منڧعتكن علمو اڤا يڠ كامو كتاهٶي

Program "hidup Melayu" di Kem Bina Negara

Salam sejahtera,

Alhamdulillah, syukur kepada Tuhan yang memberi tenaga ini setelah berada di dalam hutan tetapi dilengkapi semua perkakas selama 3 hari yang tiada line telefon langsung di dalam itu.

Pada 26-28/9/2014 yang lalu, Dato' YAA Ketua Hakim Syari' Pulau Pinang telah memaksa kesemua kakitangan dan juga pegawai yang kesemuanya 92 orang, 5 daerah dan 6 mahkamah syariah menyertai Program Transformasi di Kem Bina Negara, Kaki Bukit, Perlis Indera Kayangan selama 3 hari 2 malam. Program tersebut Alhamdulillah, berjalan sangat lancar dan tiada apa2 malapetaka yang berlaku.

Pada mulanya aku menunggu di Mahkamah Syariah Kepala Batas untuk menaiki bas kerana disediakan bas untuk pergi beramai-ramai. Apabila bas sudah sampai, hanya 15 orang saja yang naik bas. Yang lain kebanyakannya naik kereta sendiri. Melihat keadaan itu, membuatkan aku rasa tak semangat pula sebab tak ramai yang naik. Pakat-pakat naik sendiri pula. Kemudian aku dengan arenip mula minta dengan bos untuk naik kereta sendiri. Bos pun memberi kelulusan, maka kami berdua naik kereta bermula Kepala Batas menuju ke Kaki Bukit Perlis yang menggunakan jalan raya biasa 100%.

- Kem Bina Negara -

- suasana aman -

- landskap menarik -

- asrama Gua Pendekar -

- makan sendiri amek sendiri basuh sendiri lap sendiri susun sendiri -
Program ini mengambil faktor usia dan kesihatan bagi setiap kakitangan. Oleh sebab itu program ini tidak lasak walaupun program ini lebih memfokuskan kepada motivasi dan team building. Mengambilkira untuk aktiviti sederhana sahaja. Tiada jungle tracking, flaying fox, masuk hutan dan lain-lain lagi untuk aktiviti lasak. Kebanyakan hanya di dalam dewan atau kelas sahaja.

Apabila kami sampai, kesemua peserta dah masuk dewan. Aku yang lewat masuk dan terus tulis borang pengenalan diri. Selepas diberi taklimat, terus bawa beg menuju ke asrama. Dua bilik berkunci dan ada satu bilik tak kunci. Ingat dan tumpang saja, last2 kami masuk terus saja tidur kat situ. Bilik katil ada 20 lebih, tapi kami tidur kat situ dua orang saja. Senang lena tak da bising2.

- flaying fox yang tiada dalam tentatif -

- tuan pengerusi memula majlis -

- pencen komando beri arahan berkawad -

- antara program dalam dewan -

- antara fasi dalam kelas -

- antara program dijalankan -

Pada malam tu, satu ceramah yang disampaikan oleh Presiden Jasa Pulau Pinang, menguraikan sejarah Tanah Melayu bermula dari penjajahan, membawa tenaga dari China dan India, komunis, Jepun dan British. Pong pang pong pang kutuk British, pong pang cina kuasai ekonomi, pong pang melayu tak bersatu. Kerusi melayu dalam Parlimen umno, pas saja yang melayu. Umno kerusi banyak, dia saja yang boleh memerintah Malaysia. Begitulah kisahnya.

Pada keesokannya hari, pagi2 lepas solat subuh, ada senaman pagi. Kawad2 sikit. Kemudian diberi kumpulan2. Dalam sagmen ini dari pagi hinggalah ke petang lepas Asar lebih kurang, hanya di indoor saja. Ketika itu amat mengantuk sekali. Program yang diterapkan adalah bersatu dan taat kepada pemimpin.

Lepas Asar, aktiviti masak menyusul. Barang dapur seperti ayam, ikan, susu dan sayur diberi dan masak sendiri menggunakan kayu atau ranting2 kayu. Selesai masak, setiap kumpulan akan persembahkan masakan masing2. Dah penat masak, tiba2 makanan itu ditukar dengan kumpulan lain. Bak kata jurulatih, rezeki itu belum tentu lagi kita punya. Sangat bagus tindakan itu.

- aktiviti masak -

- permulaan nak masak -

- hasilnya -

- si gadis jelita tolong amek pic utk kami -
Pada malam itu, satu slot ceramah dari Dato' Mazlan. Bekas calon Permatang Pauh yang lawan dengan Anwar Ibrahim dulu. Memberi ceramah berkenaan 'Negara Aman dan Makmur'. Pong Pang melayu kena bersatu. jangan berpecah dan macam2 lagi. Ok la tu, tak kutuk pembangkang sangat. Apa yang kerajaan buat untuk melayu, dah baik. Cuma pelaksanaan saja yang kurang. Banyak ketirisan, bocor, penyelewengan dan sebagainya.

Hari last untuk program ini, program outdoor iaitu 'explorace'. Setiap kumpulan diberi password apabila bertemu dengan chekpoint ke chekpoint seterusnya. Hampir 3 jam mencari dan mencari, akhirnya selesai. Kemudian disambung pula dengan membawa batang paip dan digerakkan bola kedalamnya sejauh lebih kurang 100meter lebih. Semangat pasukan dan kerjasama setiap peserta terserlah disitu.

- aktiviti berkumpulan -

- group laki kumpulan gua -

- aktiviti explorace -

- membawa bola golf ke tempatnya menggunakan batang paip -

- menanti detik2 gol -

- ucapan dari Dato' Ketua Hakim Syari' Pulau Pinang-

- ucapan dari penghulu -

- ucapan rumusan dari orang nombor dua mahkamah penang -

- penyampaian sijil -

Itulah permainan yang terakhir. Setelah itu rumusan bagi setiap program ini dan penyampaian sijil kepada setiap peserta. Lebih kurang jam 3 petang aku bergegas pulang ke rumah.

Program BTN tersebut sesuai 5 hari. Tapi disini kami hanya ambil 3 hari saja. Program ini juga bertujuan supaya setiap peserta taat kepada pemimpin. Ikut arahan apa yang bos kata. Tetapi jika hanya memuji Melayu semata-mata, bersatu demi melayu, jika ada rasuah dan pemyeleweng pun tidak berguna. Harap pada masa akan datang, lebih baik kita tekankan keadilan dan agama supaya agama Islam yang memberi kebaikan kepada kita dan bukannya bangsa semata2.

'Hidup Melayu' disini programnya mengaktifkan keupayaan supaya tidaklah bekerja semata-mata di pejabat saja. Dari segi fizikal juga penting untuk menjadikan tenaga itu untuk bergerak kesana kemari menjadikan urat-urat darah boleh berjalan dengan lancar dan menjadikan sesebuah jabatan itu boleh menyelesaikan masalah kepada orang ramai dan berjasa kepada masyarakat. Tolong menolong kepada orang terdekat yang bermaksud menolong bangsa sendiri hanya untuk kebaikan saja.

- Melayu yang HIDUP -

Sekian disini,

Wassalam.
Share on Google Plus

About Ben Ismail

Berkongsi pengalaman
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment