منڧعتكن علمو اڤا يڠ كامو كتاهٶي

Kayuh Gerek Bianchi

Salam sejahtera,

Pada hari kelmarin, cuti umum sempena Hari Thaipusam. Dikesempatan yang ada tu, maka try lah aku untuk kayuh basikal yang pada masa kini menjadi kegilaan tak kira samada tua ataupun muda. Tapi secara majoritinya, bagi golongan mudalah.

Aku yang sebelum ini tak pernah try, tapi disebabkan ada satu basikal jenama Bianchi kepunyaan paksu Amin Sayto, maka berpeluanglah untuk aku mengayuhnya. Tetiba pula aku terasa seronok dan rasa kepuasan untuk mengayuhnya. Padahal sebelum ni tak pernah pun terasa nak beriadhah menggunakan basikal tu. Selalunya kalau aku beriadhah, mestilah berjogging ataupun berfutsal. Bila try untuk kali pertama mengayuh gerek tu, terasa syoq pulak.

- dimulakan dengan 'Bismillah' -

- hari cuti awal pagi dengan keadaan jalan yang lenggang -

- kayuh punya kayuh, sikit lagi -

- tiba dipersimpangan -

Untuk kali pertama aku kayuh dari rumah pak mertua aku menuju ke bahagian bawah Gunung Jerai dan pusing ke Pekan Guar Chempedak. Linkungan dalam 5-6 km lebih kurang. Kemudian keesokkannya waktu pagi di waktu cuti tu, aku kayuh dari rumah pak mertua aku juga ke Pantai Murni, Yan dengan jarak pergi dan balik 28 - 30 km bersamaan 40 minit pergi sahaja. Kali pertama aku kayuh sehingga membuatkan diri aku ini termengah-mengah. Tapi sudah set di kepala otak, mesti juga sampai ke destinasi...huhu.

- dah sampai rehat dulu, longgar habis paha lutut semua -

- ejas monopod yang dah luss -

- ya, akhirnya menjadi juga....heha -

Dan apabila sudah terasa syoq berkayuh, ingin pula memilikinya. Apabila di servey di internet, dan bertanya kepada sifu paksu aku sendiri, harga untuk sebuah basikal agak mahal juga. Aku teringin yang saiz tayar 29'. Yang aku guna tempohhari. Harga mencecah RM2k, RM3k dan ada juga RM4k lebih. Yang ada RM1k lebih pun. itu saiz tayar 27.5'. Itu sungguhnya aku tidak berkenan. Ada yang berjenama Giant, Bianchi, dan yang terbaru Twitter.

Dan bagaimana aku hendak memilikinya dengan harga sebegitu, maka tiada upayalah aku hendak memilikinya kerana tiada wang sebanyak itu untuk setakat la ni. Mungkin akan mengambil sedikit masa untuk memilikinya. Dan apabila sudah milikinya, akan memberi kepuasan dan akan lebih kerap join dalam soal kemasyarakatan. Kerana aktiviti berfaedah dapat mengharmonikan persekitaran alam manusia dan juga alam kehidupan.

- sandarkan dulu -

- disc brek -

- saiz 29' -

- monopod pula tercelah disitu...huhu -

Ya............. aku akan usaha untuk memilikinya......InsyaAllah.

Sekian
Share on Google Plus

About Ben Ismail

Berkongsi pengalaman
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment