منڧعتكن علمو اڤا يڠ كامو كتاهٶي

"upgrade' Kereta Ku Vios TRD 2013

Salam sejahtera,

Pagi yang hening sejuk2 di dalam pejabat ini membuatkan aku kedinginan, bertambah pula selsema sejak kemarin dulu. Sementera menunggu nak ke court ada kes di mahkamah, boleh aku curi ruang masa yang dok ada ni untuk update blog.

Pada kali ini, penambahan eksesori pada jentera 4 tayar aku yang gagah itu, untuk mencantikkan lagi. Maklumlah minat sangat, tambah-tambah ada duit sikit, boleh la kita upgrade sikit.

Penambahan sikit saja, mula2 tambah itu ekzos paip dua. Sebelum ni ekzos untuk kereta tu huduh sangat. Muncungnya ke bawah. Macam kereta lama pula. Kemudian esoknya, tambah lagi dengan spoiler, kemudian tambah pelindung lampu.

- this my car, TOYOTA VIOS TRD 2013 3RD GENERATION -

Mula2 kasi pasang itu punya ekzos di Enos Auto di Jalan Sungai Menghulu, Langkawi. Semua kedai di Langkawi saja.

- pelbagai jenis paip ekzos yang ada -

- kasi angkat sama dia -

- dah potong, kelihatan kontot di situ -

- pasang sudah, ini dua ekzos hiasan (eksyen) saja -

- zoom sikit -

Selesai itu, tambah dua paip ekzos baru nampak gah sikit. Kemudian esoknya aku ke Auto Eccessories di Ulu Melaka, depan Honda. Kat situ aku minta upah pasang spoiler. Spoiler yang dok ada ni pun aku tak berkenan. Beli beli melalui online di ACM Motosport di Balakong, Seri Kembangan. Tak sampai dua minggu sampai di opis aku. Kalau nak kesana pun, kos pula. Lebih baik order pos saja. Semua di hujung jari saja zaman sekarang. :)

- yang asal -

- buang gam dulu -

- yang lama sudah dibuang, yang baru mula nak pasang -

- ukur dulu kasi sama -
- dah ukur, masa untuk tebuk -

- tebuk sudah -
- wayaring pula -

- yaa, siap sudah -

Kemudian yang last, tambah pelindung lampu di belakang. Sebabnya aku letak pelindung lampu ni tinted tu macam tak berapa ngam. Nanti lama2 tinted tu jadi berkumpul, terbuka sikit macam tak berapa nak lekat. Lampu belakang ni tak sama. Lampunya agak besar dan sambung ke tepi belakang. Aku beli lampu belakang ni sekurang-kurangnya dapat menutup yang nampak seakan cacat tu. Kat siam dah ramai pakai, kat Malaysia tak nampak lagi yang orang pakai. Tapi tu bagi individu masing2. Setengah orang minat, setengah tak. Ikut diri masing2.

Pelindung lampu ni juga aku beli melalui online. Kawan yang aku order tu pun order dari Thailand. 3 minggu juga menunggu, akhirnya sampai juga. Pasang sendiri saja, tak susah.

- siap pasang belah kanan -

- siap juga di belah kiri -

- gambiran di belakang kereta -

- siap sudah my car -

Siap semua anggaran kos RM946, sekali upah pasang dan barang-barang lain yang pos. Cuma hanya menunggu pasang sportrim saja. Sportrim sekarang 15 inci. Bulan Jun aku balik tanah besar, aku nak pasang di Padang Temusu, Sungai Petani. Kasi pasang rim 17 inci punya. Insya Allah.

Habis yang itu, maka habislah angau aku yang sukar nak tidur asyik terbayang saja. Oh, harta dunia. Bagaikan magnet yang kuat menarik diriku. Entahlah kalau lepas ni ada lagi nak tambah. Oh nafsu, kau sentiasa tak pernah puas......huhu.

Ok lah, setakat itu saja. Kereta kasi senang, rumah kasi senang, bini pun suka riang.

Sekian,

Wassalam.
Share on Google Plus

About Ben Ismail

Berkongsi pengalaman

1 comments: