Assalam,
Alhamdulillah. Kes jangkitan covid-19 semakin menurun dan menunjukkan pergerakan bebas tanpa sekatan yang membolehkan pertumbuhan ekonomi semula. Walau bagaimanapun, tetap kepada peraturan norma baharu dimana SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan perlu diikuti untuk sekurang-kurangnya mengelak dari jangkitan terus merebak.
|
- dalam dewan - |
|
- lapor diri, susun kerusi -
|
|
- taklimat dan doa tiap hari sebelum bermula - |
|
- sambil pantau sambil menulis - |
|
- ambil angin diluar - |
Pada awal bulan Ogos 2021 yang lalu, aku telah menerima arahan bertulis dari JPA untuk bertugas sementara sebagai penyelaras di PPV. Pihak SUK telah bertanggungjawab untuk memberi lokasi PPV kepada staf yang berhampiran dengan kediaman. Aku ditempatkan di Dewan Milenium, Kepala Batas.
Bertugas sebagai penyelaras seperti yang diketahui adalah memantau dewan tersebut dan juga aset-aset yang diguna oleh KKM. Laptop, khemah tempat menunggu, kerusi, makanan adalah peruntukan dari Pejabat Daerah. Sekiranya terdapat kerusi yang tidak cukup, lampu terpadam, ekon tidak berfungsi, maka tindakan penyelaras adalah untuk memastikan semua kelengkapan atau kemudahan dapat diguna sebaiknya.
Arahan dari JPA yang merupakan arahan penting kerana JPA adalah jabatan kerajaan yang tertinggi. Oleh itu, tidak dapat tidak terpaksa juga untuk menerima bertugas walaupun pada awalnya tidak bersetuju. Ini kerana masih terdapat kerja hakiki yang perlu diselesaikan. Bila berkhidmat di PPV, maka kerja hakiki terpaksa ditangguh dan tergendala. Dan bekerja di PPV juga, pemantauan perlu dilakukan setiap masa. Walau bagaimanapun, masih terdapat masa yang terluang.
Masa yang terluang dapat dimanfaatkan jika dilihat dari sudut positifnya, Alhamdulillah, aku berjaya menyelesaikan tugasan tesis draf bab 3 dalam pengajianku. Setelah draf bab 3 siap dan submit pada penyelia, aku menyambung lagi untuk menulis paper untuk diterbitkan di jurnal. Kajian yang aku lakukan adalah "Aplikasi Kaedah Fiqhiyyah Dalam Pemberian Vaksin Covid-19: Tinjauan Mengikut Kefahaman Masyarakat." Cetusan idea yang membolehkan kajian ini dilakukan adalah kerana banyak input-input yang diperoleh setelah bersembang dengan doktor-doktor, jururawat-jururawat serta kakitangan pentadbiran khususnya dalam sistem MySejahtera. Secara tidak langsung, bahan-bahan yang diperoleh dapat diaplikasikan untuk menulis bagi menambah ilmu pengetahuan dari pengalaman-pengalaman yang dialami.
|
- bersama M.A - |
|
- kaunter pertama untuk pendaftaran - |
|
- full - |
|
- busking - |
|
- bersama team penyelaras - |
|
- penyediaan laporan setiap hari - |
|
- masked rider :-D - |
Setiap hari, laporan perlu disediakan oleh doktor-doktor yang perlu hantar kepada KKM, kami sendiri sebagai penyelaras juga perlu menyediakan laporan untuk dihantar kepada MOSTI dan APM juga bertanggungjawab untuk menyediakan laporan dan diserahkan kepada Ketua Pengarah APM.
Dan yang terakhir, CITF telah bermesyuarat bahawa penutupan berperingkat bermula dari 9/10/2021. Walau bagaimanapun, KKM telah memohon untuk dilanjutkan sehingga 31/10/2021 untuk memberi vaksin kepada remaja sekolah. Alhamdulillah, kini penerima vaksin telah mencapai lebih dari 95% dan menunjukkan hanya segelintir kecil sahaja yang menolak vaksin. Pengalaman yang sukar dicari kerana pandemik akan berlaku 100 tahun sekali. Moga kita dijauhkan dari mala petaka.
|
- hari terakhir, kerusi tinggal sedikit - |
|
- dewan milenium - |
Sekian,
0 comments:
Post a Comment