Salam sejahtera,
Ini adalah buat pertama kalinya aku bekerja pada hari Jumaat kerana sekarang aku berada di Mahkamah Syariah Kepala Batas setelah aku berpindah dari Langkawi. Tidak menjadi kebiasaan, selalu pada hari Jumaat aku masih tidur lagi ketika ini sementara nak membersihkan diri sebelum masuk solat Jumaat. Tapi bekerja pada hari Jumaat, seperti sukar untuk mempersiapkan diri sebelum ke masjid. Kesimpulannya, cuti hari Jumaat dan Sabtu lebih aku sukai.
Pada 15/08/2014 adalah hari terakhir aku berada di Langkawi. Aku mengucapkan rasa syukur setelah beberapa kali percubaan untuk aku keluar dari Langkawi, akhirnya berjaya juga. Tapi sekali sekala terasa rindu pula kerja di Langkawi. Lepak2 dengan geng2 mahkamah, staff2 di pejabat agama, gelak ketawa riang bersama. Berurusan dengan Syeikh mahkamah senang sekali dengan caranya yang sangat mudah, makan2 sampai kenyang pula di pejabat agama, kadang kala pegi join tangkap orang tak puasa di bulan Ramadhan dalam operasi penguatkuasa agama yang tak da kena mengena dengan aku....haha. Memang terkenang sangat.
Bila dah dapat surat dari faks pada 8/8/2014, pada ketika itu aku taktau lagi. Faks sampai di Alor Setar ibu negeri. Hari Ahad itu barulah aku dapat surat pertukaran tu. Dengan hati yang riang terus aku bagitau mak ayah pak mak mertua. Pada ketika itu fikiran aku terus bermain untuk mendapatkan khidmat lori, cukai kereta kastam dan macam-macam lagi.
Kenapa aku gembira sangat nak keluar dari Langkawi nie? Panjang lebar kalau aku nak cerita, tapi aku cerita sikit serba ringkas. Posting pertama selepas aku lapor diri di Putrajaya, aku ditempatkan di Langkawi, aku terasa tak syoq pula. Mungkin ramai orang akan rasa best tapi tak bagi aku. Apa yang aku nampak, dok Langkawi hanya bermain di kawasan pulau saja, bagaikan terperap dalam pulau. Terasa putus hubungan dengan tanah besar. Kemudian aku terasa tidak puas kalau aku bawa kereta, tanah yang begitu kecil. Aku memerlukan tanah yang besar dan luas, supaya aku lebih suka bawa kereta dengan laju. Bak kata Sofi, " dok Langkawi syoq takat 2,3 hari saja, masuk 4 atau lebih, dah mula jadi jemu". Begitulah rasa bagi aku.
|
- aku bersama Syeikh Bisyamudin, hakim paling sempoi, senang berurusan dengannya, moga diberkati Syeikh -
|
|
- aku bersama Ustaz Razi, bekas penyanyi rock kumpulan Melissa dengan lagu popular "Cintaku untuk Nabila" -
|
Maka dengan itu opis telah mengadakan majlis perpisahan untuk aku pada hari Selasa 12/8/2014. Bos aku jemput sekali bini aku untuk ke jamuan sekali. Majlis diadakan petang sebab sebelah pagi aku ada kes kat mahkamah. Masa tu pula Paq hari terakhir sebab esoknya dia dah ambil cuti. Bila majlis bermula, bos berucap, Penolong Pegawai undang2 berucap, wakil Pembantu Tadbir berucap. Semua berucap dengan elok cuma sorang tu berucap entah apa-apa. Dah nak pisah pun masih nak kondem orang lagi. Sebab dia sorang dengan cara kerek tu yang membuatkan aku meluat sampai sekarang. Bila dah berucap sebelum nak makan, gambar kenangan untuk semua staff. Habis bab opis.
|
- terima kasih bos, jasa-jasa yang cukup berharga -
|
|
- acara memotong kek -
|
|
- terima kasih rakan opis - |
|
- terima kasih diatas tunjuk ajak semua - |
Masuk pula bab di luar opis. Pada mulanya aku nak guna lori perkhidmatan sendiri, sebab kat kampung ada lori sendiri adik beradik. Lepas tu Paklang aku tak berharap sebab jauh sangat. Kemudian nak pakai lori di Kg Teroi, Kg bini aku, tak boleh juga sebab musim padi. Orang nak guna lori bawa padi. Aku berfikir2, kos guna lori sendiri dengan perkhidmatan orang pun, lebih kurang saja. Tambang roro, minyak, tol, makan, guna tenaga nak upah lagi. Last2 lebih baik guna perkhidmatan syarikat yang bawa barang pindah ni. Surver2 minta turun sikit kira2 macam adik beradik, dapat RM800 tanpa guna tenaga kerja depa untuk angkut barang masuk dalam lori. Hanya angkut sendiri. Aku, pak mertua dengan Akid, adik ipar.
|
- mereka itu sedang pack barang - |
|
- capture lokasi lain - |
|
- pak mertua aku punggah katil - |
Pada hari Khamis 14/8/2014, lori 3 tan datang ke rumah sewa aku di Sg Menghulu Langkawi. Pada waktu tu, jalan masuk terpaksa kena tutup sebab nak pasang longkang baru. Kena la angkat barang kot belakang rumah. Masa tu la hati aku terasa riang sangat angkat barang semua. Lori bermula pada tarikh tu dan akan sampai terus ke rumah pada esoknya. Lori naik tongkang. Aku menggunakan khidmat KK Parcel & Trading.
|
- lokasi syarikat - |
|
- lori sudah sampai - |
|
- park dulu, belakang rumah daa - |
|
- barang sudah bawak masuk - |
Kemudian esoknya, aku, bini aku adik ipar dan mak mertua aku keluar dari rumah terus ke Dermaga Tanjung Limbong untuk naik roro. 15/8/2014 berakhirlah aku menetap di Langkawi. Di Langkawi aku meninggalkan dua aset kereta aku dijadikan sewa. Bermula dari 20/3/2013 sehingga 15/8/2014, aku menetap di Langkawi, moga kita bertemu lagi.
|
- sampai sudah di Kulim - |
|
- gud bye bro, hati2 balik Langkawi - |
|
- dalam kandungan sudah 5 bulan, anak dari Langkawi akan keluar InsyaAllah bulan 1 tahun depan :) - |
Sekarang aku berkhidmat di JKSM bertempat sementara di Mahkamah Rendah Syariah Seberang Perai Utara, Kepala Batas. Tahun depan berpindah ke Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang di pulau sana. InsyaAllah.
Setakat itu saja untuk kali ini.
Sekian, wassalam.
0 comments:
Post a Comment