منڧعتكن علمو اڤا يڠ كامو كتاهٶي

Poligami (Kahwin Lebih Dari Seorang)

Salam sejahtera,

Ada dikalangan wanita sangat sensitif jika orang laki menggunakan perkataan 'madu'. Tak mustahillah apabila diketahui olehnya, pasti akan berlaku perang dunia di dalam rumah. Ada perempuan yang boleh menerima, dan secara majoritinya isteri tak akan menerima. Di dalam usia muda, wanita tidak mahu kongsi kasih dengan mana-mana perempuan. Kerana ianya mahu tumpu satu tempat sahaja.

Lain pula jika perempuan itu sudah berusia, kadang kala ianya tidak ambil kisah jika suaminya masih gatal dengan perempuan. Tetapi dengan bersyarat, pasti cukup atau lebih barang-barang di dapur dan keperluan isteri. Apabila isteri meminta wang sebanyak RM500, hulurlah RM1000. Supaya senang hatinya, dan kaum lelaki pun mesti diberi lesen untuk berkahwin satu lagi. Yang jadi masalah, bawang pun tak cukup nak beli, tapi ada hati nak kahwin lain, pasti akan berlaku 'world war 3'

Selalu yang datang untuk meminta 'nasihat guaman' dari aku, secara minoritinya golongan wanita yang suaminya berpoligami. Kadang aku melihat penyata tuntutannya yang dibuat mahkamah, tidaklah alasan yang begitu kukuh. Apabila ditanya didepan mata,

"ni suami kak poligami ka?", klayen tu terkebil-kebil mata sambil mulutnya ternganga.

Aku tanya sekali lagi,

"suami poligami ka?" sama juga reaksi wajahnya.

Last aku tanya, "suami kahwin satu lagi ka?".

Dengan nada lantangnya klayen tu berkata, "Ya".

Dalam hati aku tergelak-gelak gelagatnya. Bukannya sorang dua yang tak tahu, rupanya ramai yang tak tahu maksud perkataan poligami.

Kebanyakan suami yang berpoligami ni kerap kali ke Selatan Thailand. Banyak sindeket di sana menawarkan pakej kahwin di Siam. Tiada peraturan. Bila dah kahwin di sana, bawa balik Malaysia, dok lama kejap, sampai ke pengetahuan isteri pertama. Mulalah mencari kesalahan sang suaminya untuk cuba berpisah dengannya. Kalau tiada alasan kukuh untuk cerai, maaflah, aku terpaksa menolak. Sebab si isteri kena terimalah bahawa lelakinya itu 'miang'. Sudahlah pendapatan pun sikit, tak ada rasa tanggungjawab. Kadang kesian pula si isteri tua tu.

Bila dua pihak datang, aku mula bagi nasihat pada si suami, "ada isteri boleh terima, ada isteri tak boleh terima depa dimadu. Jika tak boleh, cerai".

Sekarang kuasa cerai terletak hanya sang suami sahaja. Bukan mudah untuk berpoligami, mesti ada kebenaran pihak mahkamah terlebih dahulu. Banyak proses untuk mendapat kelulusan. Jika tiada kelulusan dan menikah di Siam, si pesalah mendapat dua kesalahan. Yang pertama poligami tanpa kebenaran mahkamah, yang kedua menikah di luar negara. Menjadi kesan apabila tidak dipersahkan, dapat anak nanti tak dapat surat beranak.

- sekadar gambar hiasan -

*Poligami

1- Maksud poligami'

Iaitu seorang suami Islam kahwin lebih dari seorang isteri (sehingga empat) dengan syarat mesti berlaku adil terhadap isteri-isterinya.

Firman Allah:

".................maka kahwinilah wanita-wanita yang kamu senangi; dua tiga atau empat. Kemudian jika kamu tidak akan dapat berlaku adil, maka (kahwinilah) seorang sahaja.....".

Surah an-Nisa' (4): 3


2- Perkara yang boleh mendapatkan kebenaran dari Mahkamah;

a) sihat fizikal dan mental dalam menjalankan tanggungjawab.

b) berkemampuan material dalam tanggungan isteri-isteri dan juga anak-anak.

c) bersedia tanggung kasih sayang isteri-isteri dan anak-anak dengan sikap berlaku adil.

d) mampu menjadi ketua, pelindung terhadap isteri-isteri dan anak-anak menjaga kebajikan dan keselamatan.

e) isteri yang sakit atau uzur dan tidak dapat menanggung tanggungjawab sebagai isteri.

f) isteri yang sedia ada tidak dapat melahirkan zuriat.


3- Syarat bagi anggota beruniform;

Bagi anggota Polis Diraja Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia yang ingin berpoligami, mestilah mendapat kebenaran dari Ketua Polis / Pegawai Memerintah Negara.


4- Tatacara permohonan poligami di Mahkamah;

Apabila si suami ingin memohon poligami, beliau mestilah menyiapkan borang atas sebab atau alasan-alasan tertentu dan akuan bersumpah. Permohonan mestilah berkisarkan patut dan perlu mengapa mesti untuk poligami. Permohonan tersebut dilakukan di Mahkamah Tinggi Syariah. Afidavit dalam permohonan itu mestilah;

a) alasan permohonan poligami.

b) pendapatan pemohon.

c) butir-butir komitmen seperti perbelanjaan, hutang dan sebagainya.

Mahkamah Tinggi Syariah akan menetapkan tarikh untuk perbicaraan dan surat akan dihantar untuk memanggil orang yang terlibat iaitu pemohon, isteri atau istari-isteri yang sedia ada, bakal isteri, wali bakal isteri dan mana-mana orang yang layak untuk beri keterangan. Perbicaraan akan dijalankan dalam mahkamah tertutup.


5- Kesalahan berkahwin tanpa kebenaran Mahkamah;

Jika pasangan berkahwin tanpa kebenaran mahkamah dan sering kali menikah di Siam, akan terdapat dua kesalahan, iaitu kahwin poligami tanpa kebenaran mahkamah dan kahwin di luar negara tanpa kebenaran mahkamah, maka dengan itu apabila didapati bersalah, hukumannya tidak lebih RM1000 dan tidak lebih 6 bulan penjara atau kedua-duanya sekali.

Sekian,
Share on Google Plus

About Ben Ismail

Berkongsi pengalaman
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment