Assalam
- kaunter Imigresen UTC- |
Perceritaan pada hari ini berkenaan dengan cara-cara nak apply passport berkumpulan. Bagi yang jarang-jarang nak makan angin di luar negara, bajet serta ramai kawan-kawan yang join, passport berkumpulan adalah yang terbaik. Tidak perlu nak buat passport antarabangsa yang memakan kos RM200 selama 5 tahun. Nak guna border pass pun tak lepas kalau nak melancong melebihi sempadan 5 wilayah, iaitu Songkhla, Satun, Pattani, Yala dan Naratiwath.
Pengalaman aku buat pertama kali menggunakan passport berkumpulan ini bersama-sama dengan family sebelah aku. Campur semua adik, mak, ayah, anak, anak menakan dan menantu berjumlah 15 orang. 11 orang dewasa, seorang kanak-kanak 3 tahun dan juga 3 orang beby.
Antara kelebihan passport berkumpulan:-
1) Jimat. Minimum 5 orang dan maksimum 20 orang. Jika ada rakan atau kumpulan seramai 10 orang, boleh kongsi seorang RM20 kerana passport berkumpulan ini hanya berjumlah RM200.
Kekurangan:-
1) Hanya boleh guna sekali trip sahaja. Jika ke Thailand, balik Malaysia dan passport dah tak boleh guna lagi.
2) Semua negara Asean kecuali Indonesia dan Filiphina.
3) Tempoh bagi passport ini adalah selama 9 bulan.
Pertama sekali ambil borang di Pejabat Imigresen di mana-mana cawangan. Berdekatan di tempat aku adalah di UTC Sungai Petani. Lantik seorang ketua dan perlu diisi setiap orang di dalam borang tersebut. Bagi yang ketua, maklumat peribadi agak details berbanding yang lain. Gambar berukuran passport. Jika latar belakang seorang berwarna biru, maka semua mesti berwarna biru. Jika putih, semua wajib berwarna putih.
- ketua sedang berurusan - |
Bagi yang berurusan di UTC, untuk passport berkumpulan ini, hanya beroperasi waktu pejabat saja. Jika di Kedah waktu pejabat:
Ahad - Rabu: 8.00 pagi sehingga 5.00 petang.
Khamis ; 8.00 pagi sehingga 3.30 petang
Bagi border pass dan juga passport, beroperasi sehingga malam bagi yang menggunakan perkhidmatan di UTC.
Apabila hendak menyerahkan borang tersebut, semua peserta wajib hadir sekali. Ketua akan menyerahkan borang kepada kaunter. Dan diukur ketinggian serta cop ibu jari di sebelah kiri. Selepas ketua, diikuti oleh semua ahli. Kanak-kanak dua tahun ke atas dikenakan cop jari, bagi yang dua tahun bawah, sekadar diukur ketinggian sahaja.
Selepas 5 hari, barulah passport berkenaan siap. Dan Ketua Kumpulan boleh collect. Bagi yang buat di UTC, boleh ambil pada waktu malam. Dan di cawangan Imigresen yang lain, boleh ambil waktu pejabat.
- siap 5 hari dan berwarna hijau - |
Maka sekarang, menantilah detik-detik untuk percutian. Percutian pada kali ini dan juga tahun ini bersama family aku adalah di Krabi yang menggunakan pakej Kaki-kaki Travel. (klik sini). Dan bagi sesiapa yang mahu menggunakan pakej tersebut, boleh saja menghubungi di talian 013-3205313. InsyaAllah, akan memenuhi kehendak. 😊
Sekian
0 comments:
Post a Comment