Salam sejahtera,
Pada hari ini telah masuknya tahun 2015, dan entry ni yang kali kedua setelah perceritaan pasal pertukaran
sportrim kereta aku..huhu. Dan perceritaan aku pada kali ini adalah yang pertama kali dalam tahun 2015 ini.. :)
Setiap tahun aku bersama family pasti ada plan untuk bercuti. Pada tahun ini, percutian aku bersama family adalah di Zoo Songkhla. Ini adalah cadangan pertama aku dan ianya berjaya walaupun ada perkara sat jadi sat tak jadi. Dan percutian ini adalah hari pertama tahun ini iaitu 1/1/2015. Cuti di Penang dan juga di seluruh Thailand.
Aku dan family mula berangkat menuju ke Dannok melalui masuk tol Sg Petani selatan dan terus menaiki plus hingga ke penghujung utara dalam Malaysia. Sampai di sana lebih kurang jam 8.30 malam. Kereta aku parking di tempat parking Kompleks Bebas Cukai, dan naik keta bersama bapa aku. Terus ke border di Imegresen Thailand dan cop serta pengisian borang Kastam Thailand. Selepas itu kami bermalam di Hotel Firatel di Dannok.
*Dan Nok
Hotel Firatel hanya lebih kurang 300 ke 400 meter saja dari border. Sampai saja disitu, bunyi mercun dan bunga api. Malam tu malam tahun baru, sakan juga depa di sana. Aku bersama bini aku satu malam dengan harga 600 bath, manakala mak pak serta 4 orang anaknya, duduk di satu bilik family dengan harga 700 bath. Biliknya pun ok. Bila dah masuk bilik dan letak beg, kami turun untuk makan di gerai2 di bawah hotel tu. Dan disitu masih boleh pakai bayar duit matawang Ringgit Malaysia.
|
- hotel di Pekan Dannok - |
|
- di bahagian kaunter - |
|
- lorong antara bilik ke bilik - |
Di Dannok tu kami hanya bermalam saja untuk berehat. Esok paginya kami hanya terus saja ke Songkhla. Kalau nak bermalam di Changlon, mungkin makan masa sikit untuk berurusan dengan Imegresen Thai ni. Depa ni payah sikit. Nak kena turun dari keta beratur panjang pula. Renyah.
Pagi tu kami bangun, dan masak meggi pakai dapur elektrik yang bawa dari rumah. Bapa aku beli roti canai. Makan sarapan bagi lapik perut, jam 9.30 pagi lebih kurang, kami terus menuju ke Songkhla town. Perjalanan hanya 1 jam 30 minit lebih kurang.
|
- sarapan sendiri saja yang mana ada - |
|
- my wife berkenan dengan Toyota Yaris yang tiada dalam Malaysia - |
*Zoo Songkhla
Di Zoo kami sampai lebih kurang jam 10.45 pagi. Kaunter tiketnya unik sekali. Petugas hanya duduk di sebelah jalan saja. Dan bagitau berapa orang, terus bagi tiket. Mudahnya. Harganya pula 150 bath setiap orang dewasa dan tambah 50 bath untuk kereta. Semuanya 1250 bath yang juga bersamaan RM125.
Pada ketika itu, ramai juga orang memandangkan cuti umum bagi Thailand. Masuk saja dalam tu terus jumpa dengan Water Park. Untuk budak-budak sesuailah untuk bermandi manda. Terus saja perjalanan dengan menaiki kereta, jalan yang berbukit bukau, singbord petunjuk dan pengenalan haiwan tertulis juga dalam bahasa Melayu. Satu tempat binatang ke tempat binatang yang lain jaraknya agak jauh juga. Sebab itu sesuai menaiki kenderaan. Untuk pejalan kaki juga ada, tapi jauhlah.
|
- teruskan perjalanan - |
|
- 5 km saja dari persimpangan - |
|
- akhirnya, pintu gerbang zoo - |
|
- kaunter tiket - |
|
- ini dia tiketnya - |
Keadaan yang bukit bukau itu dari jauh sudah nampak laut yang jauh di sana. Dengan angin yang kuat cuaca yang panas, sedap badan pada ketika itu. Teringat pula aku bercuti di
Phuket dulu...huhu.
Selepas melalui Water Park yang aku cerita tadi, kami terus perjalanan dan jumpa kijang, rusa dan seumpamanya di tengah jalan. Kami berhenti dan cuba-cuba bermesra dengannya. Jinak dan senang dilayan. Lepas tu kami ke tempat binatang Reptilia. Macam buaya, biawak, katak dan ular. Disitu disediakan satu tempat tertutup.
|
- bini aku usap kepalanya - |
|
- selfie dengan family sekali - |
|
- dikelilingi haiyawan - |
|
- next, buaya - |
|
- taman reptilia - |
Kemudian jam menunjukkan 11.30 pagi, 12.30 tengahhari waktu Malaysia, ada show anjing laut. Kami ngam-ngam sampai di tempat show tersebut. Terhibur aku melihat aksi anjing laut tu. Pandai dia imbang barang-barang di muncungnya. Show tersebut lebih kurang berlangsung 30-40 minit. Habis saja show, kami terus pergi melihat badak air, gajah dan seladang. Ada yang jalan kaki, ada yang naik kereta. Sebab jarak antara binatang aku sebut tadi, tak jauh.
