Salam sejahtera,
Keadaan yang begitu sejuk di dalam bilik pejabat serta hujan lebat turun dengan petir kilat, pasti bertambah sejuk di luar dan di dalam. Sementara masa masih dok ada, bolehlah aku 'update' blog nie, supaya nanti tak lah bersarang kalau dok terbiar lama-lama.
Pada hari Isnin yang lalu, bertarikh 28/04/2014, Biro Pengaduan Awam (BPA) bersama Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) telah menganjurkan "Program Kaunter Aduan Bergerak Bersepadu (KABB)" di Langkawi Fair, Billion, Kuah Langkawi. Pelbagai agensi kerajaan dan badan berkanun berkampung selama hampir 8 jam.
Jabatan aku mujurlah berada di tengah-tengah lapangan dan kawasan agak strategik dan mudah untuk orang awam pergi ke booth kami. Pada jam 9.00 pagi, aku bersama bini aku, kak ummu dan rosvilla mula keluar dari opis menuju ke Langkawi Fair. Paq pula naik motor.
Sampai di sana, mula mengemas dan kasi mekap cun supaya nampak menarik. Aku ditugaskan untuk menjaga disitu dari jam 9.00 pagi hinggalah jam 2.00 petang. Kemudian bos pula ambil alih.
Aku yang berada disitu mengambil peluang untuk berjumpa dengan Kastam. Aku ingin bertanya mengenai kereta yang beli dari Langkawi, harga untuk bayar cukai penuh supaya boleh bawa keluar ke tanah besar terus. Kata kak kastam tu, lepas beli kereta, kena lepasi 6 bulan berada di Langkawi. Jika sebelum 6 bulan, kereta tersebut tak boleh bayar cukai penuh lagi. Bagi kereta yang dipasang di Malaysia, selepas 6 bulan dan tak melebihi setahun, kena bayar cukai potong 35%. Kemudian selepas dari itu, setiap tahun akan dipotong 10%. Jika kereta melebih 5 tahun, cukai tetap dibayar, jumlahnya hanya 10%. Pengkiraannya aku tak pasti. Ada pengkiraannya dari pihak Kastam. Jika kereta vios aku, kemungkinan jika tak sampai setahun, kena bayar berbelas ribu RM dengan cash.
Bagi kereta yang diimport terus, cukai ini memang tinggi. Kadang boleh menceceh RM50k. Antara kereta itu ialah Mitsubishi, Wolkswogen, dan ada lagi kereta yang lain. Mungkin juga boleh dikurangkan lagi jika disertakan surat posting ke mana-mana, ataupun surat rayuan untuk pengurangan cukai tersebut. Pengkiraan itu akan dilakukan oleh Penolong Pengarah Kastam yang berada di Langkawi.
Bini aku pula dengan kak ummu dan rosvilla, ambil kesempatan ke jabatan lain untuk bertanya dan melihat. Banyak yang dilihatnya, KEMAS, JPN, Kesihatan.
Sekarang, saksikan gambar yang sempat diambil semasa program dijalankan:
|
- dah sampai, mula2 kerja rosvilla dan kak ummu - |
|
- buat kerja masing2 - |
|
- awal pagi ramai yang tak datang lagi - |
|
- idea Rosvilla Silveriano - |
|
- siap sudah tenaga kerja JBG - |
|
- posing lain pula - |
|
- kak dari KEMAS jawatan penyelia ni ramah sangat - |
|
- waktu kemuncak, view dari atas - |
|
- perasmian, hadirin yang datang - |
|
- bacaan doa oleh Syeikh Usamah Talib dari Pejabat Agama Langkawi -
|
|
- moga diberkati - |
|
- aku melayani polis trafik yang problem bab gajinya yang tak terjadi kat sapa2, katanya sarjan ambil masuk akaun dia, buntu aku - |
|
- klayen yang bertanya bab tanah, wasiat yang tidak terdapat pada namanya, pertikaian berlaku - |
|
- penyerahan sijil dari ORANG BESAR VIP - |
|
- masuk SKT - |
Kemudian jam 2.00 petang, jamuan tengahhari disediakan. Menunya nasi ayam. Nasi ayam yang berbau gamat. Ayamnya pula sedap bangat. Lepas makan dengan kenyang, aku dengan bini aku pun balik. Bos pula ambil alih.
Program sebegini aku sangat suka. Dengan ramai serta bermacam jabatan yang dok ada di Langkawi, mudah untuk kita bertemu dan bertanya jika ada persoalan. Moga tahun depan ada lagi program sebegini. InsyaAllah. Booth yang tercantik ialah Polis. Menang lagi tahun ni. Tahun lepas Polis juga menang. Moga tahun depan bagi menang kat orang lain pula. Kursus tambah satu hari. Clear.
Ok, jumpa lagi.
Wassalam.
0 comments:
Post a Comment