Bermula tahun 2014, yang mana anaknya dilahirkan di Negeri Kedah, kerajaan Kedah akan memberi Insentif Anak Kedah (IKA) kepada anak yang dilahirkan di Negeri Kedah ataupun ibu bapa yang sudah lama tinggal di Kedah walaupun anak dilahirkan di luar Kedah. Ianya bertujuan untuk meringankan beban ibu bapa apabila anak dilahirkan.
Apa barang yang dapat tu? Barangnya tak lah banyak sangat. Botol susu, selimut beby, kain tuala, dan sapu tangan macam tu saja. Kosnya mungkin dalam anggaran tak sampai RM100.
Selepas saja kelahiran anak aku dalam tempoh seminggu, aku terus ke Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Yan. Aku ambil borang disitu dan membawa balik untuk dicop oleh JKKK di kawasan Parlimen yang mengundi. Aku mengundi di tempat lain tapi tulis di alamat lain. Alamat lain pun kawasan bini aku juga.
Setelah siap cop dan isi borang semua, terus saja aku hantar semula ke JKM. Dalam tempoh 2 - 3 minggu lebih kurang, pihak JKM telah telefon dan suruh ambil barang tu. Maka, berakhirlah disitu.
- muka dia saja, cop JKKK kawasan Parlimen, perlu ke?huhu - |
- ini dia barang dalamnya, terima kasih la no - |
So, siapa2 anak yang dilahirkan di Negeri Kedah, terus saja ke Jabatan Kebajikan Masyarakat cawangan negeri ambil borang, isi, cop dan hantar balik. Jangan buat tak endah pula ya. Cukai kita bayar dan ini juga kita punya semua.
Sekian, wassalam
0 comments:
Post a Comment