Alhamdulillah, syukur kepada Tuhan yang Maha Esa kerana memberi kekuatan lagi pada diriku untuk hari ini. Keadaan di dalam bilik opis yang sejuk bertambah pula fail yang bertimbun-timbun dari tahun yang lepas-lepas, perlu diselesaikan untuk list senarai.
Pertama sekali, syukurlah kepada Tuhan kerana aku dapat lagi untuk menyambung pengajian dalam Program Pascasiswazah, program lepasan ijazah setaraf peringkat Master dan PHD. Program Diploma Pascasiswazah Pentadbiran Kehakiman dan Guaman Islam, atau dipanggil DAIJ. Program tersebut sebagai lesen untuk menjadi pegawai dalam kerajaan bidang kehakiman dan peguam syariah di peringkat LS41 keatas.
- result positif, Alhamdulillah - |
Pada mulanya aku apply, aku menunggu sehingga mengetahui keputusannya pada bulan Jun. Tapi keputusan itu mendukacitakan aku. Terus aku membuat rayuan disertakan dengan surat sokongan majikan. Dah masuk bulan Julai, aku cuba telefon untuk mengetahui status aku, dan diberitahu sekiranya kouta penuh, terpaksalah menolak permohonan tersebut. Aku masa tu berserah sajalah, kalau dapat, dapatlah. Tak dapat, cuba lagi tahun depan.
Masuk saja bulan September, UKM hantar mesej permohonan rayuan anda diterima. Alhamdulillah, aku sangat bersyukur. Aku terus daftar online 'menerima tawaran' di laman web UKM, dan ke klinik untuk medical check up dan esokknya aku terus ke selatan.
- pintu utama - |
- masuk sudaa - |
- pendaftaran disini - |
- time rehat pula - |
- tunggu turn - |
Pada hari Khamis 11/9/2014, aku buat pendaftaran di PPS, Pusat Pengurusan Siswazah. Pada mulanya aku pusing UKM tu 2, 3 kali juga cari bangunan tu tak jumpa. Walaupun sebelum tu aku dah pernah ke situ. Akhirnya aku dapat selesaikannya pada jam 4 petang.
Kemasukan untuk sessi ini hanya diambil lepasan ijazah saja. Sebelum ni sesiapa yang sedang mengambil ijazah di UKM sendiri, boleh mohon. Maknanya 2+1, sekarang dah tak boleh dan hanya lepasan ijazah saja. Ini disebabkan program ini dinamakan pascasiswazah.
Pada hari Sabtu, kelas telah bermula. Bermakna selepas ini tiap-tiap hari Sabtu aku ke UKM untuk menghadirkan diri ke kelas. Selalu orang kata jauh dari Kedah ke Bangi tiap-tiap minggu, tapi ada orang yang jauh lagi, dari Sabah turun ke KLIA. Sekarang brader tu dah sem 3. Booking tiket untuk 1 sem terus, sekaligus terus. Susah dulu sebelum nak senangkan. Tapi lepas ni bergerak aku naik bas tiap-tiap minggu untuk ke sana. Save sikit kalau pergi naik bas dari naik kereta. InsyaAllah.
- welcome, aku datang sendiri saja..huhu - |
- taklimat - |
- aku disini - |
- masjid UKM - |
Pelbagai Tuhan telah aturkan, aku sangat bersyukur. Yang pertama, aku dapat tukar dari Langkawi ke Kepala Batas, Penang. Kedua, duit cukai kereta mak aku bagi pinjam, kemudian aku mahu bayar cukai, lagi dua bulan untuk cukup setahun, murah sikit. Aku boleh guna duit baki tu untuk membayar yuran dalam pengajian UKM tu. Semua tu perancangan yang secara tak langsung. Senanglah sikit aku dok tanah besar ni berulang ke Bangi.
InsyaAllah, aku akan teruskan perjuangan ini.
- member baik ketemu lagi di pascasiswazah, berlainan bidang - |
Setakat itu saja.
Sekian, wassalam.
salam...saya nak tanya bapa ya bayaran utk yuran semua sem ?
ReplyDeletewssalam... dlu rm850, skrg dh naik jadi rm885. rm885 x 3 sem.. Sem 1 kena rm1000+ sbb sekali dgn pendaftaran
Deletesalam, nak tanya macam mana buat surat rayuan tu? boleh ceritakan detail x?
ReplyDeletewssalam... utk pengisian, isi sja keperluan kerana telah habis belaja ijazah. sdg brkhidmat di sektor awam, sediakan surat sokongn dr majikan... itu lebih kuat. Kalo kerja dgn firm, mntak surat sokongn dr bos... dan sgt bercita2 utk jd pguam syarie @ pgawai syariah... ok, slmt maju jaya :)
DeleteSurat rayuan tu hantar by hand atau boleh submit di web UKM?
Deletesy hari tu pos saja, beserta dgn dokumen2 sokongan.. kalo by hand lagi baiklah, sambil merayu2 dpnnya :D
DeleteAssalamualaikum w.b.t
ReplyDeleteNak tanya, kalau dah ambil DAIJ di UKM ni, perlu ikut chambering lagi tak untuk dapat tauliyah sebagai peguam syariah di selangor?
waalkmslam.... utk syariah tak perlu chembering dh.. temuduga, lulus, trus dpt tauliah..
Delete