|
- show anjing laut yang menghiburkan - |
|
- blue hypo sedang berendam - |
|
- trade mark binatang bagi negara siam - |
|
- billbord - |
|
- adik beradik kucing - |
|
- zirafah bersama sekali dengan burung unta - |
|
- dikawasan monyet dan seumpamanya - |
|
- kera berlonjatan - |
Perjalanan diteruskan dan jumpa tempat burung. Ada sangkar untuk berhenti kereta dan boleh masuk dalam tu. Aku bersama family tak masuk pun, kami terus saja perjalanan. Terus perjalanan dengan bukit bukau, binatang seterusnya harimau. Harimau ada show pukul 2.30 petang waktu Thailand. Tapi kami hanya berhenti seketika dan tak ingin nak tunggu lama. Pada ketika tu jam di tangan menunjukkan 1.50 petang lebih kurang.
Diteruskan dan jumpa zirafah, burung unta dan kudang belang. Diletakkan di satu tempat. Dan teruskan perjalanan, tempat monyet pula kelihatan. Kami hanya berhenti seketika, dan selepas itu kami dan terus bergerak dan mencari perkataan singbord exit memandangkan dah tak larat dah. Sebelum jumpa keluar, akan jumpa Water Park terlebih dulu, kemudian barulah jumpa jalan exit. Kami keluar dan next perjalanan kami menuju ke Samila Beach.
|
- di terowong kawasan burung - |
|
- water park - |
|
- petunjuk exit ada dua arah, kemanakah kita - |
*Pantai Samila
Perut masing-masing lapar ketika tu. Kami berhenti di satu tempat pekan hari di kawasan Muslim. Kami beli makan untuk berkelah di tepi laut. Tepi laut tu angin yang begitu kuat. Sejuk saja dan boleh relax dengan tenang.
Sudah membeli makanan, kami ke patung ikan duyung tu dulu. Tapi apakan daya, orang terlalu ramai untuk bergambar dengan patung tu. Adik-adik aku yang inginkan. Tak pa lah, tahun depan boleh datang lagi.
Kemudian kami cari port untuk makan. Ramai orang pada waktu tu. Kami makan di tempat yang agak hujung di sana. Alhamdulillah, tempat yang kami makan tu, menarik dan tak ramai orang sangat. Bila dah makan kenyang semua, kami terus bergegas menuju ke masjid yang terbesar di Songkhla.
|
- pantai samila - |
|
- santai makan-makan - |
*Masjid Sentral Songkhla
Sebelum ni aku ke Songkhla tak pernah lagi berhenti sembahyang disitu. Hanya lalu sahaja, itupun baru sekali. Selalu kalau ke Songkhla, dari selatan masuk lalu ke bandar Hatyai sebelum tembus ke Songkhla. Tapi untuk ke masjid nie, kami melalui highway dan hanya terus menuju sebelum sampai ke simpang highway Patthalung - Pattani.
Kami sampai di sana jam 4.40 petang. Ngam-ngam masuk waktu Asar. Azan dilaungkan tapi tak pakai speker. Hanya azan di dalam masjid saja. Masjidnya agak besar. Tiga tingkat. Tingkat bawah untuk park kereta, tingkat dua tandas, amek wudhu' dan juga opis-opis pentadbiran. Kami yang terpinga-pinga mencari untuk wudhu', akhirnya terlepas dengan jemaah. Aku dengan bapa aku solat dan jamak takhir sekaligus.
|
- cantik masjidnya - |
|
- ruang dewan solat - |
|
- pandangan dari tepi - |
Bila dah selesai solat semua, kami rehat-rehat didepan masjid. Suasana aman sekali dengan angin-angin sepoi bahasa. Dengan air seperti kolam sungai, menampakkan suasana yang sangat menarik. Rehat-rehat sambil ambil gambar sebagai kenangan yang cukup bermakna.
Dah cemuih ambil gambar, kami turun dan terus balik. Ketika tu jam menujukkan 5.30 petang. Aku yang drebar sepenuh masa, terus memecut menuju ke arah selatan sehingga jumpa border.
Lebih kurang jam 7 malam, kami berhenti seketika di pekan Dannok, ada shoping2 sikit dari bini dan adik-adik aku. Selepas 30 minit, kami terus ke border, masuk Malaysia dan akhirnya selesai.
|
- selfie di depan masjid - |
|
- berlatar belakang kolam sungai, depan masjid - |
|
- aku dan bini di SINGGORA ( nama melayu di'siam'kan, Songkhla) |
Begitulah percutian pada tahun ini. Hanya sempat di Zoo sahaja memandangkan jarak perjalanan dari rumah tidaklah jauh mana. Hujung tahun ini, ada plan lagi, kali ini tak tahulah ke mana. Tapi ada plan nak ke Brunei. Insya Allah, moga Allah permudahkan segala urusannya.
Setakat itu sahaja untuk kali ini.
Sekian,
Wassalam.
0 comments:
Post a Comment