayaran.
- resit pembayaran - |
Duit RM30k sudah ada didalam akaun Maybank aku sendiri. Dan baki RM132 ada di poket. Tujuan aku ke kaunter untuk memindahkan wang dari Maybank aku ke Maybank Public Gold. Selepas itu kerani bank berkata, untuk pindahan hanya boleh RM25k sahaja, kerana bukan daftar akaun di situ. Aku daftar akaun di Maybank cawangan Bandar Baru Bangi. Jika di tempat pendaftaran akaun, baru boleh pindah RM30k. "Eh, macam tu pula". Hati mula berkata.
Dan baki lagi RM5,132 kena bagi melalui tangan. Dan dia suruh aku keluarkan duit RM5k itu di mesin ATM. Had pengeluaran aku di mesin ATM sedia ada adalah RM3k. Dan aku telah menukarkannya di mesin ATM juga sebanyak maksimum RM5k. Sekali pengeluaran adalah sebanyak RM1,500. Terpaksalah aku keluarkan RM1,500 itu sebanyak 3 kali dan RM500 sekali. Sebanyak RM5,132 aku beri secara tunai dan RM25k transfer melalui akaun ke pihak Public Gold.
- ingat takmau pegang duit, kena keluarkan juga RM5k - |
Apa yang aku simpulkan disini, sangat ketara kelemahan perbankan. Yang pertama duit kita sendiri, mengapa perlu ada had pengeluaran sedangkan itu semua duit kita dan bukannya duit orang lain pun. Dan yang kedua, mengapa pula tak boleh pindah kesemua RM30k tersebut ke Maybank akaun lain. Padahal bank yang sama. Bukannya bank lain pun. Dan aku ingatkan jika bank yang sama tidak punyai masalah, rupanya bermasalah juga.
Kelemahan perbankan cukup ketara. Sudahlah wang kertas itu dicetak sesuka hati, inflasi lagi, dan had pengeluaran duit pun nak ditetapkan. Yang bermasalah lagi, ada ke patut kerani boleh tanya mengapa ingin keluarkan duit yang banyak. Eh, suka hatilah itu duit kita. Mengapa perlu tanya soalan begitu. Dan bukannya kita merompak wang bank pun.
Itulah perbankan yang ditetapkan oleh Bank Negara Malaysia. Dan Bank Negara Malaysia pun berpandu kepada Amerika. Dan Amerika semestinya dikawal oleh puak yahudi. Masukkan nombor akaun sahaja dah boleh trace berapa banyak duit kita di dalam bank.
Itulah sepatutnya kita mesti simpan emas. Kerana emas kekalkan pembelian, wang sebenar, tak boleh trace, tak boleh rosak, kalis inflasi, dan ianya kekal selama-lamanya.
- indahnya emas dan perak didunia sehinggalah di syurga - |
Simpanlah emas. Kelak duit wang fiat akan hancur juga. Hanya menanti masa untuk binasa.
Pengalaman yang boleh kongsikan kepada semua orang.
Anda mahu emas untuk disimpan, boleh hubungi 013-3205313 (klik maklumat lanjut).
Sekian,
Wassalam
0 comments:
Post a Comment