منڧعتكن علمو اڤا يڠ كامو كتاهٶي

Mengiringi ke Penjara

Salam sejahtera,

Alhamdulillah. Syukur kepada Tuhan kerana memberi tenaga untuk melakukan kebajikan di muka bumi ini.

Pada kelmarin, kes di mahkamah melibatkan kes mal berkaitan nafkah tertunggak sebanyak RM24k lebih. Pada awalnya kes ini telah dibawa ke Mahkamah Rendah Syariah di Bukit Mertajam dalam hal Saman Penghutang Penghakiman. Setelah dibicarakan, bekas suami gagal juga untuk membayar kepada anak-anak dalam jagaan bekas isterinya. Isteri mengadu dan perkara ini dibawa ke Notis Penghakiman sebagai warning kepada bekas suami tersebut.

- penguasa Bailif menjalankan tugas -

Apabila telah dibicarakan di Mahkamah Rendah Syariah di Kepala Batas dalam Notis Penghakiman tersebut, hakim telah bertanya kepada Penghutang tersebut kenapa gagal melunaskan hutang ataupun melanggar perintah mahkamah. Si penghutang itu gagal memberi alasan yang membolehkan mahkamah itu untuk menerima.

Setelah dibicarakan hampir sejam, mahkamah berehat sebentar 15 minit untuk keputusan. Aku, seorang bailif dan seorang anggota polis telah bersiap sedia jika hukuman tersebut akan dipenjarakan. Takut si penghutang tu lari lintang pukang pula keluar dari dewan mahkamah.

- lokap untuk pesalah melanggari perintah mahkamah -

Setelah 15 minit, hakim pun memberi keputusan. Berdasarkan ayat al-quran, hadis nabi, ijmak dari ulama' berkaitan pentingnya untuk membayar hutang. Mahkamah memerintahkan si Penghutang membayar separuh dari harga keseluruhan iaitu RM12k lebih pada hari ini sebelum jam 3.30 petang. Jika gagal untuk membayar, maka akan dipenjarakan selama 25 hari.

Lalu polis membawa si penghutang tu menuju ke bilik lokap. Aku juga ikut sekali untuk membuka pintu dan mengunci pintu lokap tersebut. Sehinggalah jam 3.30 petang, si penghutang tiada duit untuk dibayar, lalu bawanya ke penjara di Sungai Jawi, Penang.

Sebelum jam 3.30 petang tu, aku diarahkan untuk membuat deraf perintah penghakiman. Setelah selesai draf, disemak oleh hakim, maka perintah telah disempurnakan, dan surat bailif oleh mahkamah pun telah selesai, maka surat itu perlu diserahkan kepada pegawai penjara. Setelah siap, kereta jabatan sampai di mahkamah, lalu aku, penguasa bailif, polis mengiringi, pemandu dan si penghutang bertolak menuju ke Penjara Sungai Jawi.

- kereta jabatan -


Hampir 45 minit perjalanan, sampailah kami di penjara tersebut. Masuk saja di pintu elektronik, terus dijerkah oleh warden penjara supaya si penghutang tersebut menanggalkan kasut. Sampai di kaunter, penyerahan surat perintah mahkamah, dan segala hansed dan dompet ditinggalkan di peti penyimpan. Aku, penguasa bailif, si penghutang mula masuk ke dalam pintu penjara menuju ke bahagian rekod.

Sebelum masuk, kena lalu di bahagian scan diri, dan pintu elektronik. Disitu aku dah nampak banduan-banduan di penjara. Semua kelibat lelaki saja dengan keadaan muka yang sangat bermasalah. Muka kesian pun ada, tapi janganlah berharap nak berlakon....huhu.

Setelah dibuka gari semua, dan disemak dokumen oleh pegawai penjara, maka tugas kami selesai saja disitu. Aku mula mempelajari sebagai seorang bailif kerana kelak akan datang nanti begitulah pekerjaan aku untuk membawa si penghutang ke penjara jika dia melanggari perintah mahkamah. Cumanya sekarang aku belum dapat lagi kad penguasa bailif sebagai kuasa untuk membawa orang ke penjara.

- hukuman penjara -

Setakat itu saja untuk kali ini.

Sekian, wassalam.
Share on Google Plus

About Ben Ismail

Berkongsi pengalaman
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment