منڧعتكن علمو اڤا يڠ كامو كتاهٶي

Jambatan Terpanjang Asean (JK2PP)

Salam sejahtera,

Jambatan yang terpanjang di Asia Tenggara. Megah diperkataan di setiap rantau bahawa negara kita mempunyai sebuah jalan yang boleh merentasi laut. Panjang jambatan tersebut sejauh 24km dengan jalan lautnya sejauh 17km dan 7km jalan atas darat. Pada 1 Mac 2014 yang lepas, jambatan ini dirasmikan oleh Perdana Menteri. Dan juga diberi percuma selama sebulan kepada orang awam. Pada ketika ini juga, aku mengambil peluang untuk merasa jambatan baru ini.

Jambatan ini diilhamkan oleh Tun Mahathir masa beliau Perdana Menteri dulu, kemudian direalisasikan oleh zaman Paklah Badawi, kemudian sekarang dirasmikan oleh Najib Tun Razak. Jambatan dari selatan Pulau Pinang ini menghubung Batu Kawan dari Tanah Besar dan Batu Maung di sebelah pulau.

- dari utara, kelihatan van siam dari Bangkok nak masuk jk2pp -


Pada tarikh 28/03/2014 hari Jumaat, aku balik kampung dari Langkawi, dan aku terus pergi ke sana untuk merasa yang dikatakan jambatan yang terpanjang di Asia Tenggara ini. Bila dah sampai ke penghujung, bolehlah aku buat kesimpulan bahawa naik jambatan yang pertama lagi seronok dan puas agaknya dari naik jambatan kedua ni.

- kutipan tol terdapat 28 kiosk. ada orang bangga tol ni antara yang terbanyak. kita nak tol dimansuhkan -

- tol yang kedua yang datang dari Batu Kawan -

Mungkin setiap kali kalau aku nak ke Pulau Pinang, lebih baik aku naik jambatan yang pertama saja. Lagipun jambatan kedua lebih sesuai yang datang dari selatan contohnya dari Perak, Selangor mahupun Kuala Lumpur. Walaubagaimanapun, pada hari ini, dah masuk hari yang kedua dikenakan tol. Tol yang dikenakan sebanyak RM8.50. Dan jambatan lama kalau tak silap kena tol RM7.40. Kalau pakai 'touch n go' beli di jambatan, kena tol RM5.40. Kalau tak silap aku lah. Aku pun jarang sangat ke sana.

Jambatan Kedua Pulau Pinang juga dikenali sebagai Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Syah, Sultan Agung Malaysia sekarang.

- merentasi laut -

- menara atau tiang tertinggi ni terletak di penghujung jalan ke pulau. Kalau jambatan lama, terletak di tengah2 -

Sesampai sahaja di Batu Maung, aku terperangkan 'trafic jem'. Masa tu pula dah pukul 5, time orang balik keja. Mula nak balik ikut jambatan lama, dah sesak sangat, pusing balik dan balik juga di jambatan kedua nie. Dah nak sampai Seberang Perai, masih sesak lagi. Namun tak lama. Dan sampai di rumah pukul 8 malam.

Sekian untuk kali ini,

Wassalam
Share on Google Plus

About Ben Ismail

Berkongsi pengalaman
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment