منڧعتكن علمو اڤا يڠ كامو كتاهٶي

Kelantan (Tok Bali - Pulau Melaka - Pasar Siti Khadijah - Kuala Krai - Bukit Bunga)

Salam sejahtera,

Cuti 4 hari minggu lalu digabungkan dengan raya cina dan juga cuti hujung minggu menjadikan kebanyakan rakyat Malaysia tidak melepaskan peluang untuk bercuti bersama keluarga tercinta. Begitu juga dengan aku bersama keluarga besar, merancang pada mulanya untuk ke Batu Feringgi, Penang untuk bakar ayam sambil santai2. Kemudian pada malam tu rancang nak ke Teluk Batik, Perak. Pada keesokkan hari, aku pula telah mengubah plan untuk ke Kelantan memandangkan jarak hendak ke Teluk Batik dengan Kelantan hanya beza 60 - 80km saja.

Dan telah dipersetujui oleh bos besar iaitu bapa aku sendiri dengan bonda tercinta. Ke Kelantan boleh la sekali melawat makam Tok Guru dan juga kesan2 banjir terdahulu.

Pada hari Khamis bertarikh 19hb Feb 2015 jam 11.00 pagi, bertolaklah kami 3 buah kereta dari Kulim menuju terus ke Timur tanahair. Perjalanan yang lancar pada mulanya bermula dari Baling dan terus sampai di Grik, dan kelajuan menaik dan menurun apabila mendaki ke puncak Titiwangsa. Berehat disitu untuk buang habis segala yang ada di badan dan perjalanan diteruskan sehingga di Bukit Bunga. Kawasan yang agak sesak dan kami berhenti seketika di gerai makan dan makan tengahhari.

- jauh perjalanan luas permandangan -

- semua bercuti, highway timur barat -

- sekejap sesak sekejap lancar -


Kemudian perjalanan diteruskan dengan lancar dan apabila hendak sampai di Tanah Merah, kawasan itu sesak dengan teruk sekali. Agak lama terperangkap akhirnya lepas juga dari titi melintasi Sungai Kelantan tu. Situ sentiasa teruk dengan sesak. Dan perjalanan diteruskan terus menuju ke arah timur. Dan akhirnya dalam pukul 8 malam, sampai juga kami di Tok Bali.

*Tok Bali

Pencarian hotel pula bermula. First di Sudara, penuh. Permai resort juga penuh, dan last ke Aura, akhirnya ada juga kosong disitu. Alhamdulillah. 4 bilik kami ambil. Aktiviti diteruskan dengan pembakaran ayam memandangkan perut sudah lapar. Tapi bakar sedikit saja untuk dijadikan lauk sebab nasi dah ada. Simpan untuk bakar keesokkan hari di tepi pantai.

Esoknya pagi kami teruskan dengan bakar ayam di tepi pantai. Pasirnya yang putih serta begitu luas, angin pula kuat. Tak perlu nak kipas bara api. Bakar ayam sehingga habis dan terus makan dengan nasi dagang dan juga nasi kerabu yang dibeli.

Tengahhari kami check out dan kami teruskan perjalanan ke destinasi seterusnya.

- proses penyalaan api -

- antara bahan2nya -

- aku bersama adik ipar bertungkus lumus -

- keesokkan harinya, baru nampak hotelnya -

- luas, kawasan dalam hotel -

- dihadapan hotel laut mengadap Laut China Selatan -

- santai, my father & my sister -

- proses penyalaan -

- penantian -

- penantian sehingga keemasan -

- the big family, makan beramai2 -

*Pulau Melaka

Bekas Menteri Besar Kelantan dan juga ulama' yang hebat, Tok Guru Nik Abdul Aziz bin Nik Mat telah kembali ke Rahmatullah pada malam Jumaat bertarikh 12hb Feb 2015. Berpusu-pusu orang menziarahinya ketika itu. Dan kami juga tidak melepaskan peluang untuk menziarahi makamnya.

Perjalanan kami dari Tok Bali ke Pulau Melaka memakan masa 45minit. Kami sampai di kediaman Tok guru pun waktu masuknya waktu Jumaat. Orang ramai berpusu-pusu ke Masjid, kami ke kediaman tok guru tersebut. Telah niat kami untuk jamak takhir. Setelah melihat kesederhanaan rumah bekas MB tersebut, kami ke makam untuk menziarahinya. Setelah itu, kami masuk town pula.

- masjid yang tidak didirikan Jumaat -

- rumah tok guru, plat kereta Honda itu yang mahal -

- makam tok guru -

*Pasar Siti Khadijah

Kalau ke Kelantan tak singgah di Pasar Siti Khadijah memang tak sah lah. Seperti biasa kebanyakan orang yang meniaga ialah kaum perempuan. Aku turun beli dodol dengan keropok lekor saja. Yang lain saja jalan2 tengok kawasan.

- Bandaraya Kota Bharu -

- seperti biasa kita melihatnya dalam mana2 gambar -

*Kuala Krai

Selepas saja di town KB, kami terus menuju ke Kuala Krai untuk lihat bekas2 banjir. Kami sampai di sana jam 5.45 petang. Kami ke masjid Kuala Krai untuk solat jamak takhir. Masjid tu juga tenggelam masa banjir bulan Disember tahun lalu. Kelihatan pantas apabila orang ramai memperbaikinya. 

Disitu juga kelihatan rumah musnah teruk dan hanya didirikan khemah saja untuk berteduh. Kasihan mereka itu. Rehat2 sejam disitu, kami terus ke destinasi berikutnya.

- bergerak menuju ke arah selatan -

- kesan lumpur banjir -

- masjid yang rosak teruk telah dicat -

- stesen minyak yang tenggelam dan hanya nampak bumbung sahaja -

- rumah yang musnah dan khemah saja untuk bermalam -

*Bukit Bunga

Perjalanan hendak balik ke utara melalui jalan Jeli dan akan lalu di Bukit Bunga. Kami singgah sebentar untuk membeli apa yang patut. Beli pun untuk beby saja. Banyak juga patung disitu. Beli patung ulat dengan tilam untuk beby.

- pelbagai barangan -

Jam menunjukkan 10.00 malam, kami start enjin dan teruskan perjalanan dengan mendaki dan menurun dari puncak Titiwangsa. Makan malam di Hentian Perah di Grik dan teruskan perjalanan balik ke Kulim. Dan sampai di rumah jam 3.00 pagi.

Begitulah percutian yang serba ringkas. Hari ni pergi, esok balik. Letih tu memang letih tapi nak jimat masa, cuti pun tak lama. Masing2 nak balik kampung rumah pak mertua belah sana pula. Selamat semuanya.

Sekian,

Wassalam
Share on Google Plus

About Ben Ismail

Berkongsi pengalaman
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment