منڧعتكن علمو اڤا يڠ كامو كتاهٶي

"Hijau Kuning" Setakat 2014

Salam sejahtera,

Pada 10 Oktober lalu, Kedah secara rasminya layak ke Separuh akhir setelah berjaya menewaskan Kelantan di peringkat suku akhir dengan agragat 4-3. Suku akhir pertama berlangsung di Kota Bharu dengan kekalahan pasukan Kedah apabila Kelantan membenam Kedah 3-1. Suku akhir kedua Kedah telah bangkit dan membenam Kelantan di Stadium Darulaman 3-0. Dengan keputusan itu, pastilah stadium kembali ceria setelah 4 tahun dalam sunyi sepi.

Kebangkitan ini juga membolehkan aku bersemangat kembali untuk ke stadium. Setelah Kedah begitu 'down' dalam aksi bola sepak. Sejak 2010 last ke Bukit Jalil, dan tahun ke tahun Kedah berada di Liga Perdana sudah 3 tahun. Pada tahun ini, Kedah seperti bangkit dalam saingan Piala Malaysia apabila Kedah menjuarai kumpulan B.

- sebelum gerak.. tok syeh, farok & aku -

- orang berpusu-pusu masuk ke stadium -

Pada tarikh 19 Oktober yang lalu, Separuh akhir pertama berlangsung di Stadium Darulaman dengan kunjungan Pahang. Aku yang 4 tahun menyepi untuk ke stadium, kali ini aku pergi dengan meriahnya. Kemenangan Kedah yang dinanti2kan telah tiba apabila Kedah membenam Pahang 3-1. Meriahnya stadium seakan-akan kembali ke zaman kegemilangan tahun 2006, 2007 yang lalu.

Namun, kemeriahan itu tidak lama apabila Kedah berkunjung ke Darulmakmur, Pahang telah membenam Kedah dengan jumlah gol yang begitu besar, secara agregat 6-3. Kedah kembali sunyi sepi.

- selfie satu kali -

- jerit 3 kali hilang suara -

Pun begitu Kedah tewas, pujian harus diberikan apabila Kedah dari Liga Perdana layak ke peringkat Separuh Akhir, satu tahap ketinggian. Daripada tangga ke-empat Liga Perdana, sehinggalah ke tahap ke-empat pasukan terbaik di Malaysia.

InsyaAllah, harap tahun depan, jurulatih Kedah Tan Cheng Ho dapat memperkemaskan lagi anak buahnya dan layak ke Liga Super, dan kembalikan zaman kegemilangan "Double Trable" di zaman 2006, 2007 di bawah coach Azrai Khor yang lalu.

Sekian,
Share on Google Plus

About Ben Ismail

Berkongsi pengalaman
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment