Assalam,
Alhamdulillah, selesai sudah pengajian MA selama 2 tahun 3 bulan penulisan tesis setelah selesainya viva dan juga pembetulan secara minor. MA yang aku pilih adalah mod penyelidikan. Dan dianugerahkan kelulusan senat pada bulan 3/2021 iaitu selepas 3 bulan penyerahan tesis kepada penyelia.
- setelah pendaftaran di sekolah pengajianku - |
- defend proposal - |
Sebenarnya, tiada perkara baru yang hendak diluahkan disini. Cuma pembelajaran dari segi cabarannya ialah kos kewangan, kekangan masa bersama keluarga dan juga kekangan masa dengan kerjaya. Sudah pastilah jika sambung belajar, kos kena sediakan. Dalam masa yang sama, aku juga bekerja. Alhamdulillah, setiap masa yang terluang, aku manfaatkan. Ini kerana setelah aku selesaikan bab bekerja, aku cuba curi-curi untuk menulis tesis pula. Kemudian, aku sambung pula menulis di hostel kerana aku apply hostel.
Aku menjadi mudah untuk menyelesaikannya. Aku tidak mengambil cuti untuk belajar walaupun aku ambil mod pengajian secara sepenuh masa. Alhamdulillah, ia tidak menganggu setiap urusanku. Walaupun kadang belajar sambil bekerja memang membebankan, tapi ia satu anugerah. Ini kerana bekerja saat aku menulis boleh mendatang idea secara tidak langsung. Oleh itu, dengan mudahnya aku boleh menulis berdasarkan kajian yang boleh dikaitkan antara pekerjaan secara praktikal dan juga teori untuk aku aplikasi dalam tesis.
- sedang menulis di hostel - |
- bersama member senior - |
- menghadiri conference - |
Pengalaman menulis yang paling diberi perhatian dan penting perlu dijaga untuk ketahanan diri adalah mental. Setelah berhempas pulas menulis sehingga selesainya satu-satu bab, kita rasa macam dan sempurna setelah letihnya otak-otak berfikir, korek perenggan, diolah, dianalisis, bersertakan contoh-contoh, tetapi ditolak mentah-mentah setelah disemak oleh penyellia. Kali pertama aku kena, 'down' selama sebulan dengan tidak pegang langsung draf bab untuk pembetulan. Tapi lama kelamaan, ia menjadi satu kebiasaan. Dan lama kelamaan juga, aku menulis, tiada pembetulan. Kadang kala, aku berasa janggal pula kerana aku menulis tiada correction setelah disemak.
Selesai bab menulis draf tesis, namun cabaran seterusnya adalah bahagian pentadbiran. Banyak yang terlepas pandang sebab perkara ini adalah pertama kali. Dan perlu dilakukan seorang-seorang. Bila tanya senior, banyak perubahan berlaku dalam pentadbiran. Ialah, zaman dia hal-hal pentadbiran dilakukan sebelum pelaksanaan PKP, bila berlakunya PKP, banyak perkara yang digunakan secara online. Rupanya bermula tahun 2017 jika tak silap, setiap student perlu terbitkan satu jurnal sebagai syarat untuk graduat. Aku baru tau dan barulah kalut nak buat paper. So, surat untuk aku serah pada bahagian pentadbiran untuk viva, terpaksa hold dulu. Rupanya tak perlu pun tunggu untuk terbit, boleh saja submit borang viva pada bahagian pentadbiran. Disitu aku dah rugi 4 ke 5 bulan macam tu.
Jika hendak menulis pengalaman sepanjang tempoh pengajian MA, memang panjang. Namun, pengajian ini tidak setakat disini saja kerana setelah selesainya MA, dan dapat surat dari senat, aku terus sambung belajar ke tahap Ph.D pula. Kajian pula adalah kesinambungan dari kajian MA dulu. Dan diharapkan kajian-kajian tersebut menjadi impak yang besar kepada masyarakat. InsyaAllah.
- persediaan untuk viva - |
- sedang berlangsung viva secara maya - |
- alhamdulillah, penyerahan tesis akhir tahun 2020 - |
Sekian 😊
0 comments:
Post a Comment