منڧعتكن علمو اڤا يڠ كامو كتاهٶي

Lawatan Kerja ke Pulau Tuba, Langkawi

Salam sejahtera,

Alhamdulillah, bersyukur kepada Ilahi kerana diberi kekuatan olehNya supaya kita lebih beribadat kepadaNya walau dimana kita berada.

Setiap minggu diberi tugas masing-masing untuk mengendalikan ceramah undang-undang Klinik Bantuan Guaman 1Malaysia (KBG1M) dari segi sivil mahupun syariah untuk memberi penerangan dan hak-hak berkaitan pertikaian supaya mereka itu lebih mengetahui dan seterusnya dapat menyelesaikan masalah yang berbangkit.

Pada kali ini, aku bersama Penolong Pengarah Negeri Kedah, Jabatan Bantuan Guaman dan Pembantu undang-undang ke Pulau Tuba untuk memberi ceramah disana. Pulau Tuba penduduk dalam linkungan 4 ke 5 ribu orang bercampur dengan selat di Pulau Dayang Bunting. Sememangnya tersangat kampung dan tiada pembangunan. Hanya sekolah-sekolah yang dikatakan pembangunan yang tinggi. Kedai makan hanya satu sahaja yang hidup, yang lain semua dah mati. Ini kerana tiada pembangunan ekonomi kerana rata-rata penduduknya bekerja di Langkawi.

Seawal jam 6.30 pagi aku telah bersiap kerana pukul 7 pagi aku nak kena ada di jeti. Sebabnya boleh join naik sekali dengan cikgu-cikgu yang sering berulang alik. Jika perkongsian itu, dapat membayar di bot tersebut sebanyak RM5. Jika tidak, terpaksa menunggu sehingga 10 orang. Jika tak dapat juga untuk tunggu lebih lama, terpaksa bayar RM60. Harga asal RM50, harga dah naik sebab minyak dah naik.

- seawal pagi dari Sg Menghulu ke Jeti Kuah -

- park moto dulu -

- itu dia jeti dan bot yang kami akan naik -

- mula turun ke jeti -

Kami menunggu bos yang agak kelewatan sikit disebabkan urusan dengan anak-anaknya. Kami terpaksa sewa bot secara persendirian kerana bos kata boleh claim kat jabatan. Dalam jam 8 pagi, kami mula naik bot. Perjalanan dari Kuah ke Tuba mengambil masa 15 minit. Sakit buntut sebab air laut beralun dan hentakannya cukup kuat. Sudah la tempat duduknya keras, takda span.

- dah mula gerak -

- ciptaan Kau tiada siapa yang boleh buat... ya Allah -

Setibanya di Pulau Tuba, kami menaiki van untuk ke dewan orang ramai. Lebih kurang 10 minit sahaja perjalanannya. Hanya kelihatan van sahaja dan tiada langsung kereta berlalu lalang. Sesungguhnya aku tak dapat nak hidup disitu.

- dah sampai jeti Pulau Tuba -

- deretan park moto, van sebelah tu yang kami naik -

- Penolong Pegawai Syariah, Penolong Pengarah dan Pembantu Undang-undang -

- jalan raya di Pulau Tuba -

Di dewan orang ramai, tepat jam 9.30 pagi, aku dan Penolong Pengarah mula ceramah berkaitan undang-undang. Aku memulakan ceramah dalam sessi pengenalan jabatan kami. Kemudian disoal pula berkaitan hal-hal syariah. Kemudian dalam bab tanah kebanyakannya, dijawab oleh Penolong Pengarah.

Pelbagai masalah yang dibangkitkan. Isu Keda majoritinya. Pada asalnya tanah tersebut dihidupkan oleh penduduk kampung dari segi pertanian dan penternakan. Kemudian kerajaan ambil untuk dirikan Keda. Segala bentuk pampasan, serta geran, tidak diberikan oleh penduduk disitu. Itu menyebabkan terkilan terhadap pengusaha-pengusaha disitu. Kata Penolong Pengarah, ianya mungkin silap dari segi pentadbiran. Jkkk situ harus memainkan peranan untuk menulis surat kepada Pejabat Tanah di peringkat daerah, dan sk. kepada Kerajaan Negeri dan sk. lagi kepada Kerajaan Persekutuan. Kerana jika perkara ini dibawa ke mahkamah, gerenti perkara ini tidak akan menang kerana tiada cetakan hitam putih.

- dah sampai -

- bersama menjalankan tugas dan berkhidmat kepada masyarakat -

Dalam bab segi ekonomi pula, Jkkk juga kena mainkan peranan. Anak muda khususnya, perlu menjalankan aktiviti-aktiviti yang berfaedah agar dapat menjalankan komuniti kemasyarakatan yang aktif. Jika adanya aktiviti dijalankan sebulan sekali contohnya, maka akan ada gerai-gerai dibuka, dan ini akan membangkitkan ekonomi supaya orang dari tanah besar atau Langkawi, akan datang ke Pulau Tuba.

Sekiranya pembangunan ekonomi tersebut berkembang, kemungkinan besar, kerajaan akan membina sebuah jambatan dari Tuba ke Langkawi. Tapi dalam dewan tadi, ada juga seperti orang tidak bersetuju dan hanya bersetuju kabel elektrik sahaja. Tetapi dia juga mempertikaikan kerana susahnya ada perkhidmatan seperti yang ada di Langkawi.

Pada pandangan aku, ada baiknya untuk adakan jambatan dari Tuba ke Langkawi. Ini secara tak langsung akan meningkatkan ekonomi. Dan segala aktiviti yang dijalankan di Tuba, akan merancakkan lagi kerana orang ramai dari Langkawi senang untuk berurusan disebabkan perjalanan yang mudah dan cepat menggunakan jalan darat.

Soal jawab tersebut habis dalam jam 11.15 pagi. Selesai itu, kami terus naik van, dan ke rumah Kak Ummu sebentar ambil pak dan mak mertuanya. Kemudian kami ke jeti dan terus ke jeti Langkawi. Sampai sahaja di jeti aku terus ke pejabat dan sampai dalam jam 12 tengahhari.

Begitulah sedikit sebanyak aku ke Pulau Tuba. Dalam menjalankan tugas untuk memberi penerangan undang-undang, kami juga mendapat sedikit pengetahuan di penduduk setempat. Walaupun mereka memberi penghargaan dari segi politik dengan sebanyak 95% kepada Barisan Nasional, tetapi jika dilihat perkara ini berlanjutan, tiada kesan terhadap persekitaran, amat malanglah bagi kawasan tersebut. Harap mereka yang berada disitu, bolehlah celik mata dari pandangan hati, sudah bertahun lamanya jika ini berterusan, PRU akan datang, bolehlah tukar kepada pemimpin lain yang lebih berkelayakan.

- di atas jeti Pulau Tuba, kelihatan bandar Kuah di sana -

- ambil resit dulu untuk claim sama itu kerajaan Malaysia -

- pulang sudah -

Sekian saja untuk ini, lain hari aku bercerita untuk perlancongan.

Wassalam.
Share on Google Plus

About Ben Ismail

Berkongsi pengalaman
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment