Alhamdulillah, syukur kepada Ilahi.
Pada 31/12/2014 yang lalu, aku ke kedai tayar Hankook di Padang Temusu, Sungai Petani. Survey punya servey 2,3 hari, akhirnya secara muktamatnya, aku ingin men'standart'kan tayar keta aku nie.
Apa sebabnya? Sebelum ni seperti biasa aku pakai rim 17 inci punya. Kisah dalam pemasangannya boleh klik sini. Kononnya nak kasi padat sama tayar dengan fender kereta. Tapi disebabkan keberatan untuk kelajuan kereta itu, menjadi menurun. Pick up pun lambat, horse power pun jadi kurang. Pada asalnya kereta aku boleh pergi kelajuan 200km/s, tapi dengan sebab 17 inci pada sportrim aku, jadi kurang 180km/s.
- yang terpakai, didepan... yang terbaru, dibelakang - |
- pelbagai saiz rim terpakai - |
Pulas stereng untuk kona pun jadi berlainan sikit. Dah lebih 6 bulan aku pakai, rasanya ingin tukar standart balik. Pada asalnya nak tukar 16, tapi lebih kurang saja. Sportrim lalu, saiz tayar 205 45 17, manakala jika hendak tukar 16, saiz tayar 205 50 16. Pada anggapan aku, lebih kurang saja dengan keberatan 17. Bagi 16 dan 17, saiz lebar adalah sama iaitu 205, tayar sahaja yang berbeza 5, iaitu 45 dan 50, 45 untuk 17 dan 50 untuk 16. Beza berat tu hanya sikit sahaja.
Kemudian, aku fikirkan balik, baik ambil 15 sahaja. Standart dari kedai. Pada aggapan aku, pihak Toyota dah buat elok dah dan sudah dikaji, depa dah buat elok2, kita saja yang memandai untuk ubah. Aku pun dah serik, banyak dipelajari dari pengalaman yang lalu. Pertama sekali pada motor ex5 dulu. Asalnya rim inci 17. Ditukar menjadi 18 dengan saiz tayar 90/90 depan belakang. Kesnya sebab nak kasi tinggi, dan lebih ranggi untuk angkat tayar. Welley. Itu zaman kegemilangan mat rempit pada tahun 2004 dan 2005. Sehingga kini motor tu jadi berat walaupun dah tukar standart. Sama juga dengan motor 135Lc aku, dah tukar standart, setelah 5 tahun aku tukar tayar besar dua-dua belah.
- rim 16 yang pada asalnya nak ambil yang ini - |
- akhirnya, ini yang aku ambil - |
Perkara ini juga aku taknak kembali pada jentera yang kali ketiga aku guna. Walaupun piston untuk kali ni ada 4, dengan keupayaan enjin 1497 cc, aku tak berharap untuk berterusan menjadi elok. Aku trade in yang lama, dan aku beli yang terpakai, cuma tambah RM250 saja, dan tayar masih elok. Apabila dah guna standart, Alhamdulillah, rasa kenikmatan membawa kereta setelah tukar kepada asal.
Tokey kedai tayar tu kata, ramai juga Vios 2013 tukar rim 17. Tapi tak pastilah mereka suka rim besar-besar atau ingin ikut sebagai trand masa kini. Yang pastinya masing-masing ingin mencuba. Pada aku, biarlah aku mencuba dan sudah merasainya, dan kini aku mengetahui, tidak ingin mengulanginya kembali. Lepas nie, boleh lah aku memecut dengan lajunya......huhu.
- siap dengan kasut barunya - |
Sekadar dengan pendapat dan citarasa sendiri. Tidak ada kena mengena dengan sesiapa.
Sekian,
Wassalam.
0 comments:
Post a Comment