Assalam
HARI PERTAMA
- masjid ao nang, krabi - |
Travel pada kali ini aku menggunakan perkhidmatan Kaki-kaki Travel yang bertempat pejabat di Lunas, Kedah. Bayaran untuk sekepala dikenakan sebanyak RM339. Bagi aku ianya sangat berbaloi. Dari segi transport, penginapan, pakej 4 island, tour guide dan suggest tempat-tempat yang menarik. Thumbs up.
Pada hari pertama aku dan sekeluarga menunggu di Firatel Hotel, Dan Nok. Memandangkan kami sengaja masuk awal untuk mengelakkan kesesakkan di Imigresen Thailand. Aktiviti sebenar dalam tentatif adalah menunggu di Zon Bebas Cukai, dan van akan mengambil peserta disitu.
- van 15 seat - |
Perjalanan menuju ke Krabi. Untuk tentatif pertama di Trang Andaman Gateway. Disitu terdapat taman yang cantik serta patung gajah yang besar. Sesuai untuk bergambar. Sewaktu kami pergi ketika itu hujan lebat. Disitu juga terdapat toilet. Kami berhenti seketika untuk berehat dan masing-masing ke toilet.
Seterusnya, selang beberapa kilometer sahaja, destinasi kedua adalah makan tengahhari dan solat di Cake Khanitta Trang. Nasi dengan lauknya sedap. Juga ada Mee Celup yang tidak mengecewakan. Terdapat juga kedai jual kek-kek yang pelbagai rasa. Semua pekerja adalah Muslim dan boleh berbahasa Melayu.
- peta Trang - |
- lauk menu nasi - |
- menu mee celup - |
Destinasi seterusnya di Le Khao Kob Cave, masih di wilayah Trang. Pengalaman menaiki sampan melalui gua yang begitu rendah hingga hanya sipi-sipi sahaja untuk kena di pipi setelah baring paling rendah. Terasa ketakutan yang dialami seakan-akan dunia begitu sempit. Bayaran 100bath @ RM10 amat berbaloi. Cubalah merasainya kerana pengalaman ini sukar ada.
- pintu masuk - |
- bermulanya perjalanan - |
- jaga kepala - |
- masuk didalam gua - |
- perjananan mencabar sudah bermula - |
Perjalanan diteruskan menuju ke Krabi. Sehingga jam 6 petang, tibalah kami di Hotel Doungta Anda, Krabi. Bertempat pinggir town. Bilik yang begitu besar dan 90% hampir siap. Tapi sayangnya ketika kami pergi, kolam yang sedang dibina masih belum siap. Tetapi dari segi fasilitis, amat berpuas hati.
Selepas Maghrib, kami meneruskan aktiviti ke Ao Nang. Makan dan membeli belah sedikit kawasan disitu. Tour Guide membawa kami di satu tempat untuk membeli belah. Tertanya di kedai itu sangat murah dan kami berpuas hati. Alhamdulillah.
- hotel Doungta Anda - |
- bilik yang besar untuk dua orang - |
- makan malam di Ao Nang - |
- tom yam terbaik - |
HARI KEDUA
Hari Kedua diteruskan lagi. Kami mula bergerak menuju ke jeti Ao Nammed pada jam lebih kurang 8.30 pagi. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 15 - 20 minit. Sampai saja disana, tour guide membuat pendaftaran untuk pakej 4 island. Disitu juga tempat mengambil goggle. Dan bot yang kami naik adalah bot yang kemas sikit dari long tail. Tidaklah bunyi bising sangat dan hanya kami sekeluarga saja tidak bercampur dengan mana-mana group.
Sebelum tu, bayaran Marine Park dibayar melalui kaunter sebelum bergerak menaiki bot.
- tiba di jeti - |
- kami menuju ke lokasi bot - |
- itu dia bot Mariam Tour - |
4 pulau yang kami lawati serta bermandi manda, adalah:-
1-Pulau Tup
- Tup Island - |
- jalan dari pulau ke pulau - |
- teruja melihat ikan-ikan - |
2- Pulau Chicken
- kepala ayam kelihatan - |
3- Pulau Poda
- poda island - |
- makan tengahari - |
- bergembira - |
4- Pulau Phranang.
Pulau Phranang kami memilih untuk berlalu sahaja kerana kami banyak bermandi dan mengambil masa yang banyak di Pulau Poda. Seronok melihat gelagat anak dan juga anak menakan bermandi manda dengan airnya yang begitu jernih.
Makan tengahari disediakan dan makan di Pulau Poda. Sambil mandi, lapar dan terus makan. Kemudian mandi semula setelah diisi tenaga. Alhamdulillah.
Tepat jam 3 petang, kami mula pulang menuju ke tanah besar. Alhamdulillah. Segala aktiviti berjalan dengan lancar jayanya.
Sampai di tanah besar, tut tut menghantar kami menuju ke hotel penginapan kami.
Aktiviti seterusnya pada waktu petang, sepatutnya ada lawatan ke 7 heaven. Kami bercadang untuk tidak melawatinya. Kerana adalah bayaran, dan keletihan yang dialami. Kami mahu mengambil waktu malam untuk ke Krabi town night market.
Pada jam 8 malam, kami dibawa ke night market Krabi Town. Agak besar juga marketnya tapi banyak benda yang sama saja. Tak banyak pilihan nak beli, hanya beli baju seluar sahaja. Masa yang diberi hanya sejam, kemudian singgah untuk makan malam di restoran, seterusnya pulang ke hotel.
HARI KETIGA
Jam 9 pagi masing-masing sudah bersedia untuk pulang ke Malaysia. Destinasi pertama adalah bergambar dengan replika ketam untuk kenang-kenangan.
Untuk tentatif sebenar adalah, aktiviti menaiki gajah. Tapi kami skip untuk aktiviti tersebut kerana kos untuk menaiki gajah adalah 500 bath. Tapi sesiapa yang nak naik gajah, pastilah ianya berbaloi jika ini yang kali pertama merasainya.
Kami terus saja perjalanan menuju pulang ke Malaysia. Pada jam 6 petang lebih kurang, kami tiba di Dannok. Alhamdulillah. Semua destinasi adalah yang dirancang. Penat dan sungguh seronok.
Tour Guide yang bernama Helmi banyak memberi tunjuk jalan serta bimbingan didalam setiap perjalanan. Tak lupa juga kepada Diver dari Pattani iaitu Abe Lah, membawa van dengan cermat dan banyak membantu dalam komunikasi.
- trade mark Krabi - |
Sesiapa yang inginkan pakej ke Krabi, boleh hubungi saya Hazwan, agen Kaki-kaki Travel ditalian 013-3205313 untuk mengenakan pakej yang ditawarkan. Klik pada nombor telefon tersebut untuk mengetahui harga-harga.
Ternyata dengan pakej ini, ianya sungguh berbaloi.
Sekian
0 comments:
Post a Comment