منڧعتكن علمو اڤا يڠ كامو كتاهٶي

Roll Fender jentera G1M

Salam sejahtera,

Pada hari Jumaat yang lalu 18/07/2014, aku ke Ipoh untuk cari kedai tayar yang ada perkhidmatan roll fender nie. Pada mulanya sebelum tu dah cari di area Sungai Petani, Kepala Batas kat Penang tu, cari punya cari tak da juga alat roll fender tu. Cari di mudah.my, yang terdekat, ada kat Ipoh. Lepas tu aku lajak ke Ipoh.

Masa hari tu aku pasang sport rim saiz 17. Besar sangat sampai sagat body dengan tayar. Itupun kalau naik 4 orang dan jalan kalau bumper sangat. Bila sagat, aku pasang double buffer. Tak boleh tahan sebab keras sangat. Maka buang satu. Masing-masing ada satu bagi sepasang. Ingatkan dah tak sagat, rupanya sagat juga. Maka bertekad la aku untuk fender body kereta aku nie. Kisah cerita ada di sini.

Saksikan gambarnya di bawah:

- sebelum fender, sikit saja sagatnya -

- dah buang tayar -

- dah pasang roll, kasi fender sama body tu -

- belah kiri -

- blah kanan -

Buat kerja sekejap saja. Habis cara dah buat nie. Kalau sagat juga, terpaksalah tukar tayar kecil sikit. Kalau nak tukar spring or absorber, malas dah aku sebab sedap dah pakai spring lembut nie. Itu saja kali nie untuk share.

Sekian, wassalam.
Share on Google Plus

About Ben Ismail

Berkongsi pengalaman

7 comments:

  1. Area ipoh kat mana buat roll fender

    ReplyDelete
  2. Jalan Kuala Kangsar dari Ipoh menghala ke Chemor, Kuala kangsar... boleh tengok di map ni: https://www.google.com.my/maps/@4.6647093,101.114459,3a,75y,140.76h,91.57t/data=!3m4!1e1!3m2!1saMi_dmeXNFlFwdbKHsp9fQ!2e0?hl=en

    ReplyDelete
  3. Assalam bro..tumpang tanya brapa kos..trima kasih sudi share..cantik kasut bru vios..😊😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam... dlm RM50... kasut dulu tu, skrg dh tukar yg asal balik...hehe.. mekasih bro

      Delete
  4. salam. lps dari roll ni sagat lagi tak? n kos rm50 tu 1 bahagian ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wssalam.... lps roll dh tak sagat dh... rm50 tu dua2 bahagian, puas hati diowg buat

      Delete