منڧعتكن علمو اڤا يڠ كامو كتاهٶي

Cahaya Mata Sulong

Salam sejahtera,

"Alhamdulillah, segala puji bagi Tuhan sekalian alam. Ikin Fadli telah melahirkan seorang anak lelaki. Moga menjadi anak yang soleh dan berjasa pada agama." Itulah kata-kata dari facebook yang telah aku postkan selepas 5 hari berada di hospital.

Alhamdulillah, syukur kepada Allah. Anak pertama aku selamat dan sihat. Dilahirkan secara normal dan dikenakan forcep akibat susah nak di'push'kan keluar.

- hospital Sultan Abd Halim, Sg Petani -

- ruang menunggu -

Pada tarikh 4 Januari 2015 bersamaan 13 RabiulAwal 1436, waktu jam 1.15 pagi, ketika itu aku sudah ketiduran selama sejam, tiba2 keluar air ketuban dari tempat tidur biniku. Dia sedang kesakitan pada pinggangnya, terus aku menghantarnya ke hospital.

Sampai di sana terus ke Laboor Room ataupun dewan bersalin. Aku tunggu punya tunggu, tepat jam 8.10 pagi, kedengaran guard memanggil suami nurashikin. Terus aku terkinja2 meluru ke arah pintu dewan bersalin tu. Apabila sudah masuk, kelihatan dua misi sedang membantu bini aku apabila dia sedang teran mengeluarkan anak tersebut. Setelah 10 minit berlalu, hanya nampak rambut dan dahi sahaja, nurse arahkan aku keluar dan ketika itu doktor pula yang masuk.

Aku terus tunggu diluar dan 15 minit selepas itu, nurse panggil dan selamat dilahirkan menggunakan forcep. Tetapi anak dalam keadaan kritikal lemas dan ditempatkan di NICU. Selepas aku ambil borang, aku terus ke bahagian ICU beby. Sampai di sana, doktor masih belum chek keadaannya. Nurse arahkan aku keluar dan lihat keadaan bini aku. Setelah 30 - 40 minit, barulah aku dapat melihat bini aku yang terlantang di atas katil dan dibawa ke wad.

Pada tengahhari, aku terus ke ICU untuk melihat anak pertama aku. Apabila sudah masuk, alangkah sedihnya, dimasukkan wayar dan tiub ke dalam mulutnya. Dan doktor memberitahu, anak dalam keadaan lemas, apabila lemas, dia termakan najis di dalam ketuban. Makan najis agak banyak apabila di x-ray, didapati paru-paru dipenuhi dengan najis. Sekarang dibantu oleh alat pernafasan, dan badannya saja akan menentukan samada di akan sihat ataupun sebaliknya. Alangkah sedihnya aku pada ketika tu.

- ruang menunggu di bilik ICU -

- beby boy, 3.01 kg -

- alat bantuan oksigen -

- alat-alat bantuan yang lain -

- lain-lain alat -

- pindah di bilik lain -

- anak-anak yang lain -

- beby sedang ketiduran diperhati mamanya -

Selepas itu, aku ke bini aku diwad. Dia kelihatan normal. Dan lewat petang aku balik rumah dan biniku ditemani oleh maknya sendiri.

Keesokkannya pula, aku ke bini aku dan ingin membawanya untuk berjumpa anak di ICU. Selepas bertemu, kelihatan menitis air matanya melihat keadaan anak yang disumbat segala wayar dan tiub di mulutnya. Bukan disitu saja, bahkan di badan, kaki, paha, lengan dan ditutup matanya. Dan penerangan doktor untuk perkembangannya di hari kedua, doktor memberitahu bahawa jam 2 pagi malam tadi, menunjukkan paras oksigen merosot, dan jika ini berlarutan, kemungkinan tiada harapan. "Ya Allah, aku hanya berserah saja ketika tu". Keluh dihati ku. Dan doktor memberitahu, pihaknya telah menukar alat bantuan oksigen yang lebih kuat. Dan pada ketiku itu, jam 9.00 pagi, keadaan anak kembali normal. Alhamdulillah. Dan berharap dia akan baik. Doktor arahkan, perah susu ibu supaya anak dapat minum susu ibu.

Pada petang tu, terus memerah susu. Untuk kali pertama nie, bertapa sukarnya. Kesian bini aku bertungkus lumus untuk memerah sehingga dirinya hampir nak demam. Dan akhirnya, dapat juga sikit, dan beri kepada nurse. Nurse bila2 masa akan beri susu pada anak tersebut.

Pada keesokkannya, anak semakin sihat. Nampak wayar dimulutnya telah dibuang. Alhamdulillah. Keesokkan lagi, anak tiada berada disitu. Rupanya telah dipindahkan ke bilik satu lagi. Bilik satu lagi tu hampir anak nak sihat. Dan akhirnya hari yang ke 5, dipindahkan ke wad bersama ibu dan anak. Tetapi pelawat tidak dibenarkan masuk dan hanya suami saja dibenarkan. Masih dalam kawalan pada ketika itu.

- anak dibawa ke wad -

- dapat ketiduran sekali -

- anak baba -

- baba sama anak tersenyum -

- GL -

- kos anak di ICU -

Sampailah hari Ahad, cukup seminggu berada di hospital dan dibenarkan untuk keluar. Anak dah sihat, Alhamdulillah. Dan lokasi pertama, berjumpa dengan Babawan di IPSAH, Sg Petani sebagai cucu kerasnya. Selepas berjumpa beberapa minit, dan terus ke Guar Chempedak berpantang disitu. Malamnya satu family aku datang ke rumah, untuk melihat cucu dan anak menakan kedua. Dan malam tu, majlis tahnik disempurnakan oleh bapaku sendiri, dan pak mertua aku jua. Jumaat nie, majlis cukur kepala di Sik yang akan dilakukan oleh bidan sana.

- cucu keras -

- JPN Daerah Yan -

- semoga menjadi pahlawan sebaik-baik tentera -

Sehinggalah hari ini, anak semakin sihat dan sentiasa orang menziarahinya. Alhamdulillah. Maka dengan itu, gelaran baba sudah ada, juga gelaran mama. Insya Allah, bakalku didiknya seperti sekurang-kurangnya seperti nama pahlawan idolaku itu. InsyaAllah.

Alhamdulillah, harta yang sangat bernilai. Syukur padaNya.

Wassalam
Share on Google Plus

About Ben Ismail

Berkongsi pengalaman
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment